Pages

Thursday, August 11, 2011

ASTAGHFIRULLAH...AMPUNKAN KAMI YA ALLAH...




Assalamualaikum..Ikwah akhawat ahibbah...Astagfirullah..lama ana dah tak menaip di sini..sungguh kekangan masa yang terhad dan kadang-kadang letih menjauhkan ana dari menulis di halaman blog ana ini..

Ikwah akhawat ahibbah..

 Alhamdulillah..Kita sudah masuk bulan ramadan buat hari yang ke-11..Alhamdulillah,setinggi-tinggi kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana kita bertemu dengan ramadan tahun ini..Mudah-mudahan,kita semua dapat menyempurnakan ramadan tahun ini..

Di kesempatan ini,ana memohon ribuan kemaafan di atas segala silap ana dalam penulisan ana ini sekiranya ada beberapa karya penulisan ana ini menyebabkan ada di antara pembaca tersinggung dan sebagainya.Sungguh,ana tidak berniat hendak menyinggung siapa-siapa,sekadar perkongsian ana yang baru berjinak dalam laman blog ini..

  "Ya Allah,ampunilah dosa kami,dosa kedua orang tua kami,dosa guru-guru kami,dosa sahabat-sahabat kami..Ya Allah,peliharalah pasangan kami dari perkara yamg mengundang kemurkaan-Mu,berilah kami zuriat yang soleh dan solehah,pupuklah rasa cinta dan kasih kami dalam meggapai reda-Mu..Sesungguhnya,kami bertaubat diatas segala kesilapan kami"..Amin Ya rabbal Alamin..




Ikwah akhawat ahibbah,

Di kesempatan ini juga,ana ingin mengajak kalin semua,ayuh,marilah kita bersama bertaubat dengan sebenar-benar taubat..Di bulan ramadan yang penuh kemuliaan ini,mudah-mudahan,Allah menerima taubat kita ini.Gunakanlah peluang ramadan kali ini dengan sebenar-benarnya,kerana,ana bimbang,takut tidak berjumpa di ramadan yang akan datang

Ayuh semua sahabtku..BERTAUBAT NASUHA...BERAZAM TIDAK MENGULANGI DOSA YANG LALU...

Astagfirullah..Ampunkan kami Ya Allah..

Jazakallah..barakallah a'laikum..