Pages

Thursday, January 5, 2012

4----32



Assalamualaikum w.b.t..

           Subhanallah!!!Lamanya tak buka blog ana ini..Lama juga ana dah lama tak baca blog kawan-kawan ana yang sememangnya lebih bagus dari ana.Ya Allah…hebat kawan-kawan ana yang pandai me renenew blog mereka.Ana tulis bila ada mood ja..

        Pada kali ini..ana akan berkongsi satu perasaan yang ana sememangnya tidak menjangka perasaan ini akan hadir ketika umur ana hamper cukup 20 tahun bulan mac ini.



Ya….Aku semakin menghampiri peringkat dewasa.Alam remaja akan aku tinggalkan sedikit demi sedikit.Semakin aku menghampiri peringkat dewasa,aku mula semakin matang dengan sikap-sikap orang di sekelilingku.Bermacam ragam ada.Tapi mereka juga sepertiku yang mempunyai hati dan perasaan.Namun..bukan itu yang ingin aku kongsikan!!!Tetapi umur aku semakin menghampiri 63 tahun..



Kenapa?

      Ya!!!Pada katika itu kematian sudah sangat menghampiri ku.Walaupun kini umurku baru hendak mencecah 20 tahun.Tetapi aku sudah merasakan perasaan itu.Walaupun aku belum pasti dapat merasai umur 63 tahun atau lebih,namun kematian tidak mengenal muda mahupun tua.Setiap masa malaikat akan datang kepadaku,namun masih belum dizinkan oleh Maha Pencipta.

     Ya Allah…Berilah aku kesempatan untuk aku melaksanakan harapanku.Sesungguhnya Engkau tahu isi hatiku ini.
Tajuk 4 --- 32 hari adalah tajuk yang sangat unik aku pilih.

Kenapa??????

     Kerana dalam masa 32 hari itulah,aku menyembahyangkan 4 orang jenazah.Ya Allah…aku mula merasai akan kematian..Apa yang aku buat dengan masa aku di dunia ini selama 20 tahun???????.

Apa yang telah aku gunakan harta yang Engkau berikan kepadaku selama ini???????

Apa yang aku telah gunakan dengan usia sebelum ini?????

MASIH KAH ADA WAKTU BUATKU??????

Ya!!!!YA!!!!!!!YA!!!!!!

Aku akan gunakan waktu aku selepas ini dengan sebaik-baiknya..cukuplah 20 tahun yang lalu telah aku gunakan yang sememangnya bercampur dosa,pahala,baik,buruk.

Namun….

Setiap yang hidup pasti akan mati!!!

Setiap yang dicipta pasti akan binasa!!!

Setiap dari kita akan dipertanya di akhirat!!!

UMUR!!!!

HARTA!!!!

ILMU!!!!!

MASA!!!!

    Semua amalan pasti di hitung sama ada baik mahupun jahat…

Ya Allah…takutnya!!!!

Aku akan cuba buat yang terbaik untuk buat semua perkara.Cukuplah dengan apa yang telah berlaku hamper 20 tahun yang telah aku lalui.Kini aku akan mulakan sesuatu yang baru.Yang pasti,akan aku terus ingat 4 huruf ini!!

M.A.T.I.






Friday, October 14, 2011

Ya Allah..bimbinglah hamba-Mu ini..aku inginkan bersama si dia...






" Tepat jan 2.00 pagi,hari sabtu,15/10/2011,aku bersama rakan usrah kuliah aku pulang dari bermain futsal..Mulanya berat hati ini hendak pergi,namun setelah beberapa orang rakan aku mengajak,akhirnya aku pergi..Pergi untuk memenuhi hasrat dan hajat kalian..

Ya...
.......aman...
.......tenang...
.......damai....

Sungguh tenang apabila melihat dunia luar dari kampus ku...
Sekeling di cahayai dengan cahaya bulan...

Ya....
......Hebat......
......Agung.....
.....Keindahan ciptaan alam-Mu....

Namun....Aku bersedih di kala melihat ramai di antara mereka yang mula bersama...
Bersama bertentangan mata...
Bermula dari kepala.....hingga ke kaki....
Tersenyum melihat apa yang ada di setiap inci tubuhnya...

Ya Allah...
Aku mula rasa berduka...
Mereka sedang bercinta...
Cinta yang membawa mereka ke lembah murka-Mu....

Wahai Ar-rijal..
Jangan lah engkau ambil si dia..
Engkau masih haram buatnya..
Selagi ikatan nikah belum engkau ucapkan depan walinya...

Wahai An-Nisa'...
Jaga lah setiap inci apa yang ada bersamamu...
Engkau ciptaan terindah...
Kecantikan mu tiada tandingannya di dunia ini...
Berilah kecantikan itu pada suami sahaja..

Bila aku melihat dan merenung kembali bahan bacaan ku..aku teringatkan apa yang pernah di katakan oleh Nabi...Nabi melaknat pelaku maksiat!!!!!Nabi tidak akan memberikan syafaat!!!!!

Aku Takut!!!!!!
Aku Takut!!!!
Aku Takut!!!!


Ya Allah...
Jagalah isteriku....
Bimbinglah dia dibawah taufiq dan hidayah-Mu...
Penuhilah si dia dengan keluasan ilmu-Mu Ya Allah...

Buat isteriku...



" Sayang..abang tidak tahu lagi kat mana sayang...Di mana sayang sekarang?...Sihatkah sayang?..SAYANG....Abang akan mencintai sayang sebagai mana Nabi mecintai Saidatina Khadijah...Nabi tidak pernah kahwin lain sepanjang bersama Saidatina Khadijah..
Berungkankan sayang Saidatina Khadijah?
Itulah yang akan abang buat untuk sayang...
Sayang jaga diri ya..
Jaga solat....
Hari-hari mengaji....
Cintailah Anak-anak yatim...
Cintailah Fakir miskin...
Cintailah orang tua...
Nanti kita buat amal sama-sama ya..
Kita tolong mereka semua..  :) "

( Bila sudah halal,abang akan tunjukkan blog abang ini )













Wednesday, September 28, 2011

Yang Mana Iblis? Syaitan ? Qarin? Manusia pula?...







Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum w.b.t..Setinggi-tinggi sekali lagi kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t..Dengan limpah izin-Nya serta Mikmat-Nya,hari ini kita masih di beri dua nikmat dan merasai nikmat ini yang sememangnya sanagt berharga dan tiada tandingannya,Iman dan Islam..Selawat serta salam kepada Khotamul Anbia',Muhammad s.a.w,bersamanya membawa sebaik-baik syariat untuk menjadi ikutan dan panduan seluruh ummat.

Ikwah akhawat ahibbah..

Firman Allah Azza Wajalla..

Yang bermaksud:

"Katakanlah ( Wahai Muhammad ): "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.raja Yang menguasai sekalian manusia.Sembahan(Tuhan yang berhak di sembah olah sekalian) manusia.Daripada kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi.Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia.Daripada (golongan )jin dan manusia...Surah An-nas..ayat 1-6,juzuk ke 30 surah ke 114.

Nabi Allah Adam a.s diciptakan oleh Allah dari tanah manakala Azazil laknatullah pula diciptakan daripada nyalaan api.Azazil diciptakan sebelum tercipnya lagi Nabi Allah Adam a.s.Di waktu itu,Azazil memiliki wajah yang bercahaya dan indah.Setelah diciptakan Nabi Allah Adam a.s,Allah rabbul jalil memerintahkan agar seluruh hambanya bersujud kepada Nabi Adam a.s.Maka sujudlah semua kesemuanya kepada Nabi Adam a.s termasuk Malaikat.namun,satu-satunya makhluk yang tidak mahu bersujud kepada Nabi Adam a.s adalah iblis(Azazil).Mereka merasakan bahawa diri mereka lebih mulia dari Nabi Adam a.s kerana mereka diciptakan dari api manakala Nabi Allah Adam a.s diciptakan dari tanah yang hina.Dengan kesombongan mereka ini,Allah telah marah kepada Iblis sehingga rupa wajah mereka telah diubah oleh Allah menjadi sangat hodoh dan menakutkan.Maka setelah itu,Azazil  dicampakkan kedunia dan diberi gelaran 'IBLIS' yang bermaksud ' Suka Memberontak atau Derhaka '..







Ikwah Akhawat ahibbah..

Sebelum Azazil ( Iblis ) di campakkan kedunia,mereka telah meminta sesuatu kepada Allah dan agar diperkenankan hasrat mereka.Lalu,Allah mengizinkan apa yang mereka inginkan..

" Wahai Tuhanku,Jika demikian,berilah tempoh kepadaku sehinnga ke hari mereka di bangkitkan ( Hari Kiamat )..Surah Sad..ayat 79..

Menurut Ibnu Qayyim al-jauziyyah..setelah iblis laknatullah diturunkan kedunia,mereka ini berkembang biak sehingga menhasilkan 5 keturunan yangmempunyai peranan mereka masing-masing dalam meneyesatka anak adam..

1) Tsabar : Kerjanya menimbulkan keluh kesah ke dalam hatu orang yang ditimpa musibah sehingga orang          
                 itu tergamak menyalahkan Tuhan..

2) Dasim : kerjanya menimbulkan rasa cemburu yang melampau ke dalam hati suami isteri sehingga mereka
                 bercerai berai..


3) Al-a'war : kerjanya mendorong manusia agar melakukan zina.

4) Miswath : Kerjanya membisikkan cerita bohong dan meniupkan sikap buruk sangka kepada orang lain
                    serta menghasut manusia menyebarkan fitnah.

5) Zaknabur : Kerjanya pula memasukkan rasa gembira dan seronok  ke dalam hati manusia agar terus leka
                     sehingga melupakn kewajipa dan hak Allah.


Syaitan? Qarin? Manusia pula apa ?


Syaitan pula boleh di anggap tentera Iblis.Namun,syaitan ini terdiri daripada kalangan manusia dan jin.Kita biasa dengar."Manusia bertopengkan syaitan"..kata-kata ini ada betulnya kerana syaitan itu terdiri dari kalangan manusia itu sendiri.Ini berdasarkan dalil firman Allah surah An-Nas ayat 6 yang bermaksud:

" Daripada (golongan )jin dan manusia "..

Nabi Muhammad s.a.w bersabda : "Wahai Abu Zar,mohonlah perlindungan kepada Allah daripada kejahatan syaitan manusia dan jin."Kata Abu Zar: " Aku bertanya kepada Nabi Muhammad,wujudkah syaitan manusia?.Jawab baginda: " ya"..

Dalam diri setiap manusia pula ada dari kalangan jin atau syaitan.nama mereka pula adalah " Qarin " yang bermaksud teman.Mereka ini mempunyai fizikal dan perangai sama dengan teman mereka ( Manusia ).Ini berdasarkan Firman Allah s.w.t dalam suran Az-zukhruh ayat 36 yang bermaksud :

" Dan barang siapa tidak mengendahkan pengajaran Allah Yang Maha Pemurah ( Al-Quran ) .Kami biarkan  syaitan menyesatkannya dan menhadi teman karibnya "..




Lalu timbul pula ..Adakah Nabi Muhammad ada pendamping? Baginda kan seorang yang Maksom..


Ikwah akhawat ahibbah..

Benar.Nabi Muhammad juga ada Qarin namun,telah ditundukkan oleh Allah sehingga tidak boleh memberikan kemudaratan kepada baginda..Ini jelas berdasarkan hadis soheh yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud :

"Sudah datang kepadamu syaitanmu.":Aisyah bertanya.." Wahai Rasulullah,apakah dalam diriku ini ada syaitan?" Nabi Muhammad s.a.w menjawab :" Ya benar,pada diri setiap manusia itu ada syaitan penggodanya". "Bagaimana denganmu?" tanya Aisyah.Kata Nabi Muhammad s.a.w : " Pada diriku pun ada syaitan,tetapi Allah sudah menundukkannya sehinnga syaitan itu pun menyerah"..

Ikwah akhawat ahibbah...

Itulah serba sedikit pengenalan dan perbezaan Iblis dan syaitan.Kita kebiasaanya terkeliru,yang mana Iblis,yang mana Syaitan.Mudah-mudahan,penerangan serba ringkas ini dapat memberikan manafaat buat kita bersama agar menjadi insan wanita soleh dan solehah serta mendapat keredaan Allah adalah matlamat hidup kita bersama.

Jazakallah....barakallah A'laikum..

" Ya Allah yang Maha Pemberi.pertemukanlah umatmu ini dengan kekasih-Mu,Muhammad s.a.w..berilah kesampatan buatku menatap wajah baginda.mendakap baginda serta menciup tangan kekasih-Mu YANG mulia"..AMIN Ya Allah...























































































Monday, September 26, 2011

SURAT CINTAKU BUAT MU..







               Assalamualaikum w.b.r.t..Alhamdulillh,setinggi-tinggi ana memanjatkan kesyukuran ke atas kurniaan Ilahi,di atas kurniaan-Nya,ana terdetik untuk menaip di atas tajuk " Surat cintaku buat mu "..Selawat serta salam ke atas sayyidul mursalin,Muhammad s.a.w.Bersama baginda di bawa sebaik-baik syariat,yang di rakamkan oleh Allah sebaik-baik ikutan buat seluruh ummat.

Ikwah akhawat ahibbah,

"Surat cintaku buat mu" ana ambil hasil idea ana setelah ana teringat salah satu peristiwa sejarah islam,di mana seorang hamba yang mulia,mendidik dan mengajar ummatnya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang,di akhir hidupnya,menitip kata-kata kecintaan kepada ummatnya sehingga di waktu malaikat Izrail ingin mengambil nyawanya,beliau berkata diiringi  titisan air mata sambil berkata kepada Malaikat Izrail : "Wahai Malikat Izrail,timpakan kesakitan sakaratul maut ke atas diriku,sesungguhnya,aku ingin menanggung segala kesakitan ummatku"..

Subhanallah,

Inilah bait-bait cinta yang sempat dituturkan oleh sebaik-baik manusia,Muhammad s.a.w di akhir kehidupannya. Masih memikirkan ummatnya walaupun waktunya semakin hampir.Disisinya,isterinya tercinta,Saidatina Aisyah ( Humairah ),meminta sebekas bejana air agar disapukan didahinya untuk meredakan sedikit kesakitan.Semua para sahabat hanya mampu menahan kesedihan.Manusia paling baik budinya,paling indah akhlaknya,paling lembut tutur bicaranya,menyayangi yang muda,menghormati yang tua,akan pergi meninggalkan semua.di akhir khutbahnya yang lalu,baginda sempat meninggalkan pesanan terakhir buat sahabat dan ummatnya,agar berpeganglah dengan Al-Quran dan As-sunnah,agar selamat hidup di dunia dan akhirat.Di saat itu,kesemua sahabat tidak tahu bahawa itulah khutbah terakhir baginda dan tatapan terakhir buat sahabatnya,namun,hanya seorang sahabat sahaja yang mengetahui,bahawa itulah pesanan nabi yang terakhir buat kita.

Seorang sahabat mendekati Saidina Abu bakar lalu bertanya: "Wahai Amirul Mukminin,kenapa engkau menangis ketika Rasulluh berkhutbah tadi?.

Dengan keadaan menitis air mata dan sedih,Saidina Abu Bakar menjawab: "Wahai sahabat,sesungguhnya,apa yang disampaikan oleh orang yang sangat kita semua cintai,Muhammad.adalah pesanannya yang terakhir dan selepas ini,baginda tidak lagi bersama dengan kita.Waktunnya semakin hampir".

Sahabat tadi terkejut lalu menangis dengan apa yang dikhabarkan oleh Saidina Abi Bakar.

Setelah berita ini tersebar,kesemua sahabat dalam keadaan berduka.Hanya pesanan dan ajaran yang telah diajarkan dari baginda sebagai penawar duka.

Di saat waktunya sangat hanpir,baginda menyebut..

" Ummati........."

" Ummati........"

"Ummati........."

Itulah yang disebut oleh baginda di akhir hidupnya.Sayangnya baginda kepada kita tidak terkata.Cintanya kepada kita melebihi cintannya kepada isterinya,anak-anaknya,serta sahabat-sahabatnya.

Itulah gambaran betapa cintanya manusia yang paling baik,Muhammad s.a.w kepada ummatnya..

Setelah nafas terhenti,degupan jantung mula menurun sehingga tidak lagi berdegup,akhirnya,Manusia yang paling mulia,pergi buat selama-lamanya..Bercurah-curah air mata para sahabat kerana selepas ini,tidak ada lagi manusia sepertinya.

' Wajahnya menggambarkan ketenangan '

'Bicaranya menggambarkan kasih sayang '

'Tingkah lakunya menggambarkan didikan '

'Senyumannya mengambarkan ketulusan'


" Ya Rasulullah,ummatmu ini ingin sekali bersua denganmu.Ingin sekali mendakapmu.Ingin sekali menatap wajahmu.Ingin sekali menejejakkan kaki di bumi kecintaanmu Mekah dan Madinah "

wassalam...









Wednesday, September 7, 2011

MUKASHAFAH AL-QULUB...


Assalamualaikum ikwah akhawat ahibbah..


video


"4 perkara yang mendatangkan kebahgiaan: 1) Buku yang bermanfaat..
                                                                   
                                                                   2) Anak yang berbakti..

                                                                   3) Isteri yang dicintai...

                                                                   4) Kawan yang soleh..

DAN Allahlaah yang menggantikan seluruhnya...

Jazakallah..Barakallah a'laikum..

Thursday, August 11, 2011

ASTAGHFIRULLAH...AMPUNKAN KAMI YA ALLAH...




Assalamualaikum..Ikwah akhawat ahibbah...Astagfirullah..lama ana dah tak menaip di sini..sungguh kekangan masa yang terhad dan kadang-kadang letih menjauhkan ana dari menulis di halaman blog ana ini..

Ikwah akhawat ahibbah..

 Alhamdulillah..Kita sudah masuk bulan ramadan buat hari yang ke-11..Alhamdulillah,setinggi-tinggi kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana kita bertemu dengan ramadan tahun ini..Mudah-mudahan,kita semua dapat menyempurnakan ramadan tahun ini..

Di kesempatan ini,ana memohon ribuan kemaafan di atas segala silap ana dalam penulisan ana ini sekiranya ada beberapa karya penulisan ana ini menyebabkan ada di antara pembaca tersinggung dan sebagainya.Sungguh,ana tidak berniat hendak menyinggung siapa-siapa,sekadar perkongsian ana yang baru berjinak dalam laman blog ini..

  "Ya Allah,ampunilah dosa kami,dosa kedua orang tua kami,dosa guru-guru kami,dosa sahabat-sahabat kami..Ya Allah,peliharalah pasangan kami dari perkara yamg mengundang kemurkaan-Mu,berilah kami zuriat yang soleh dan solehah,pupuklah rasa cinta dan kasih kami dalam meggapai reda-Mu..Sesungguhnya,kami bertaubat diatas segala kesilapan kami"..Amin Ya rabbal Alamin..




Ikwah akhawat ahibbah,

Di kesempatan ini juga,ana ingin mengajak kalin semua,ayuh,marilah kita bersama bertaubat dengan sebenar-benar taubat..Di bulan ramadan yang penuh kemuliaan ini,mudah-mudahan,Allah menerima taubat kita ini.Gunakanlah peluang ramadan kali ini dengan sebenar-benarnya,kerana,ana bimbang,takut tidak berjumpa di ramadan yang akan datang

Ayuh semua sahabtku..BERTAUBAT NASUHA...BERAZAM TIDAK MENGULANGI DOSA YANG LALU...

Astagfirullah..Ampunkan kami Ya Allah..

Jazakallah..barakallah a'laikum..


Friday, July 8, 2011

!!!!! أنا نسيان





     " Astaghfirullah..hatiku kembali menangis..menangis mengingatkan betapa banyaknya dosa yang telah aku lakukan...Betapa jahilnya aku kerana leka dan lalai dengan apa yang aku ada..aku terlupa,aku berada di dunia ini hanya sementara..Masih belum ada jaminan buatku untuk aku teruskan hidupku untuk esok hari..Ya Allah..ampunilah dosaku,ampunilah dosa kedua ibu bapaku,ampunilah segala dosa guru-guruku,ampunilah segala dosa semua sahabatku..ampunilah segala dosa insan yang berada di sekelilingku..."..

     "Subhanallah,aku tertipu dengan setiap yang berada di depan mataku..Aku terluka kerana bijaknya kata-kata berbicara,aku ditipu dengan segala perhiasan di depan mata...Ya Allah,peliharalah hatiku serta hati-hati insan kesayanganku..Bimbinglah kami dalam mencari sinar hidayah dan redaMu..Biarkanlah kami hayut memuji nama-Mu,biarlah kami terus leka berzikir padaMU..Ya Allah..janganlah Engkau bebankan aku dengan bebanan yang tidak mampu aku tanggungi..Jagalah dan peliharalah insan-insan kesayangan dari perkara yang tidak diingini..

Ya Rahman..
Ya Rahim...
Ya Wahab...

Amin..Ya Rabbal Alamin..