Pages

Thursday, March 31, 2011

AKU TETAP SETIA MENUNGGU...






Tuhan....
Saat aku menyukai seorang teman…
Ingatkanlah aku bahawa akan ada sebuah akhir…
Sehingga aku tetap bersama Yang Tak Pernah Berakhir…

Tuhan.....
Ketika aku merindukan seorang kekasih…
Rindukanlah aku kepada yang rindu Cinta Sejati Mu…
Agar kerinduanku terhadap - Mu semakin menjadi…

Tuhan.......
Jika aku hendak mencintai seseorang…
Temukanlah aku dengan orang yang mencinatai – Mu…
Agar bertambah kuat cintaku pada – Mu…

Tuhan......
Ketika aku sedang jatuh cinta…
Jagalah cinta itu…
Agar tidak melebihi cintaku pada – Mu…

Tuhan....
Ketika aku berucap aku cinta pada – Mu…
Biarlah kukatakan kepada yang hatinya tertaut pada – Mu…
Agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan karena – Mu…

Sebagaimana orang bijak berucap…
Mencintai seseorang bukanlah apa – apa…
Dicintai seseorang adalah sesuatu…
Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti…
Tapi dicintai oleh Sang Pencinta adalah segalanya...


Wednesday, March 30, 2011

AKU MULIA KERANA ISLAM...




       Assalamualaikum w.b.t..Alhamdulillah,setinggi-tinggi ana memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana walaupin ana sibik dengan pelajaran,ana tetap teruskan penulisan ana ini sebagai satu rangka dakwah ana buat kalian yang membaca dan singgah di blog ana.

Ikwah akhawat ahibbah,

    Pada kali ini,cerpen ana berkisarkan seorang raja kafir pada yang hidup semasa zaman Rasulullah s.a.w. akhirnya telah masuk islam.Nak tahu macam mana?teruskan membacaye.. J

   Dhiyat al-kahbi adalah seorang raja kafir yang berketurunan Arab.Rasulullah s.a.w sangan mengimpikan dan menginginkan supaya Dhiyat ini masuk islam kerana beliau telah menguasai 7000 orang ahli keluarganya.Malahan,Rasulullah s.a.w sendiri pernah berdoa untuknya :

 ‘Ya Allah,berikanlah rezeki berupa hudayah islam kepada Dhiyat’..

Itulah doa Rasulullah s.a.w untuk Ahiyat.Alhamdulillah,akhirnya doa Rasulullah s.a.w di perkenankan oleh Allah.Setelah Rasulullah s.a.w selesai solat subuh,maka tanpa di sangka,Dhiyat masuk ke dalam masjid dan terus berjumpa dengan Rasulullah s.a.w..Rasulullah s.a.w begitu gembira sekali sehungga membentangkan kain putih di lantai untuk Dhuyat duduk.Sebaik sahaja Dhiyat melihat penghormatan dan tingkah laku Rasulullah s.a.w itu,Dhiyat mengambil kain tersebut dan menciumnya dan diletakkan kain tersebut di atas kepalanya sambil berkata :

‘ Ya Rasulullah yang mulia,apakah syarat-syarat yang perlu aku lakuakan untuk masuk agama sucimu?’..

Lalu Nabi Muhammad s.a.w menjawab :

‘Hendaklah enkau mengucapkan kalimah syahadah “Laa Ilaha illallah,Muhammadar Rasulullah” ‘…

   Setelah mendengar akan jawapan dan perintah Rasulluah s.a.w yersebut,Dhiyat tubduk sambil menangis.Maka,Rasulullah s.a.w bertanya :

‘Wahai Dhiyat,kenapa engkau menangis? Apakah engkau menangis sebab engkau masuk islam?’..Itulah pertanyaan yang diajukan oleh Rasullah kepada Dhiyat.Lalu,Dhiyat menjawab :

‘Wahai kekasih Allah,sesungguhnya aku telah melakukan beberapa dosa besar,oleh itu,engkau tanyakanlah dahulu kepada Tuhanmu,bagaimanakah caranya untuk aku menebus sagala dosa-dosa aku yang lalu?..
Rasulullah s.a.w terkejut akan sikap Dhiyat tadi.Lalu nabi bertanya :

‘Wahai Dhiyat,dosa apakah yang telah kamu lakukan sehingga engkau bersikap sebegini?’’

Dhiyat menjawab : “Aku adalah seorang raja yang berjaya menguasai tanah arab yang luas ini.Aku juga mempunyai ramai anak dan daripadanya adalah 70 orang anak perempuan dan aku juga tidak mahu kesemua mereka bersuami.Maka,di sebabkan demikian,aku telah membunuh kesemuanya dari tanganku sendiri”..

    Rasullullah s.a.w terkejut setelah mendengar pengakuan Dhiyat tadi dan menyebabkan baginda menjadi ragu-ragu.Dengan izin A.S sambil membawa wahyu dan disampaikan kepada Rasulullah.

“Wahai Rasulullah s.a.w,katakanlah kepada Dhiyat,demi KeperkasaanKU dan KemulianKU,sesungguhnya tatkala engkau megucapkan “ Laa Ilaha iIllallah,Muhammadar Rasulullah “ maka Aku telah mengampunkan caci makimu terhadap-Ku selama 60 tahun.Jadi,bagaimana Aku tidak mengampunimu yang mana telah membunuh anak-anakmu sendiri “..

    Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w mendengar berita tersebut,Rasulullah s.a.w menangis.Kemudian Rasulullah s.a.w berkata :

‘Tuhanku,Engkau telah mengampuni Dhiyat yang telah membunuh anak-anaknya dengan hanya syahadatnya yang sekali sahaja,maka,bagaimana Engkau tidak mengampuni orang-orang yang beriman akan dosa-dosa kecil mereka dengan syahadat mereka yang berulang kali ‘..

   Setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w tadi,maka Dhuyat terus mengucapkan kalimah syahdah dan bergelarlah beliau seorang muslim dan dosanya yang lalu telah di ampunkan oleh Allah Ta’ala.

  Selesai sudah.Alhamdulillah.Pendekje cerpen ana pada kali ini.Mudah-mudah,cerpen pendek ana ini dapat memberikan sedikit kesedaran buat kita bersama bahawa janganlah kita putus berdoa memohon ampun kepada Allah.Secara peribadi ana katakan,sewaktu ana menulis cerpen ini,kecintaan ana dalam bidang dakwah ini semakin mekar dihati setelah melihat keperibadian dan menghayati sikap Rasulullah s.a.w dalam berdakwah.Mudah-mudahan,kecintaan ana dalam bidang dakwah akan terus mekar di hati ana walaupun kadang-kadang ada perkara yang menyebabkan ana terhalang untuk meneruskannya..Ana akhiri cerpen ana dengan kata-kata dari Ibnu A’thoilah Assakandary :

  “Orang yang mencintai bukanlah orang yang mengharapkan balasan dari orang yang dicintainya atau apa-apa yang diharapkan daripada orang yang di cintai.Sebab orang yang mencintai anda adalah orang yang memberi sesuatu kepada anda bukannya anda memberikan sesuatu kepadanya “…

 (Kalau anda mengaku sebagai orang-orang yang mencintai Allah,janganlah mengharapkan balasan daripada-Nya dan janganlah pula mempunyai maksud untuk memperolehi syurga atau selamat daripada neraka dengan amal yang anda lakukan itu.Sebaliknya,hendaklah anda lakukan amalan tersebut semata-mata melaksanakan ubudiyah kepada Alllah sebagai obkjektif utama dalam amalan yang anda lakukan)..

 Barakallah a’laikum..Jazakallah..



Monday, March 28, 2011

DIARI CINTA ATIKAH...

         Assalamualaikum w.b.t..Alhamdulillah,setinggi-tinggi anak panjatkan  kesyukuran kepada Allah kerana atas limpah rahmatnya,Alhamdulillah,ana dapat juga menyiapkan sebuah cerpen islam buat tatapan antum semua.Kaifa halukum?..Ana harap,kalian semua sihat-sihat belaka.

Ikwah akhawat ahibbah,

         Pada kali ini,ana akan mencoretkan sebuah kisah islam dimana seorang wanita islam yang begitu cekal sekali hatinya dalam menghadapi dugaan hidup.Wanita tersebut bernama  “ATIKAH”…Baik,ana mulakan kisah nye ya..

     



       Beberapa tahun sebelum Nabi Muhammad di utuskan dan diangkat menjadi rasul,lahirlah seorang bayi perempuan dalam keluarga Zaid bin Amr bin Nufail di Mekah serta diberikan nama ATIKAH.Keluarganya mengasuh dan mendidik Atikah dengan penuh kasih saying sehingga Atikah membesar dalam asuhan budi pekerti yang mulia serta mempunyai sopan santun yang tinggi.Setelah Nabi Muhammad di angkat menjadi rasul,maka,seluruh ahli kelurga Zaid menerima seruan suci inyang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w..Di alam islam pula,Atikah di didik dengan penuh didikan agama islam yang suci.Maka,Atikah jadilah seorang gadis islam serta mempunyai kecantikan sehingga menjadi buah mulut di kalangan para pemuda yang terpesona akan kecantikan yang dimiliki oleh Atikah.Ramai para pemuda berlumba-lumba untuk menawan hati hatikah,namun Atikah tetap menjaga keperibadiannya serta tidak pernah sombong dan angkuh.

Ikwah akhawat ahibbah,

       Namun,ada seorang dikalangan para pemuda yang benar-benar ingin menjadikan Atikah sebagai suri hidupnya.Beliau adalah Abdullah bin Abu Bakar As-siddiq.Abdullah memepunyai rupa paras yang tampan serta anak kepada sorang khalifah iaitu yang terkenal iaitu Saidina Abu Bakar As-siddiq.Hasrat Abdullah untuk memperisterikan Atikah di nyatakan kepada bapanya,Saidina Abu Bakar.Saidina Abu Bakar menyetujui akan hasrat puteranya itu lalu pergi pergi berjumpa menemui kedua orang tua Atikah.Pinangan tersebut diterima oleh kedua orang tua Atikah dan persetujuan telah di setujui oleh kedua-dua belah pihak.Naka,kedua-dua belah pihak membuat persediaan untuk majlis perkahwinan.Walaupun Saidina Abu Bakar seorang khalifah,namun,majlis tersebut tetap di adakan secara sederhana.Akhirnya,dua jiwa bersatu di bawah ikatan yang sah.



    ‘Kusangkakan panas hingga ke petang,rupa-rupanya hujan di tengah hari’..Pada suatu hari,Saidina Abu Bakar lalu di hadapan rumah puteranya Abdullah dan Atikah untuk pergi ke masjid menunaikan solat berjemaah di masjid,Saidina Abu Bakar mendengar Abdullah dan Atikah sedang bersembang sambil ketawa.Jadi,Saidina Abu Bakar membatalkan niatnya untuk mengajak Abdullah bersama-sama kemasjid dan terus munuju kemasjid bersendirian.Setelah selesai,Saidina Abu Bakar turut melalui jalan dihadapan rumah Abdullah dan Atikah dan mendapati Abdullah dan Atikah masih berbual lagi sambil ketawa.Lalu,Saidina Abu Bakar memanggil puteranya dan berkata :

Wahai puteraku Abdullah,apakah kamu telah menunaikan solat berjemaah?’..

     Setelah mendengar pertanyaan bapanya,Abdullah tertunduk kerana malu.Ini kerana beliau terleka melayan isterinya sehingga terlupa hendak menunaikan solat berjemaah.Lalu,Saidina Abu Bakar menyuruh puteranya untuk pulang kerumah asal mereka.

Ketika Abdullah tiba di rumah bapanya,Saidina Abu Bakar bertanya :

Wahai Abdullah puteraku,adakah engkau tahu kenapa aku memanggil engkau kemari?..

Aku tidak tahu kenapa engkau memanggilku kemari’..:Jawab Abdullah kepada bapanya.

Abu Bakar berkata lagi : ‘Wahai puteraku Abdullah,sesungguh kecantikan isterimu Atikah telah menyebabkan engkau lalai dengan tugas-tugas kehidupanmu sehingga engkau sendiri terleka dan terlupa untuk menunaikan solat fardu berjemaah.Oleh itu,engkau ceraikanlah isterimu Atikah sekarang’..

Tapi ayah!!!’..Abdullah cuba menjawab..

Ya..Aku  tahu bahawa engkau sungguh berat hati untuk melakukan sedemikian.Tapi saying,itu semua bukan mendorongmu untuk lebih bersyukur,sebaliknya membawamu kea rah kelalaian’..:Jawab Abu Bakar..

     Dalam keadaan duka sambil tertunduk,Abdullah menuruti segala perintah bapa,Saidina Abu Bakar As-Siddiq.Abdullah juga sedar akan kesilapannya dan beristighfar serta memohon ampun kepada Allah.Lalu,Abdullah menceraikan Atikah walaupun pada ketika itu kasih sayang diantara mereka sedang mekar bersemi.


Ikwah akhawat ahibbah,

    Abdullah melalui hari demi hari dalam keadaan sedih dan begitu duka cita.Cintanya pada Atikah tidak pernah pudar.Atikah pula sungguh sedih apabila Abdullah menceraikannya ketika kasih saying di antara mereka baru terbina.kini,kedua-dua insan itu telah sedar dan insaf.Penyesalan,keinsafan serta kerinduaan Abdullah kepada Atikah tidak mampu di bending lagi sehingga bait-bait syair cinta meniti di bibirnya sehingga di dengari oleh bapanya sendiri Saidina Abu Bakar..

Wahai Atikah’…
Aku tidak melupakan dirimu walaupun sekejap mata..
Siang dan malamku,hatiku tergantung padamu…
Engkau memiliki budi perkerti mulia…
Aku tidak pernah melihat seorang lelaki menceraikan wanita budiman seperti aku lakukan padamu…
Duhai isteriku tercinta Atikah!!!...

     Setelah Saidina Abu Bakar mendengar ratapan puteranya itu,kini,beliau mengerti bahawa puteranya Abdullah begitu merindui Atikah.Bahkan,Saidina Abu Bakar sendiri mampu merasakan apa yang sedang dirasakan oleh puteranya itu.Pada keesokan harinya,Saidina Abu 

Bakar memanggil puteranya dan berkata :

Wahai puteraku Abdullah.Aku tahu engkau dihimpit perasaan kerinduan terhadap bekas isterimu tercinta.Kini aku sendiri membenarkan engkau rujuk semula bersama Atikah’..

Setelah mendengar akan berita tersebut,Abdullah begitu gembira dan tergesa-gesa memanggil hambanya Aiman lalu berkata :

Wahai hambaku  Aiman,mulai saat ini,eangkau merdeka kerana Allah serta bersaksikan kepadamu  bahawa aku merujuk semula bersama bekas isteriku tercinta Atikah’

      Aiman sangat gembira mendengar kata-kata tersebut dan dia tidak pernah menduga sama sekali bahawa dia akan merdeka dengan cara sedemikian.Kemudian Abdullah segera ke rumah Atikah.Sewaktu mereka berdua bertemu,Abdullah berkata :

‘Wahai isteriku tercinta Atikah,engkau telah ku ceraikan tanpa keraguaan,kini kamu telah di rujuk semula denganku’…



    Atikah begitu gembira mendengar khabar tersebut dari mulut Abdullah sendiri.Maka,dua jiwa yang pernah sengsara dan menderita kerinduan,akhirnay bersati semula dengan penuh bahagia.Namun,tidak beberapa lama kemudian,diberitakan bahawa islam sedang mendapat tentangan dari kaum musyrikin Mekah.Jadi,selaku salah seorang dari pemuda islam,Abdullah juga turut serta dalam peperangan di medan jihad demi mempertahankan kalimah Allah dipermukaan bumi ini.Denag jiwa kepahlawananislam,Abdullah bertempur dalam peperangan jihad tersebut sehingga menemui syahid.Berita akan kematiaan Abdullah sampai kepengetahuan Atikah.Atikah begitu hiba dan sedih.Namun,dia bangga akan jiwa kepahlawanan suaminya yang mati syahid memperjuangkan agama islam.Namun,hari-hari yang di laluinya,Atikah begitu rindu akan suaminya Abdullah sehingga sekuntum syair meniti di bibirnya buat suaminya tercinta.

Demi Allah…!!! Siapakah pemuda yang seperti dia…?
Yang sanggup maju dan menyerang musuh di medan perang denag taruhan nyawa,iman dan kesabaran?
Apabila diutus di medan jihad,dia dengan gagah perkasa membunuh musuh-musuh islam…
Aku bersumpah kedua-dua mata ini terlalu panas dan hati ini selalu gelisah…
Kulitku sentiasa berdebu selepas pemergiaan!!!
Wahai putera yang mulia!
Wahai suamiku tercinta!
Sungguh malamku tidak bersua lagi dengan pagi yang cerah!!!...



        Setelah pemergiaan suaminya tercinta Abdullah bin Abu Bakar,Atikah hidup keseorangan diri.Hari-hari yang di laluinya sentiasa dihiasi dengan agama,sastera disamping kecantikan yang dimilikinya tidak kunjung pudar.Namun,keperibadiannya ini telah menarik dan memikat hati seorang pemuda dan pejuang islam iaitu Umar bin Khattab.Akhirnya,Umar bin Khattab menyatakan hasratnya itu kepada Atikah.Denagn hati terbuka,Atikah menerima dan menikahi Umar bin Khattab dan mendampinginya dengan penuh setia,setulus cinta,ikhlas serta tanggungjawab.Sepanjang mereka hidup bersama,Umar menjumpai bahawa Atikah memiliki sifat-sifat wanita yang utama.Sifat seorang wanita beriman,taqwa,serta mudah dibawa berbincang dan mampu memberi ketenangan kepada seorang suami.Umar begitu bertuah kerana memiliki seorang isteri yang begitu mulia.

     Pada suatu hari,Umar bin Khattab berjumpa dengan seorang lelaki bernama Abu Lu’lu’ah.Beliau adalah hamba kepada seorang dari agama nasrani iaitu Mughirah bin Syu’bah.Beliau meminta tolong agar Umar membela nasibnya kerana memberikan upah tidak setimpal dengan pekerjaannya.Namun,kata-kata Umar seolah-olah membela akan tuannya dan menyebabkan beliau berdendam dan ingin membunuhnya.Lalu,di suatu pagi,ketika  Umar dan beberapa orang sahabat yang lain hendak menunaikan solat secara berjemaah yang di imami sendiri oleh Umar bin Khattab,Abu Lu’lu’ah datang dari arah belakang lalu menikamnya sebanyak tiga kali.Rebahlah Umar di situ dan meminta agar solat tersebut di imami oleh Umar bin Auf.setelah itu,Umar di bawa pulang ke rumah dan akhirnya mati di pangkuan isterinya Atikah.Pemergiaan Umar di lepaskan dengan kesedihan.Dalam linangan air mata,Dalam linangan air mata,atikah berkata :


‘Fairuz Abu Lu’lu’ah mengejutkan aku…!!!
Tindakannya terhadap Umar sungguh terkutuk dan pengecut!!!
Saat itu Umar sedang membaca ayat al-quran dan kembali kepada Allah…
Umar seorang lelaki penyayang kepada orang bawahannya dan amat tegas terhadap kafir…


    




   Itulah ratapan atikah atas pemergiaan suaminya tercinta Umar bin Khattab..


Ikwah akhawat ahibbah…


    Setelah habis tempoh i’dah,datanglah pula seorang lagi seorang lelaki yang juga salah seorang pembela kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w iaitu zubair bin Awwam meminangnya.pada awalnya Atikah menolak pinangan Zubair bin Awwam.Namun,setelah di desak beberapa kali,Atikah menerima pinangan Zubair dengan hati terbuka.Maka,bernikahlah mereka berdua dan hidup dalam bahagia.Namun,Zubair mempunyai sikap yang berbeza  
Zubair bertanya kepada Atikah :


‘Hai isteriku tercinta,kamu tidak boleh pergi ke masjid’…


Atikah sangat terkejut.Lalu berkata : ‘Wahai putera Awwam…! Apakah aku mesti meninggalkan masjid,tempat aku bersolat berjemaah bersama Rasulullah,Saidina Abu Bakar semata-mata cenburumu itu…?


Zubair menjawab : ‘Oh..tidak,sebenarnya aku tidak melarangmu’..




     Zubair tertunduk malu.Untuk melarang isterinya dari terus bersolat berjemaah di masjid,Zubair telah merancang untuk menakut-nakutkan isterinya.Lalu,pada suatu pagi,Zubair menganbil wuduk dengan segera dan bersembunyi di sebuah tempat bernama Suqitah Bani saidah dimana tempat yang biasa di lalui oleh Atikah nenuju ke masjid.Ketika Atikah melalui jalan tersebut,dari arah belakang,Zubair telah memukul Atikah.Namun,Atikah mendapati tiada seorang pun kelihatan.Atikah mengambil keputusan untuk membatalkan niatnya bersolat di masjid dan akhirnya tidak lagi sloat di masjid secara berjemaah semenjak peristiwa itu.Zubair tersenyum kegembiraan setelah mengetahui bahawa Atikah tidak lagi bersolat di masjid.

     Namun,pada ketika itu,satu peristiwa perselisihan faham antara Saidina Ali bin Abi Thalib dan Saidatina A’isyah binti Abu Bakar.Perseleisihan faham diantara mereka tidak dapat lagi didamaikan melainkan melalui peperangan.Lalu,Saidatina A’isyah membawa beberapa orang panglima perang termasuk Zubair bin Awwam dan rombongannya untuk menyerang Saidina Ali bin Abi Thalib.Lantas,Saidina Ali mengingatkan Zubair akan kenangan masa lalu mereka ketika bersama dengan Rasulullah.Dimana Rasulullah pernah berkata bahawa pada suatu masa kelak,Zubair akan menyerang Ali.Setelah mendengar dan mengenang kembali akan peristiwa tersebut,Zubair pulang semula ke Madinah.Sewaktu dalam perjalanan pulang ke Madinah,Zubair telah diekori seorang lelaki arab yang miskin bernama Amr bin Jarmuz.Dia hanya menunggu masa untuk menyerang Zubair bin Awwam.Ketika Zubair bin awwam berhenti seketika untuk menunaikan solat,lalu amr bin Jarmuz menyerang Zubair dan menikamnya.Amr bin Jarmuz mengambil cincin dan beberapa peralatan perang Zubair.Maka,Zubair wafat di situ.Kewafatan Zubair akhirnya sampai kepengetahuan Atikah.Sebaik sahaja Atikah mengetahui akan peristiwa tersebut,Atikah menangis sambil mengucapkan kata-kata perpisahan..


‘Amr bin Jarmuz telah mengkhianati penungggang kuda yang berani!!!
Yang berlaku pada hari pertempuran padahal dia tidak melarikan diri….
Sekiranyanengkau sedar,mulut dan tangannya pasti gementar….
ZUbair…!!!
Sungguh dia telah menerima cubaan…
Orangnya pemurah,wafatnya mulia…
Banyak usaha yang dilakukannya…
Dia tidak pernah berkira…  


    Itulah ratapan Atikah atas pemergian Zubair bin Awwam.kini,Atikah sudah tiga kali kematian suami dan kesemuanya gugur di medan jihad.


    Sebaik sahaja kematian Zubair bin Awwam sampai kepengetahuan Saidina Ali,Ali pergi berjumpa Atikah.Kedatangan Saidina Ali adalah sama seperti para lelaki yang sebelum ini iaitu ingin meminang Atikah.Namun,Atikah berkata:


‘Aku khuatir,Sekiranya engkau mengahwiniku,engkau juga akan mati di bunuh’…


Setelah ,mendengar kata-kata Atikah,Saidian Ali berkata :


‘Barang siapa yang ingin mati syahid pada masa akan datang,maka hendaklah dia kahwini Atikah’..


Lantas,Saidina Ali menoleh kearah Atikah dan berkata :


‘Siapakah yang lebih gemar mati syahid selain puteraku Husain…! Husain adalah orang yang telah mempersembahkan jiwa dan raganya kepada Allah’..




     Lantas,dia menawarkan puteranya Husain kepada Atikah.tanpa berfikir panjang,Atikah menerima pinangan tersebut.Maka,hiduplah mereka berdua sebagai suami isteri.Sifat saling memahami,sabar dan penyayang Atikah telah menambat hati Husain.Sehingga beliau mengambil keputusan untuk membawa Atikah berpindah ke Kufah.


    




     Maka,pada hari yang ditetapkan,berangkatlah rombongan Husain bin Ali ke Kufah.Berita kedatangan mereka itu disambut dengan gembira  oleh penduduk Kufah.Ini kerana,mereka sangat berharap bahawa kedatangan Husain cucu rasulullah itu dapat meneruskan lagi perjuangan mereka menetang Bani Umayyah.Ketika Husain dan rombongannya berada di satu kawasan yang sudah menghampiri Bandar Kufah,beliau di temui oleh Al-Hur bin Yazid al-tamimi dan melaporkan bahawa saudaranya Muslim dan Hani’ telah ditangkap dan di bunuh dengan cara di salib.


   Setelah mendengar akan hal tersebut,Husain dan rombongannya berniat untuk pulang semula ke Mekah.Tetapi hasratnya itu dihalang oleh saudara-saudara Muslim dan Hani’ agar menuntut bela di atas kematian dua orang saudara mereka.Maka,berlakulah perundingan di antara rombongan Saidina Ali dan Ibnu Yazid di Karbala.Tetapi rundingan tersebut gagal dan akhirnya berlakulah peperangan di antara mereka.


   Maka,pada tanggal 10 Muharram tahin 61 Hijrah,terjadilah peperangan diantara kedua-dua rombongan ini setelah rundingan gagal di capai.Dalam peperangan tersebut,Husain telah terjatuh dan tersungkur ke tanah,namun tidak ada seorang lelakipun yang mampu mendekatinya dan membunuhnya kerana Husain adalah cucu Rasulullah s.a.w.Kemudian,munculah seorang lelaki dari pasukan Ibnu Yazid bernama Sinan bin Syarik.Lelaki ini bersikap bengis dan berhati batu serta tidak mempunyai sifat berkeperikemanusiaan.Tanpa banyak bicara,Sinan menghunus pedangnya dan menyembelih leher Husain seperti menyembelih seekor kambing.Akhirnya,gugurlah syahid Husain bin Ali cucu Rasulullah di tangan Sinan bin Syarik.
Pemergian Husain di lepaskan oleh Atikah denagn deraian air mata dan ratapan nangis kesedihan.Dalam sedu sedanya,Atikah bermadah :


 ‘Wahai Husain…!!!’
Aku tidak akan melupakanmu…
Engkau memang di intai oleh orang-orang yang menjadi musuhmu…
Mereka mengkhianati engkau di Karbala…
Hingga tubuhmu terbanting ke tanah…


     




    Setelah kematian suaminya Husain.Atikah tidak pernah lagi berkahwin sehingga beliau wafat pada tanggal 64 hijrah..

   Alhamdulillah..selesai sudah cerpen islam ana.Mudahan-mudahan,cerpen ana ini memberikan motivasi serta pedoman buat kita semua dalam mengejar keredaan Allah.Ana akhiri cerpen ana dengan wasiat Syeik Sa’id Hawa Kepada Orang Yang mendakwa Cintakan Allah..


1.    Hendaklah sentiasa menghadiri majlis ilmu dan nasihat.


2.    Tumpukan perhatian kepada Allah dengan melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.


3.    Bergaul serta berbicara dengan masyarakat dan berdakwah di kalangan mereka.


4.    Berusahalah mengkhususkan untuk memberikan waktu membaca buku setiap hari.


5.    Jangan lupa membaca al-quran setiap hari dan berselawat keatas Rasulullah s.a.w.


6.    Amalkan bacaan Al-Mathurat.


7.    Bergurulah dengan mereka yang Musyid dan janganlah tergesa-gesa dalam sesuatu perkara.


8.    Lakukanlah sebanyak mungkin kebaikan selagi masih mampu.


9.    Selagi mempunyai kelapangan,lakukanlah serta laksanakanlah majlis ilmu,zikir serta grak kerja berdakwah.


10.  Bergaulah dengan para ulama serta menjaga adab ketika bersama mereka.


11.  Janganlah melaksanakan sesuatu amalan sehingga benar-benar mengetahui akan hukum Allah di dalamnya.













Sunday, March 20, 2011

AMPUNKAN AKU...!!!!!



     Assalamualaikum w..b.t..Alhamdulillah..ikwah akhawat ahibbah,pada kali ini,ana akan menulis sebuah cerpen yang mengisahkan seorang lelaki pada awalnya seorang yang miskin,begitu taat dalam ibadahnya kepada Allah berubah menjadi seorang yang sombong dan kufur setelah menjadi seorang yang kaya raya.

   Cerita ini berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w.Lelaki tersebut bernama Tsa’labah bin Hatib yang berasal dari kalanagan ansar.Setiap  hari beliau mencari rezeki dengan mengembala seekor kambing peliharaannya.Beliau hidup dalam keadaan miskin sekali,namun,beliau seorang yang sangat rajin beribadah,tidak pernah meninggalkan solat berjemaah bersama Rasulullah s.a.w.Namun, pada  diri beliau terdapat satu sikap yang sangat ganjil sehingga Baginda Rasulullah s.a.w perasan dakan sikapnya ini.Rasulullah s.a.w bertanya kepada Tsa’labah:

“Wahai Tsa’labah,mengapakah engkau terburu-buru untuk pulang kerumah setelah selesai solat sehingga tidak sempat untuk berdoa dan berzikir?”..

     Dengan penuh kejujuran,Tha’labah menjawab pertanyaan Rasulullah s.a.w.: “Wahai kekasih Allah,sebenarnya aku hanya ada satu helai kain sahaja untuk digunakan beribadah kepada Allah,jadi setelah aku selesai solat,aku perlu bergegas pulang untuk isteriku pula gunakannya”..

    Itulah jawapan Tha’labah kepada Rasulullah s.a.w.Barulah Baginda ketahui bahawa rupa-rupanya kehidupan Tha’labah yang terlalu miskin menyebabkan dia tidak mampu untuk membeli walaupun sehelai kain buat isterinya.Beliat terpoaksa bergilir-gilir menggunakan kain tersebut untuk menunaikna solat.
Akibat hidupnya terlalu miskin,beliau telah berjumpa Rasulullah s.a.w dan berkata:

    “Ya Rasulullah s.a.w,doakanlah aku agar diberikan rezeki yang banyak”..
Mendengar permintaat itu,lalu Rasulullah s.a.w menjawab: “Apakah gunanya rezeki yang banyak wahai tha’labah?..Apakah  untuk bermewah-mewah atau membazir?..Bukankah rezeki yang sederhana itu lebih baik dan berkat?..Bukannya mudah menjadi seorang yang kaya.bila sudah menjadi kaya,akibatnya terallu sebuk untuk menguruskan harta sehinggan solat akan menjadi tidak khusyuk dan akhirnya harta benda itu akan lebih kamu sayangi daripada Allah”..

     Begitulah peringatan Rasulullah s.a.w kepada Tha’labah.Tha’labah hanya mendiamkan diri setelah mendenagr peringatan dan jawapan Rasulullah s.a.w.Namun hatinya begitu ingin untuk memiliki harta yang banyak.Beberapa hari kemudian,Tha’labah datang bertemu lagi dengan Rasulullah s.a.w dan bertanya lagi: 

   “Ya Rasulullah,doakanlah aku memperolehi rezeki yang banyak”..Rasulullah s.a.w  tetap memberikan nasihat: “Dulu sudah aku katakana bahawa harta kekayaan akan menysahkan engaku dan banyak keburukannya.Sekiranya aku mahu,aku boleh b erdoa agar gunuing ganang menjadi emas,padang pasir menjadi intan permata.Namun itu semua tidak ada gunanya.Harta kekayaan tidak akan kekal dan tidak boleh menjadi bekalan untuk dibawa keakhirat”..Itulah jwapan Baginda dan Tha’labah hanya mendiamkan diri walaupun keinginan untuk memiliki harta yang banya tidak pernah –padam dalam dirinya.

    Beberapa hari kemudian,Tha’labah berjumpa lagi dengan Rasulullah s.a.w dan menanyakan soalan yang sama.Namun,pada kali ini Tha’labah memberitahu Rasulullah s.a.w bahawa sekiranya dia menjadi kaya,dia kan mendirikan Baitulmal di merata tempat untuk para musafir,mambantu anak-anak yatim,membina rumah sakit tanpa mengenakan sebarabg bayaran serta medirikan banyak masjid dan akan menggunakan rezeki yang Allah berikan denagn sebaik-baiknya.Itulah yang dikatakan oleh Tha’labah dihadapan baginda.Mendengar akan apa yang diperkatakan oleh Tha’labah,lali baginda terus berdoa:

   “Ya Allah,berikanlah Tha’labah rezeki yang sebanyak-banyaknya”…
Doa Rasulullah ternyata diperkenankan.Maka,kambing Tha’lah bah telah membiak dengan banyaknya sehingga memenuhi setiap padang dan lembah.Kehiduoan Tha;labah telah jauh berubah.Asalnya seorang yang papa kedana,miskin,akhirnyan menjadi serang yang sangat kaya dan mula sibuk akan menguruskan harta-hartanya.Kesibukan Tha’labah dalam menguruskan hartanya menyebabkan beliau semakin tidak sempat untuk kemasjid dan berjemaah bersama-sama Rasulullah s.a.w.Hari demi hari,Tha’labah semakin jarang sekali untuk solat berjemaah di masjid sehingga sampai hanya datang kemasjid pada hari jumaat sahaja.Malah,dengan harta yang semakin bertambah,sembahyang jumaat pun tidak dikerjakan lagi oleh Tha’labah.

Ikwah Akhawat ahibbah,

    Tha’labah telah lupa akan kata-katanya kepada Rasulullah s.a.w sebelum menjadi kaya dulu.Tidak satupun kata-katanya kepada Rasulullah ditunaikan.Malah,Tha’labah menjadi seorang yang sangat tamakkan harta.Benarlah kata-kata Rasulullah,akhirnya,Tha’labah menjadi seorang yang sangat cintakan hartanya.Ketika Tha’labah sibuk dengan hartanya,turunkah ayat Al-Quran yang mewajibkan umat islam membanyar zakat harta benda mereka.Maka,Ralullah s.a.w  menghantar utusan keserata pelusuk untuk menjelaskan perkara tersebut.Ramai orang islam patuh akan perintah dan wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w  dan segera mengeluarkan zakat masing-masing.Rasulullah s.a.w tidak juga ketinggalan untuk menghantar utusan kerumah Tha’labah.

     “Apakah aku mesti memberikan binatang-binatang ternakanku sebagai zakat?Ini semua tentu peraturan yang sengaja dibuat oleh Rasulullah kerana tahu aku kini mempunyai haiwan ternakan yang sangat banyak”..Tanya Tha’labah kepada utusan tersebut dengan bongkaknya.Maka,utusan yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w itu menjawab: “Ini  bukan peraturan yang dibuat oleh Rasulullah,tetapi adalah peraturan yang ditetapkan oleh Allah yang disampaikan kepada baginda Rasulullah sebagai wahyu”..

     Tha’labah tetap tidak memperdulikan akan kata-kata tersebut dan memberikan pelbagai alas an agar tidak dikenakan banyar zakat. “Tunggulah dulu,biar aku kira dulu semua hartaku,barulah aku keluarkan zakat”..Itulah diantara jawapan yang diberikan oleh Tha’labah.

Ikwah akhwat ahibbah,

   Berita tentang keenganan Tha’labah untuk membayar zakat sampai kepengetahuan salah seorang sahabatnya.Sahabatnya berkata:

  “Semua orang tahu sekarang engaku telah menjadi kayab raya.Engaku juga telah berjanji kepada Rasulullah s.a.w dan kepada Allah bahawa setelah engkau menjadi kaya,engkau akan gunakan harta tersebut dengan sebaik-baiknya.Tetapi ahirnya engkau ingkar semata-mata kerana tamakkan hartamu.Apakah engkau akan membawa harta dan kambingmu bersama-sama mati?”...Setelah mendengar kata-kata tersebut,Tha’labah berasa takut dan mula insaf.Beliau mulai berasa takut yang teramat sangat.Lalu,dia segera membawa sejumlah kambingnya dan pergi berjumpa Rasulullah s.a.w.

   Ketika Tha’labah berjumpa Rasulullah s.a.w..Baginda bertanya: “Untuk apa semua ini wahai Tha’labah?”..
“Terimalah zakat aku ini Ya Rasulullah s.a.w.”..Jawab  Tha’labah dengan nada merayu memohon belas kasihan kepada Rasulullah..

   Sambil menggelengkan kepala,Rasulullah s.a.w. menjawab..: “Aku tidak boleh menrima zakat wahai Tha’labah.Pintu zakat telah tertutup untuk kamu”..

   Jawapan rasulullah s.a.w cukup memeranjatkan Tha’labah.Sambil mengambil tanah dan menaburkan diatas kepalanya.Rasulullah berkata lagi: “Walau apa cara sekalipun engkau lakukan,aku tidak boleh menerima zakatmu,ini bukan ketetapan ku,tetapi ketetapan dari Allah yang telah memberikan rezeki kepadamu sebagaimana yang engkau minta dulu.Aku telah mengunagtkan kamu,tetapi engkau tidak memperdulikan kata-kataku.Sekarang,pergilah kamu menguruskan kambing-kambing mu itu”..

Ikwah akhawat ahibbah,

   Maka Tha’labah pun pulang dalam keadaan hampadan menyesal.Tha’labah tetap menguruskan kambing-kambungnya seperti biasa namun kehidupanya tidak tenteram lagiKambing-kambing peliharaannya tidak lagui dibeli oleh orang ramai dan mengakibatkan beliu kesempitan wang.

   Setelah Rasulullah s.a.w wafat,maka,tampuk poemerintahan diambil oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq.Maka,Tha’labah pun datang berjumpa Saidina Abu Bakar dan berkata:

   “Wahai Amirul Mukminin,terimalah zakatku ini.Engaku tahu bahawa Rasulullah dan orang ansar tidak menrima zakatku.Engkau terimalah zakatku ini”..
Tetapi,Abu Bakar tidak menerima zakatnya: “Kalau Rasulullah s.a.w sendiri tidak menerima zakat engkau,maka akupun tidsk mahu menerimanya”..Itulah jawapan Saidina Abu Bakar kepada Tsa’labah.Lalu,kekallah Tsa’labah dengan penderitaanya menanggung kambing-kambingnya yang banyak itu.

Ikwah akhawat ahibbah,

    Allah telah memberikan keistimewaan kepada Tha’labah kerana merasai 3 orang perintahan khulafa’ Arrasyidin. Setelah kewafatan khalifah pertama Saidina Abu Bakar, khalifah kedua naik menerajui pemerintahan iaitu Saidina Umar Al-Khatab.Tha’labah pergi berjumpa Saidina Umar lalu berkata: “Wahai Amirul Mikminin,terimalah zakatku ini”..Khalifah Umar menjawab: “Kalaulah Rasulullah s.a.w dan Khalifah Abu Bakar sendiri tidak menerima,aku lebih-lebih lagi tidak mahu menerima zakatmu.Maka,teruslah Tha’labah hidup dalam kesengseraan.Pemerintahan Khalifah Umar digantikan pula oleh Khalifah yang ketiga iaitu Saidina Ustman.Tha’labah pergi pula berjumpa dengan Saidina Ustman dengan niat yang sama.Malangnya,Khalifah Umar menjawab: “Kalaulah Rasulullah sendiri tidak mahu menerimanya dan khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar tidak menerimanya,inikan pula aku.Enhkau galilah lubang dan masukkanlah zakatmu ke dalam lubang itu”..

   Tidak ada apa-apa lagi yang boleh dibuat oleh tha’labah.Penyesalan an keinsafannya telah terlambat.Akhirnya,haiwan ternakannya di timpa penyakit kudis yang anih sehingga meneybabkab banyak haowannya mati.Tha’labah juga turut kene penyekit kudis tersebut dan akhirnya mati dalam keadaan yang tidak sempat meminta keampunan kepada Allah.

   Alhamdulillah.Selesai sudah.Sewaktu ana menulis cerpen ini,ana seringkali mengenang kembali akan kehilafan yang banyak ana lakukan.Ana akui,ana juga manusia biasa yang sering kali tidak lupa dari melakukan kesilapan.Namun,ana cuba perbaiki diri ini agar sentiasa hampir dan dibawah bimbingan-Nya.Ana Akhiri cerpen ana dengan kata-kata dari Ibnu A’tholah assakandary dalam kitabnya Al-Hikam..

  “Janganlah kamu berasa bangga akan ketaatan yang kamu laksanakan,tetapi rasa syukur atas tawfiq dan hidayah Allah ke atas kamu untuk kamu melaksanakan ketaatan kepada-Nya”..

  Syeik Abdul Qadir Al-Jailani berkata,Allah berfirman dalam hadith kudsi bahawasanya: “Betapa banyak nikmat-Ku turun kepadamu,tetapi berapa banyak syukurmu kepada-Ku”..

Barakallah A’laikum…Jazakallah..
    


Friday, March 18, 2011

AKU KEMBALI SEDAR DARI LAMUNANKU SENDIRI...



                                                       Aku kini telah sedar,
                                                Luasnya mataku kau bukakan,
                                     Tidak mampu aku toleh sedikit ke kanan,
                                                   Tampak besar kelopakku,
                                                 Namun tiada sinar harapan,
                                               Yang ada hanya kegelapan,
                                   Walaupun mataku punyai jurang yang teramat.
                                          
                                            Aku telah sedar mata dalam hati,
                                               Hatiku mungkin telah mati,
                                          Yang ternyata bila aku telah sedar,
                                          Aku menjadi hambar lalu pudar,
                                             Kerana aku tak lagi tegar,
                                      Aku harap akan terus-terusan sedar.

                                              
                                                    Bila aku telah sedar,
                                         Mungkin kesabaranku sudah ranap,
                                         Bila semua harapan yang aku harap,
                                                    Lemah tertiarap,
                                             Dibawa terus kelautan dalam,
                                                    Binaan masa silam,
                                          Namun harap aku takkan tenggelam
                                          Mungkin tiada siapa fahami citraku,
                                         Membuka mata namun ingin waktu,
                                        Bagi kisah yang sedikit membunuhku...



SEINDAH MAWAR BERDURI...






Dimanakah Letaknya Kecantikan Wanita ??
Adakah Pada Lirikan Mata Yang Menggoda,..?
Senyuman Yang Mempersona...?
Gelakan Yang Manja...?
Atau Pakaian Yang Menjolok Mata..?




Ramai Yang Berpendapat Kecantikan Luaran Menjadi Ukuran... 
Hanya Segelintir Berpendapat Agama Menjadi Nilaian...



Tetapi Ingatlah Wanita Yang Cantik Itu...
Adalah Wanita Yang.... 



Menjaga Maruahnya...
Menjaga Pergaulan ...
Menjaga Tatatertibnya... 
Menjaga Keimanannya... 
Menjaga Kesetiaanya...





Sopan Santunnya Penyejuk Rasa
Pakaianya Sopan Melambangkan Kegadisan Islam
Menghormati Orang Yang Lebih Tua Menunjukkan Keperibadiannya Mulia



Itulah dia ciri-ciri Kecantikan Seorang Wanita yang Mulia....



Thursday, March 17, 2011

KU RINDUKAN SUAPANMU YA RASULULLAH..





          Assalamualaikum ikwah akhawat ahibbah..Kaifa halukum?ana harap kalian semua sihat sejahtera.Pada kali ini,ana nak menulis kisah seorang pengemis yahudi yang buta matanya.Nak tahu selanjutnya,bacaya..

      


        Madinah Al-Munawwarah.Bumi yang sejahtera setelah berjaya di kuasai oleh orang islam.Namun.disebalik kedamaian dan kesejahteraannya,di satu bahagian sudut di Bumi Madinah,terdapat seorang pengemis yahudi yang buta matanya.Beliau bukan sahaja buta,tetapi,sering kali memaki,mencaci dan menghina nabi.Apabila setiap seorang mendekatinya untuk membantunya,pasti dia akan berkata: “Wahai semua yang berada di sekelilingku,janganlah sesekali kalian mendekati seorang lelaki yang bernama MUHAMMAD.Dia itu penipu,gila,pembohong dan juga seorang penyihir.Hati-hati bila bersamanya,jangan sampai terpengaruh dengannya”..Itulah yang sering kali di ucapkan oleh pengemis tadi bilamana orang di sekelilingnya dating untuk membantunya.

   Namun,tanpa dia sedari,Rasulullah sering kali datang padanya untuk menziarahinya serta memberikan makanan kepadanya.Bukan sahaja memberi makanan,malah,dengan jari  jemari baginda sendiri,baginda menyuapkan pengemis yahudi tadi.Setiap hari baginda datang untuk membantu dan menyuapkannya sehingga menjelang baginda menghempbuskan nafas terakhirnya.Setelah baginda wafat,maka,tiada lagilah orang yang seringkali datang kepadanya untuk menyuapkannya.

Ikwah akhawat ahibbah,

   Maka,setelah wafatnya baginda,tampuk pemerintahan digantikan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang juga merupakan sahabat  karib baginda.Bukan sahaja sahabat karib,malah,beliau juga bapa mertua baginda setelah Aisyah anak kepada Saidina Abu Bakar menjadi isteri nabi termulia.Pada suatu hari,Saidina Abu Bakar berkunjung kerumah anaknya,saidatina Aisyah lalu berkata: “Wahai puteriku,adakah ada lagi sunnah kekasihku Muhammad yang masih belum aku laksanakan?”…Lalu,Saidatina Aisyah menjawab pertanyaan bapanya: “Wahai ayahku,engkau telah laksanakan segala sunnah kekasihmu,engkau merupakan ahli sunnah yang melaksanakan segala sunnah kekasihmu,namun,masih ada satu lagi yang masih belum engkau laksanakan”..Saidina Abu Bakar bertanya lagi” “Apakah perkara tersebut?katakakan padaku,pasti akan aku laksanakan”..Saidatina Aisyah menjawab: “Setiap pagi,Rasulullah akan pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk disuapkan kepada seorang pengemis buta yahudi yang berada di sana”..Jawab Saidatina Aisyah..

    Lalu,pada kesokan harinya,Saidina Abu Bakar pergi ke pasar sambil membawa makanan untuk di berikan kepada pengemis yahudi yang buta tadi.Walaupun Saidina Abu Bakar mendengar pengemis tersebut mencaci,menghina nabi,namun,saidina Abu Bakar tetap mendatangi pengemis tadi.Ketika Saidina Abu Bakar menyuapkan makanan tersebut kepada pengemis tadi,lalu pengemis itu bertanya..

“Siapakah engkau?”..

Saidina Abu Bakar menjawab: “akulah orang yang biasamenghantar makanan kepadamu”..

Pengemis tadi berkata dengan marah sekali: “Engkau tipu!!!,Orang yang selalu memberikan aku makanan,sebelum dia meyuapkan aku makanan yang di bawa,dia terlebih dahulu menghancurkan makanan tersebut dengan mulutnya,baru disuapkan kepadaku”..

    Mendengar akan perkara tersebut,lalu,Saidina Abu Bakar menangis sambil berkata: “Adakah engkau tahu,orang yang sentiasa menghancurkan makanan tersebut sebelum engkau menjamahnya telah wafat,dialah orang yang sentiasa engkau caci,engkau maki dan engkau hina,dialah Muhammad”..Setelah mendengar akan perkara tersebut,lalu,pengemis tadi menitiskan air matanya sambil berkata: “Benarkah kata-katamu?selama ini,aku mencaci,memaki dam menghina orang yang sentiasa menuapkan aku,namun,tidak sekalipun memarahiku,malah,tidal sakali lupa mendatangiku dan memberikan aku makanan”..Akhirnya,setelah pengemis tadi mengetahui perkara tersebut,dia terus mengucapkan kalimah syahadah dam masuk agama islam lantaran kagum dan mulianya akhlak yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w walaupun kepada orang yangmemusuhinya…

    Alhamdulillah..Ana memohon maaf sekiranya cerpen ini  ringkas sangat.Ana harap,semoga cepen yang akan datang,ana akan tulis lebih terperinci sedikit.Ana Akhiri cerpen ana dengan hadith yang diriwayatkan oleh Imam bukhari dan Muslim:
   
   “ Rasulullah s.a.w bersabda: Bukanlah yang gagah perkasa itu seorang yang mampu merebahkan orang lain,tetapi sebenarnya orang yang gagah perkasa itu adalah orang yang mampu mengawalnya ketika marah”..

Barakallah a’laikum..Jazakallah..