Pages

Friday, March 4, 2011

PEPERANGAN HUNAIN...

      



      Assalamualaikum w.b.t.Kaifa halukum? Ana harap,antum semua sihat sejahtera.Sebelum itu,mari kita sama-sama membaca surah al-fatihah,mudah-mudahan,mendapat ganjaran pahala dari Allah dan kita sama-sama hadiahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw,para shuhada’,kedua ibu bapa kita,sahabat-sahabat kita dan seluruh umat islam yang telah mendahului kita bertemu dengan Yang Maha percipta..Al-Fatihah~~…

Ikwah akhawat ahibbah,

    Coretan ana pada kali ini berkisarkan salah satu peperangan dalam sejarah islam.Ana akan cuba meringkaskan coretan ana agar kalian mudah memahami serta dapat menghayati sejarah.Ana memilh Peperangan Hunain sebagai coretan ana pada kali ini.

Ikwah Akhawat ahibbah,

     Setelah pembukaan Kota Mekah pada 13 Ramadhan tahun kelapan hijrah,Puak Hawazin yang ketika itu berada di Taif hendak menyerang Nabi Muhammad saw  yang berada di Mekah.Ini kerana Puak Hawazin ingin menguasai Mekah kerana sebelum Mekah di Tawan oleh Nabi Muhammad saw,Mekah merupakan Pusat Bagi Suku Arab Yang menentang agama islam di awal penyebaran dakwah Nabi Muhammad saw. Jadi Puak Hawazin telah bersiap sedia untuk menyerang Nabi dan tentera islam yang berada di Mekah pada ketika itu.Mereka juga telah mendapat bantuan dari suku arab yang lain seperti Saqif,keturunan Bakar,Nasr dan Jusy’um sehingga mereka berjaya mengumpulkan bala tentera seramai 20 000 orang.Mereka juga di pimpin oleh seorang pemuda yang ketika itu berumur 24 tahun iaitu Malik bin Auf.

      Nabi Muhammad saw telah menghantar perisik bagi mendapatkan maklumat tentang tentera Hawazin.Setelah Nabi Muhammad saw mendapat berita tentang persiapan tentera Hawazin,Nabi Menyuruh tentera islam agar keluar dari Kota Mekah kerana Nabi tidak mahu berperang di Mekah kerana Kota Mekah baru sahaja di tawan.



Ikwah Akhawat ahibbah,

    Di antara Mekah dan Taif ada sebuah lembah yang besar iaitu Wadi Hunain.Sewaktu tentera islam hendak menuju ka Taif dan tentera Hawazin menuju ke Mekah bagi melancarkan serangan kepada Nabi dan tentera islam,tentera Hawazin telah berhenti di Wadi Hunain sebagai tempat untuk menyerang Nabi.Ini kerana,Wadi Hunain adalah kawasan yang di kelilingi oleh bukit yang tinggi dan tempat yang paling trategi untuk menyerang Nabi dan tentera islam.Ketika tentera Hawzin kerkhemah di Wadi Hunain,seorang bekas panglima arab yang gagah dan terkenal turut serta sekali bersama tentera hawazin dan umurnya pada ketika itu adalah 160 tahun,beliau juga  telah cacat penglihatan dan hanya berada di bahagian pengusung.Beliau bernama Duraid.Duraid menjadi rujukan Malik bin Auf bagi menentang Nabi dan tentera Islam.Tentera Hawazin juga turut membawa kesemua harta,keluarga mereka.Ini kerana,Malik bin Auf beranggapan,sewaktu mereka berperang dengan tentera islam kelak,tidak akanada seorang dari mereka yang akan pulang kerana kesemuanya mereka telah bawa bersama dalam peperangan ini.Duraid juga menyuruh Malik bin Auf agar menyuruhnya menyusun tentera di sini(Wadi Hunain) kerana ini tempat yang paling trategik.

       Tentera islam pada ketika itu pula seramai 12 000.Mereka terdiri dari tentera dari madinah dan tentera Mekah dan ada sebahgian mereka masih belum memeluk islam.Ini kerana,sebahagian dari mereka mempunyai semangat kebangsaan yang sangat tinggi untuk berperang dengan tentera Hawazin.Apabila Nabi dan tentera islam tiba di Hunain,Nabi dan tentera islam yang lain hanya berkhemah di luar Wadi Hunain kerna Tentera Hawazin Terlebih dahulu berada di dalam Wadi Hunain.Lalu nabi menyuruh seorang sahabat agar berkawal di atas bukit untuk memerhatikan Tentera Hawazin dan memberi laporan kepada Nabi di sebeleh malamnya.Di sini juga Nabi Muhammad saw menyusun strategi peperangan.Saidina Ali memegang bendera dari pasukan Muhajirin,Habab bin Munzir bendera Kharaj,Usaid bin Khudair bendera Aus dan Khalid bin al-Walid memimpin tentera berkuda dari keturunan Sulaim dan diletakkan di bahagian paling hadapan.

       Pada keesokan paginya,tentera islam mula menyerang tentera Hawazin.Tentera islam menyerang bermula dari pasukan berkuda yang di pimpin oleh Khalid bin al-Walid.Akibat kawasan Hunain berbukit ttinggi,sewaktu tentera Khalid al-walid menuruni bukit,ada di antara mereka yang berlanggaran dan menjadi kucar-kacir.Kesan dari keadaan ini,tentera Hawzin telah mengambil kesempatan menyerang hendap tentera islam sehingga Khalid al-Walid cedera teruk.Tentera islam yang lain melihat apa yang terjadi dam mereka rasa gentar dan ada yang berlari pulang semula ke Mekah dan tinggal hanya Nabi dan beberapa orang sahabat sahaja.Antaranya ialah abu Bakar,Umar,Ali,Rabi’ah bin Harith bin Abd. Mutalib,Fadl bin Abbas,Qusam bin Abbas,Usamah bin Zaid dan Aiman bin Ummu Aiman.Pada ketika itu,tentera islam hanya tinggal 100 sahaja.Dalam 100 orang tentera islam,ada dua orang seri kandi islam iaitu Ummu Amarah dan Ummu Hakeim.

      Kekuasaan Allah telah menyebabkan bilangan tentera islam yang hanya tinggal 100 tadi berjaya membunuh tentera Malik bin Auf sehingga bilangan mereka menjadi sedikit.Malik bin Auf terpinga-pinga akan apa yang telah menimpanya dan tenteranya lalu mengarahkan agar mereka berundur.Tentera Hawazin melihat tenntera islam begitu ramai.Mereka melihat begitu ramai tentera islam berpakain putih menaiki kuda putih datang kearah mereka.Ini kerana,para malaikat telah turun untuk membantu tentera islam dan ini adalh satu-satunya peperangan di mana para malaikat turun selepas peperangan badar.

Ikwah Akhawat ahibbah,

      Akhirnya tentera islam Berjaya dalam peperangan ini yang di ketuai sendiri oleh junjungan besar Nabi Muhammad saw.Semasa tentera islam mengejar saki baki tentera Huwazin,berlaku satu peristiwa di antara salah seorang sahabat Nabi iaitu seorang pemuda islam yang turut serta dalam peperangan ini Rubaiah al-aslami dan bekas panglima tentera Huwazin iaitu Duraid bin Summah.Beliau Berjaya mengejar Duraid dan cuba hendak membunuhnya dengan menetak dari belakang bahu Duraid.Namun,sedikitpun tidak memberikan kesan kerana Duraid adalah bekas panglima Huwazin yang gagah.

Duraid bertanya:”Wahai pemuda,siapa namamu dan berapa umurmu?”

Rubaiah menjawab:”Aku adalah Rubaiah bun Rufai’ al-Aslami dan umurku 16 tahun”

Duraid berkata:”Kerana aku telah pernah mempertahankan wanita-wanita daripada keluarga mu,mari aku tunjukkan cara membunuh aku”

Lalu,Duraid menunjukkan tempat yang sepatutnya Rubaiah tetak untuk membunuhnya.

Duraia berkata:”Engkau ambil pedang aku di belakang untaku dan setelah engkau membunuhku,engkau pulang dan beritahu ibumu akan peristiwa ini”.

Lalu rubaiah ambil pedang Durain dan menetak Duraid di tempat yang Duraid suruh.setelah Berjaya membunuh Duraid,Rubaiah pulanh dan meneritahu kepada ibunya.Setelah mendengar,Ibu rubaiah menangis dan berkata:”Kenapa kamu tidak biarkan sahaja lelalki itu,kerana,dialah yang telah mempertahankan kaum wanita dari keluarga kita sebelum kita memeluk agama islam”.Rubaiah terkejut  sekali lalu berkata:”Aku tidak tahu wahai ibuku,jika aku tahu,aku tidak akan membunuhnya”.

     Alhamdulillah.Selesai cerpen pendek ana.Sebelum itu,Setelah tentera islam berjaya dalam peperangan ini,Nabi Muhammad saw menyuruh tentera islam mengumpulkan harta rampasan di Hunain dan melantik Budail bin Warda’ bagi menjaga kawasan ini.

    Semoga kisah dalam peperangan Hunain ini memberikan iktibar kepada kita bersama.Jazakallah..



No comments:

Post a Comment