Pages

Friday, June 24, 2011

اسرأ معرج

بسم الله الرحمن الرحيم.




Alhamdulillah,setinggi-tinggi  ana merafa’kan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah inayah serta kekuatan dari-Nya,ana dapat meneruskan penulisan ini hasil daripada bahagian pertama sebelum ini, berkaitan satu peristiwa yang sangat ajaib dalam sejarah islam iaitu “Isra’ dan Mikraj”.Sebelum ini kita telah membaca tentang peristiwa,gambaran serta seksaan dan nikmat yang Allah pertontonkan kepada baginda junjungan besar nabi Muhammad s.a.w sepanjang perjalanan baginda dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.Pada penulisan kali ini,ana akan berkongsi dengan para pembaca tentang apa pula yang berlaku kepada junjungan besar sepanjang perjalan baginda dari masjidil aqso sehingga bertemu dengan Maha Pencipta,Allah Azza Wajalla.

Ikwah akhawat ahibbah,

      Setelah junjungan besar Nabi Allah,Muhammad s.a.w  selesai mengimami solat sunat para nabi di Masjidil Aqso,maka Nabi Muhammad s.a.w dengan menunggang burok diiringi  Malaikat Jibrail a.s meneruskan perjalanan naik kelangit untuk bertemu dengan Allah Azza Wajalla.Setibanya Nabi Allah,Muhammad dan Malaikat Jibrail a.s tiba di langit pertama,di langit pertama ini,Nabi Muhammad bertemu dengan Nabi Allah,Adam a.s.Maka,Nabi Muhammad memberi salam dan di jawab oleh Nabi Adam sambil menyambut kedatangan baginda dengan begitu seronok.Setelah itu,Nabi Muhammad melihat Nabi Allah,Adam a.s duduk di satu tempat yang digambarkan di kanan tempat duduknya satu gambaran di mana sewaktu Nabi Adam a.s. menoleh ke arah kanan ,beliau tersenyum.Namun,sewaktu beliau menoleh pula kearah kiri,beliau kelihatan begitu sedih dan menangis.Lalu,Nabi Muhammad s.a.w bertanya kepada  Malaikat Jibrail, “Wahai Jibrail,apakah maksud gambaran ini?”,lalu,Jibrail mengkhabarkan bahawa di sebelah kanan tadi adalah gambaran bagi ummat tuan yang akan memperolehi syurga,manakala di sebelah kiri pula adalah gambaran bagi mereka yang akan masuk ke dalam api neraka.

          Nabi Muhammad s.a.w meneruskan perjalanannya bersama Malaikat Jibrail.Pada kali ini,baginda dipertontonkan pula,di mana di atas sebuah meja  terdapat dua bekas berisi daging.Salah satu daripadanya berisi daging yang elok dan baik,namun tiada sesiapa yang mendekatinya dan memakannya,namun,daging yang tidak baik,busuk yang terdapat pada bekas satu lagi di kerumuni oleh satu golongan lalu mereka memakan daging tersebut walaupun daging tersebut busuk.Maka,Nabi Allah,Muhammad bertanya lagi kepada Jibrail, “Wahai Jibrail,apakah erti gambaran ini?”.Lalu Jibrail memberitahu bahawa inilah balasan untuk ummat  tuan bagi mereka yang meninggalkan perkara yang halal dan mengambil perkara yang haram.



Astaghfirullah~~~~~

       Seterusnya baginda diperlihat lagi satu golongan di mana bibir golongan ini seperti unta,mulut mereka terbuka serta di sumbat kedalamnya dengan baraan bara api neraka dan keluar melalui dubur mereka sambil berteriak dengan kuatnya.Maka Jibrail memberitahu bahawa inilah balasan bagi ummat tuan yang memakan makanan dari harta anak-anak yatim.

      Setelah itu,baginda di perlihatkan pula satu golongan kaum wanita dimana di cangkuk “Breast(Maaf)” mereka lalu berteriak dengan kuat sambil meminta pertolongan kepada Allah.Manakala pasangan mereka tersangkut di bahagian “Breast(Maaf)” mereka.Maka Jibrail menjawab,inilah balasan bagi mereka yang berzina.Nau’zubillah…
Setelah itu,Nabi Allah,Muhammad s.a.w diperlihatkan lagi satu golongan dimana perut mereka buncit dan berat,setiap kali mereka hendak berdiri,mereka rebah kembali lantaran bebanan dari perut mereka.Maka Jibrail mengkhabarkan bahawa inilah gambaran seksaan bagi ummat tuan yang memakan hasil riba’.Seterusnya,Nabi Allah dipertontonkan pula satu golongan dimana daging-daging dibawah tulang rusuk mereka dikerat lalu disumbatkan ke dalam mulut mereka sambil berkata, “Makanlah sebagaimana engkau memakan daging saudaramu”.Lantas Jibrail mengkhabarkan bahawa inilah gambaran untuk ummat tuan yang mengumpat serta merendahkan dan menegejek sesama sendiri.Seterusnya,nabi dperlihatkan lagi satu golongan dimana mereka mempunyai kuku yang diperbuat daripada tembaga,lalu mereka mencakar  muka dan dada mereka.Nabi bertanya, “Ya Jibrail,apakah maksud gambaran ini pula?”.Jibrail memberitahu bahawa inilah gambaran untuk ummat tuan yang mencela antara satu sama lain.

Ikwah akhawat ahibbah,

     Setelah nabi melihat semua gambaran tadi,maka Nabi Allah,Muhammad berangkat bersama Jibrail untuk naik ke langit kedua.Setibanya Nabi Muhammad dan Jibrail di langit kedua,bertemu pula dengan Nabi Allah,Isa bin Maryam bersama Yahya bin Zakaria a.s.Kedatangan mereka disambut dengan seronok sekali dengan diiringi salam serta doa.Seterusnya,Nabi Muhammad s.a.w bersama Jibrail naik lagi untuk ke langit ketiga.Disini,mereka bertemu dengan Nabi Allah Yusuf a.s yang dikurniakan rupa paras yang sangat indah dan baik sambil memberi salam.Lantas Nabi Allah Yusuf menjawab salam baginda sambil mendokan kebaikan ke atas baginda.

     Seterusnya,Nabi Muhammad meneruskan lagi naik kelangit ke empat bersama Jibrail.Pada kali ini,penjaga pintu langit  ke empat ialah Nabi Allah Idris a.s.Lantas nabi memberi salam kepada Nabi Idris a.s.Lalu,disambut Nabi Muhammad dengan penuh kehormatan sambil mendoakan ke atas baginda.Setelah itu,mereka meneruslakan lagi naik untuk ke langit yang ke lima.Di langit kelima ini,penjaga pintunya adalah Nabi Allah harun a.s.Lalu,nabi terus memberi salam serta disambut dengan penuh kasih sayang serta menjawab salam baginda dengan penuh hormat.




Subhanallah~~~~

Ikwah akhawat ahibbah,

     Nabi Allah,Muhammad s.a.w meneruskan lagi untuk naik ke langit ketujuh.Di sini baginda bertemu pula dengan Nabi Allah Ibrahim a.s.Lantas,Nabi Muhammad memberi salam kepada Nabi Allah Ibrahim dan dijawab serta disambut dengan penuh hormat.Di langit ke tujuh ini,Nabi Allah Muhammad s.a.w dipertontonkan Baitul Ma’mur dengan satu gambaran gambaran dimana para malaikat sentiasa bertawaf tanpa berhenti.Disini juga,Dibawakan kepada Nabi Allah,Muhammad 3 bejana air dimana setiap satu berisi dengan arak,madu serta susu.Lantas,Nabi Allah,Muhammad memilih bejana yang berisi susu.Lalu Jibrail berkata, “Sesungguhnya tuan dan ummat tuan akan akan menjalani kehidupan di atas jalan yang lurus iakni bagi mereka yang yang beriman kepada Allah”.Seterusnya Nabi Muhmmad digambarkan bahawa ummatnya terbahagi kepada dua golongan.Satu golongan berpakaian berjubah putih lagi bersih,manakala satu golongan lagi berpakaian berjubah kelabu.Namun,Nabi Allah bersama golongan yang berpakaian berjubah putih masuk ke dalam Baitul Ma’mur manakala golongan yang berpakaian berjubah kelabu hanya menanti diluar sahaja.Setelah selesai,Nabi dipertonton sekali lagi bahawa ada satu golongan dimana perut-perut mereka buncit,manakala didalam perutnya boleh dilihat banyaknya ular didalamnya.Lalu Nabi Allah Muhammad bertanya kepada Jibrail, “Wahai Jibrail,siapakah mereka ini?”.Lantas Jibrail menjawab, “Ini lah balasan bagi ummat tuan ketika hidupnya didunia memakan hasil riba’.Seterusnya,Nabi Muhammad mendengar kalam-kalam suci yang begitu shaydu dan indah.Maka,Nabi Allah Muhammad naik keatas dan baginda sungguh terpesona kerana disinilah baginda dapat bertemu dengan Allah Rabbul Jalil.Kemudian,Nabi dibawa pula untuk melihat balasan serta janji Allah bagi hambanya yang taat akan perintahnya.Maka,nabi bersama Malaikat Jibrail masuk kedalam syurga Allah.Sewaktu Nabi Allah Muhammad masuk kedalam Syurga bersama Jibrail,nabi dipertontonkan pula gambaran dimana baginda melihat seorang wanita muda yang sangat cantik.Lalu,Nabi Allah Muhammad bertanya kepada Jibrail, “Wahai Jibrail,siapakan wanita itu?”.lalu Jibrail menjawab, “Wanita yang cantik tadi adalah wanita yang disediakan oleh Allah untuk Zaid Bin Sabit”.Setelah itu,Nabi Muhammad terdengar satu suara yang lemah lembut dari salah satu penjuru syurga.Lantas Nabi Allah Muhammad bertanya, “Wahai Jibrail,suara siapakah itu?”.Lalu Jibrail menjawab, “Itulah suara Bilal Bin Robah”.Sesudah itu,Nabi diperlihatkan lagi satu golongan yang sedang bersenang-senang didalam dan tidak pernah digambarkan oleh akal.Lantas Nabi bertanya, “Siapkah pula golongan yang sedang bersenang-senang itu Ya Jibrail?”.Jibrail menjawab, “Itulah golongan dimana mereka yang sentiasa taat serta patuh akan perintah Allah Azza Wajalla”. Setelah itu,nabi Allah dipertontonkan pula keadaan Neraka.Nabi Allah dapat melihat perbagai jenis seksaan disediakan didalamnya sehingga tidak dapat untuk diceritakan.Lalu, Allah menutup pemandangan nabi dari melihat keadaan dan gambaran neraka.




La hau la wala kuwwata i’lla billah~~~

Ikwah akhawat ahibbah,

     Maka,setelah dipertontonkan dengan pelbagai keaadaan,maka tibalah saatnya Nabi yang Mulia bertemu dengan Allah Rabbul Jalil.Maka,terimalah nabi dari Tuhan Pemerintah sekalian alam akan kefarduan solat lima puluh waktu sehari semalam untuk dilaksanakan oleh baginda dan ummatnya.Setelah itu,Nabi Allah bersama malaikat Jibrail turun semula sehingga bertemu dengan Nabi Musa a.s..Lantas nabi Allah Musa a.s. bertanya, “Apakah yang diperintahkan oleh Allah Rabbul Jalil ke atas mu?”.Maka Nabi Muhammad s.a.w menjawab, “Aku telah diperintahkan agar menunaikan kefarduaan solat lima puluh waktu sehari semalam.Nabi Musa mengkhabarkan agar baginda naik semula bertemu dengan Allah agar dikurangkan lagi kerana ummat Muhammad tidak mampu untuk melaksanakan perintah tersebut.Lantas,Nabi naik semula bertemu dengan Allah agar dikurangkan bilangan waktu solat sehari semalam.Begitulah yang berlaku sehingga sampai ke satu peringkat bilangan waktu solat sampai hanya untuk lima waktu sehari semalam.Lantas,Nabi Allah Musa a.s berkata, “Wahai Penghulu sekalian nabi dan rasul,naiklah lagi bertemu dengan Tuhan Segala Pencipta agar dikurangkan lagi bilangan waktu solat untuk ummatmu laksanakan”.Lantas Nabi Allah,Muhammad menjawab, “Sesungguhnya aku malu untuk bertemu dengan-Nya lagi”.Lalu,Nabi Allah,Muhammad s.a.w bersama Malaikat Jibrail turun semula ke bumi serta disebarkan akan perintah Allah untuk dilaksanakan sebagai tanda taat dan akur ke seluruh pelusuk alam.Walaupun pada mulanya ramai dikalangan manusia tidak mempercayai akan apa yang berlaku serta perintah dari Allah,namun bagi mereka yang benar-benar beriman,mereka menerima serta mempercayai akan apa yang dikhabarkan kepada mereka oleh Nabi Muhammad s.a.w kerana mereka mengetahui bahawa nabi tidak pernah berdusta.

Ikwah akhawat ahibbah,

     Begitulah serba ringkas gambaran serta paparan yang dipertontonkan oleh Allah kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.Mudah-mudah,apa yang berlaku serta gambaran yang diceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada kita,dapat kita ambil ikhtibar serta pengajaran bagi mencari keredaan Allah.Mudah-mudahan,kita mendapat manfaat serta maghfiroh dari-Nya Yang maha Pengampun.

Sabda Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari:

إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَبْسُطُ يَدَهُ بِالَّليْلِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ النَّهَارِ وَيَبْسُطُ يَدَهُ بِالنَّهَارِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ الَّليْلِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا.
  
Bermaksud:Sesungguhnya Allah membuka tangan-Nya dimalam hari untuk  menerima taubat orang yang melakukan dosa di siang hari dan membuka tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa di malam hari.Keadaan ini akan berterusan sehinggalah matahari terbit di sbelah barat(kiamat)
                                                                                                                           Hadith Riwayat Muslim

Jazakallah…



Thursday, June 23, 2011

إسرأ معرج






Dengan nama-Mu  Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Wahhab,aku memulakan penulisanku ini dengan cermat agar dapat memberikan manfaat buatku yang menulis serta manfaat bagi mereka yang membaca penulisanku ini..Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w ,para sahabat serta para shuhada’ yang berjuang mempertahankan agama islam yang suci.

Alhamdulillah,setinggi-tinggi ana memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi,kerana memberikan kekuatan kepada ana untuk terus menulis dalam blog ana.Mudah-mudan,perkongsian ana pada kali ini dapat menambahkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah s.wt dengan sebenar-benar taqwa.

Ikwah akhawat ahibbah,

        Pada kali ini,ana akan menulis salah satu peristiwa besar  yang paling bersejarah dalam dunia umat islam dimana kesan darinya,kita dapat melaksanakan solat lima waktu sehari semalam sebagai tanda ketaatan dan keimanan kita kepada Allah Azza Wajalla.

        Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 27 rejab setahun sebelum hijrah dan peristiwa ini dinamakan peristiwa ISRA’ DAN MIKRAJ.Pada malam 27 rejab itulah,Nabi Allah,Muhammad s.a.w diperjalankan dari dua tempat yang suci iaitu dari Masjidil Haram,Mekah ke Masjidil Aqso,Palestin seterusnya  diangkat kelangit untuk menerima ibadah fardu yang sehingga kini kita laksanakannya yakni solat yang pada asalnya 50 waktu akhirnya menjadi 5 waktu sahaja.Maka,pada malam 27 Rejab tersebut,maka terbukalah bumbung rumah Nabi Allah,Muhammad s.a.w  lalu turunlah penghulu segala malaikat,Malaikat Jibrail a.s dengam membawa sebuah bejana yang penuh berisi dengan hikmah dan iman.Lantas,ia belah dada Muhammad s.a.w bermula dari lekuk di bawah leher  sehingga berhampiran perut baginda,maka dikeluarkan hati baginda dan di bersihkan dengan air zamzam dan dimasukkan hikmah dan iman kedalam hati baginda.

       Setelah segalanya selesai,maka Allah menghantar  seekor binatang dari syurga  dimana warnanya putih bersih,badannya lebih besar daripada himar(keldai),boleh melangkah sejauh mata memandang dan binatang inilah yang dinamakan “Burok”.Pada asalnya,binatang Burok ini kelihatan sangat liar,kemudian,berkata Malaikat Jibrail a.s : “Hai Burok,sesungguhnya tidak pernah engkau ditunggang oleh seorang makhluk yang lebih mulia selain daripada utusan Allah,Muhammad”.Lalu,setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Malaikat Jibrail a.s.,maka,Burok tersebut berubah sikapnya menjadi sangat jinak.Maka,naiklah Nabi Muhammad s.a.w  dan berangkatlah baginda daripada Masjidil Haram,Mekah menuju ke Masjidil Aqso di Palestin.



Inilah yang diceritakan oleh Allah dalam kalamnya Surah Al-Isra’,ayat pertama juzuk ke 15:

سُبْحَانَ الَّذِى اَسْرَى بِعَدْهِ لِيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ اِلَى الْمَسْجِدِ الْاَقْصَا الَّذِى بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ اَيَاتِنَا اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيرُ.

“Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambanya(Muhammad) pada malam hari dari masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkatib sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kebesaran Kami.Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Ikwah akhawat ahibbah,

       Sewaktu Nabi Allah,Muhammad s.a.w menuju ke Masjidil Aqso,nabi dipertontonkan oleh Allah dengan pelbagai peristiwa ajaib yang tidak boleh dicapai dan didambar oleh aka manusial.Pelbagi peritiwa yang aneh nabi diperlihatkan ketika menunggang Burok yang di temani Malaikat Jibrail a.s menuju ke Masjidil Aqso.Di antara peristiwa yang Allah perlihatkan kepada baginda adalah,baginda melihat seorang wanita tua berdiri di  tepi jalan,lalu baginda bertanya kepada Malaikat Jibrail, “Siapa itu Ya Jibrail?”..Jibrail menjawab, “Jalanlah terus”.Kemudian baginda dilihatkan lagi dengan satu suara di suatu simpang menyeru, “Marilah ke sini wahai Muhammad”,lalu baginda bertanya lagi, “Suara siapakah itu Ya Jibrail?,Jibrail menjawab, “ Teruskanlah perjalanan”,Seterusnya nabi bertemu dengan seorang yang memberi salam kepada baginda, “ Salam sejahtera atasmu”,maka Malaikat Jibrail meminta agar baginda menjawab salam tersebut.Lalu,Jibrail menjawab semua pertanyaan yang diajukan kepadanya bahawasanya ,wanita tua yang sedang berdiri di tepi jalan tadi adalah,itulah gambaran  umur dunia yang sudah sangat tua.Suara yang menyeru kepada baginda agar mendekatinya tadi adalah itulah suara Iblis laknatullah dan yang terakhir tadi,orang yang memberi salam kepada baginda tadi ialah Nabi Allah Ibrahim,Musa dan Isa  A’laihissalam.

      Kemudian Nabi Allah Muhammad meneruskan lagi perjalanannye menuju ke Masjidil Aqso.Sewaktu dalam perjalanan tersebut,Nabi di perlihatkan lagi satu kaum dimana mereka menanam dan menuai dalam masa satu hari sahaja.Setelah  mereka selesai menuai,maka tanaman tersebut kembali seperti sedia kala,maka mereka menuai lagi.Lalu,Nabi Allah Muhammad bertanya kepada Jibrail a.s, “ Siapakah mereka itu Ya Jibrail?”,Jibrail menjawab, “Mereka itulah orang yang berjihad dijalan Allah dan di beri ganjaran sebanyak 700 kali ganda pahala.Suhbanallah..

Ikwah akhawat ahibbah,

      Seterusnya,Nabi diperlihatkan lagi satu golongan dimana mereka ini menghempap kepalanya sendiri di atas sebuah batu yang sangat besar,lalu pecah berderai kapala mereka.Namun,tiap kali kepala mereka pecah berderai,maka,akan bercantum kembali seperti asal dan mereka mengulang kembali perbuatan mereka ini tidak putus-putus.Maka Nabi bertanya, “ Siapakah mereka itu Ya Jibrail? “,maka Jibrail a.s. menjawab, “Mereka itulah golongan yang susah dan berat untuk mengerjakan solat fardu”.
Kemudian,Nabi diperlihatkan satu golongan dimana mereka hanya menutup kemaluan mereka dengan menggunakan kain-kain perca yang koyak rabak,kemudian mereka makan makanan yang busuk,berduri serta menelan batu-batuan daripada batuan  api neraka.Nabi meneruskan lagi pertanyaannya kepada Jibrail,maka JIbrail a.s. menjawab, “Mereka inilah orang yang tidak mengeluarkan zakat setelah cukup syarat dan khaul.
Setelah Jibrail a.s. menjawab pertanyaan Nabi,Nabi melalui satu  golongan manusia dimana dihadapkan dihadapan mereka ada dua bekas penuh berisi daging.Satu bekas daging yang elok serta enak untuk dimakan,dan satu bekas lagi berisi daging yang mentah,kotor lagi  busuk.Namun,mereka ini memilih untuk makan daging daripada bekas yang kedua,mentah,kotor serta  busuk.Lalu Jibrail mengkhabarkan,inilah seksaan dan balasan bagi mereka dari kaum  lelaki dan wanita yang telah mempunyai pasangan yang halal lagi baik,namun mereka ini berzina dengan pasangan yang haram lagi berdosa buat mereka.Kemudian Nabi dipertontonkan dengan satu golongan  yang mengangkat bebanan dibahu mereka,namun mereka tidak mampu mengangkatnya sebaliknya mereka menambah lagi bebanan tersebut,maka Jibrail memberitahu kepada baginda, “Inilah balasan bagi mereka yang tidak mampu memikul amanah,namun mereka tetap memikul amanah itu”..

Astagfirullah~~~~~~~~~~~




Ikwah akhawat ahibbah,

      Nabi Allah,Muhammad s.a.w meneruskan lagi perjalannya,seterusnya Nabi di perlihatkan oleh Allah satu kaum dimana mereka menggunting bibir dan lidah mereka sendiri menggunakan gunting yang diperbuat  dari bahan api neraka.Setiap kali bibir dan lidah tersebut terpisah dari bahagiannya,maka,akan bercantum kembali.Nabi bertanya lagi, “Wahai Jibrail,apakah seksaan dan balasan mereka ini?”,maka Jibrail menjawab, “Mereka inilah golongan yang suka menabur fitnah”.Seterusnya,Nabi tiba di suatu lembah yang bertiupan angin yang dingin,mengeluarkan bauan yang harum lagi wangi.Jibrail mengkhabarkan bahawa inilah dia gambaran syurga Allah bagi mereka yang taat akan perintah-Nya.Namun,tidak jauh dari situ,nabi merasa tiupan angin yang panas,serta  mengeluarkan bauan yang busuk lagi sakit menghidunya.Lalu Jibrail mengkhabarkan,inilah dia gambaran neraka Allah bagi mereka yang ingkar dari melaksanakan sedala  perintah-Nya.

       Kemudian nabi mendengar satu suara dari sebelah kanan baginda dan menyeru, “Hai Muhammad,aku hendak bertanya kepadamu”,namun nabi tidak mengindahkan suara tersebut.Maka Jibrail berkata, “Inilah seruan dari yahudi,sekiranya tuan berhenti,maka ummat tuan akan menjadi seperti orang yahudi.Nabi mendengar lagi seruan yang sama dari sebelah kiri baginda pula,nabi turut tidak mengendahkan seruan tersebut,maka Jibrail menjawab, “Inilah seruan dari kaum nasrani,sekiranya tuan berhenti,maka ummat tuan akan menjadi seperti kaum nasrani.Nabi meneruskan lagi perjalannya,kali ini nabi lihat seorang wanita menyinsing lengan bajunya maka terlihalah segala perhiasan di tangannya,namun nabi tidak mengindahkan  wanita tersebut.Maka Jibrail memberitahu bahawa itulah dunia.Sekiranya tuan berhenti,maka ummat tuan akan memilih dunia dari akhirat.


      Nabi Allah Muhammad meneruskan perjalanannya,namun pada kali ini,Nabi berhenti di suatu tempat dan malaikat jibrail meminta agar baginda menunaikan  solat sunat 2 rakaat di situ.Maka setelah baginda selesai menunaikan solat sunat,Jibrail mengkhabarkan bahawa tempat ini bernama Taif(Madinah),Nabi meneruskan lagi dan tiba di suatu tempat,maka malaikat Jibrail meminta agar nabi solat sunat di situ pula,maka setelah selesai,Jibrail mengkhabarkan bahawa tempat ini bernama Madyan dimana terdapatnya pohon Nabi Allah Musa a.s..Seterusnya,Nabi berhenti lagi di tempat yang lain dan Malaikat Jibrail meminta agar nabi solat sunat di situ,maka setelah selesai,jibrail mengkhabarkan bahawa inilah tempat yang bernama Baitul Laham di mana kelahiran Nabi Allah Isa a.s.

      Akhirnya,Nabi Allah,Muhammad tiba diMasjidil Aqso.Maka di tambatnya haiwan tunggangan Burok tersebut di mana nabi-nabi sebelumnya menambat haiwan mereka.Maka,Nabi Muhammad masuk ke dalam masjd dan solat sebanyak dua rakaat.Setelah selesai menunaikan solat,Nabi Muhammad s.a.w keluar dari masjid,namun,baginda berasa begitu dahaga.Maka,Jibrail membawa dua bekas bejana.Salah satu dari bekas tersebut di isi dengan arak dan satu bekas lagi berisi susu.Lantas,Nabi memilih bekas berisi susu lalu meminumnya.Maka Jibrail mengkhabarkan bahawa sekiranya Nabi memilih arak tadi,maka seluruh ummatnya akan menghadapi kesusahan.

     Seterusnya,Malaikat Jibrail meminta Nabi agar pergi di sebalik batu besar tersebut dan memberi salam kepada penduduk tersebut.Maka,nabi pergi mellihat apa yang berada disebalik batu besar tersebut dan melihat ramai wanita yang cantik,baik, bersih lagi berseri.Lantas Nabi memberi salam kepada mereka dan bertanya, “Siapakah kalian semua ini?”,Maka mereka menjawab, “Kamilah wanita yang baik,cantik dan isteri bagi mereka  dari kalangan orang yang baik dan soleh serta kami akan tetap berada disini dan tidak akan mati menanti pasangan kami”..





    Alhamdulliah,inilah sebahagian peristiwa yang dipertontonkan oleh Allah sewaktu perjalanan Nabi Allah  Muhammad menunggangi Burok diiringi Malaikat Jibrail a.s.Insya-Allah,ana akan sambung kembali peristiwa serta gambaran yang diperlihatkan kepada badinda dalam perjalanana baginda dari Masjidil Aqso naik untuk ke langit bertemu dengan Maha Pencipta,Allah Rabbul Jalil di post yang akan datang.

Jazakallah,Barakallah a’laikum..

Wassalam.. 



Tuesday, June 21, 2011

القلبي



    Assalamualaikum w.b.t..Alhamdulillah,setinggi-tinggi ana memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin-nya,ana dapat meneruskan penulisan ana di halaman blog ana.Kaifa halukum?ana harap,kalian yang membaca blog ana ini sentiasa berada dalam keaadaan sihat sejahtera.Baik,pada kali ini ana terdetik untuk menulis sedikit perkongsiaan mengenai cinta.CINTA?..Hukhukhukhuk..cinta~~~….cinta~~~~…ada apa ye mengenai cinta?...jom kita terjah!!!!..

Ikwah akhawat ahibbah..

Sabda junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang diririwayatkan oleh Abu hurairah r.a.

إذا احب الله عزوجل العبد قال لجبريل : يا جبريل إني أحب فلأنا فأحبه فيحبه جبريل ثم ينادي جبريل في اهل السمأ : إن الله تعالى قد احب فلأنا فأحبوه فيحبه اهل السمأ...

   “ Sekiranya Allah mencintai hamba-Nya,maka Allah akan berfirman kepada Jibrail a.s. : Wahai Jibrail,sesungguhnya Aku mencintai si fulan,maka cintailah engkau padanya.Maka Jibrail pun mencintainya dan Jibrail menyeru kepada penghuni langit.:sesungguhnya Allah telah mencintai si fulan,maka cintailah dia.Maka penghuni langit turut mencintainya…

     Apabila kita berbicara mengenai cinta,pasti ia tidak lari dan bersangkutan dengan hati.Apabila cinta itu bermula dan bertapak di hati,bermakna ia turun dari mata dan dari mata itulah,kita telah terlihat seseorang yang kita sayangi,kita cintai pada pandangan kita buat kali pertama.

Allah!!!!..ituke cinta? Subhanallah~~~~~~~…

Ikwah akhawat ahibbah,

     Cinta itu fitrah bagi setiap makhluk yang mempunyai jasad dan nyawa yang ingin merasai dirinya di sayangi,di cintai,di hormati dan sebagainya oleh pasangannya,bahkan mereka mehukan lebih dari itu dengan cara memiliki cinta tersebut buat selama-lamanya dengan cara yang halal dan diredai Allah.

    Dalam sejarah islam,kita diperdengarkan dengan pelbagai kisah mengenai cinta.Cinta Nabi Adam dan hawa,Cinta Nabi Yusuf dengan Siti Zulaikha,Cinta Nabi Muhammad kepada Saidatina khadijah,Saidatina Aisyah,Cinta Atikah kepada 4 orang suaminya yang kesemuanya gugur di medan perang mempertahankan agama Allah yang suci (Abdullah bin Abu Bakar,Umar bin Khattab,Zubair bin awwam dan Husain bin Ali)..Kesemua cinta mereka bukannya cinta buta,tetapi dari cinta mereka,mereka mengenal kepada Maha Pencinta.Cinta berlandaskam keimanan,ketulusan serta tidak dikotori dengan maksiat cinta sebelum dihalalkan.





Sufyan bin Uyainah berkata :

               “ Barang siapa cinta kepada Allah,maka ia akan cinta orang yang dicintai Allah,barang siapa cinta terhadap orang yang dicintai Allah,maka ia cinta pada perbuatan yang dilakukan semata-mata kerana CINTA ALLAH,barang siapa cinta terhadap perbuatan yang dilakukan semata-mata KERANA ALLAH,maka kecintaan dalam melakukan perbuatan akan membangkitkan rata tanpa ingin DIKETAHUI OLEH MANUSIA’…

      Inilah yang dikatakan oleh ulama sufi bahawa cinta adalah kecenderungan abadi di dalam hati yang disertakan rasa rindu yang mendalam sehingga setiap perbuatan yang dilaksanakan oleh hambanya yang di landa cinta pasti sentiasa mendahulukan kekasihnya berbanding keperluan dan keinginannya sendiri..

Astagfirullah!!!!!Hebatnya!!!cinta~~~~~~~cinta~~~~~~….

Ikwah akhawat ahibbah,

     Dalam kita meyulusuri kehidupan kita ini,pelbagai dugaan dan cabaran kita tempuhi dan salah satunya adalah cinta.Namun,cinta itu perlulah kene pada tempatnya,barulah kita memperolehi hakikat cinta yang abadi.Mintalah kepada Maha Pencinta,mudah-mudahan kita memperolehi cinta yang direhdai.Sebagaimana pesanan Rabiatul Adawiyah:
     
             “Aku merasa malu meminta sesuatu kepada yang memiliki segala-galanya(Allah),apalagi meminta sesuatu kepada seseorang yang pada hakikatnya tidak memiliki apa-apa,tentulah aku merasa lebih malu”…
Allhamdulillah,selesai penulisan ana ini.Mudah-mudahan,penulisan pendek ana ini dapat memberikan manfaat serta kebaikan kepada ana yang menulis serta kepada semua para pembaca yang membaca penulisan ana ini.
Jazakallah..
       
       “ Ya Allah,peliharalah pasangan kami,tanamkan dalam dirinya keimanan seteguh keimanan para nabi dan rasul-Mu,pertemukanlah kami dibawah keredhaa-Mu,satukan kami dibawah cinta-cinta-Mu yang sentiasa mekar di hati,keturunan yang soleh dan solehah sentiasa taat akan perintah-Mu,agar kami dapat mengembalikan islam gemilang sepertimana pada zaman para nabi dan rasul-Mu”

AMIN…….

Tuhan....
Saat aku menyukai seorang teman…
Ingatkanlah aku bahawa akan ada sebuah akhir…
Sehingga aku tetap bersama Yang Tak Pernah Berakhir…

Tuhan.....
Ketika aku merindukan seorang kekasih…
Rindukanlah aku kepada yang rindu Cinta Sejati Mu…
Agar kerinduanku terhadap - Mu semakin menjadi…

Tuhan.......
Jika aku hendak mencintai seseorang…
Temukanlah aku dengan orang yang mencinatai – Mu…
Agar bertambah kuat cintaku pada – Mu…


Tuhan......
Ketika aku sedang jatuh cinta…
Jagalah cinta itu…
Agar tidak melebihi cintaku pada – Mu…

Tuhan....
Ketika aku berucap aku cinta pada – Mu…
Biarlah kukatakan kepada yang hatinya tertaut pada – Mu…
Agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan kerana – Mu…

Sebagaimana orang bijak berucap…
Mencintai seseorang bukanlah apa – apa…
Dicintai seseorang adalah sesuatu…
Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti…
Tapi dicintai oleh Sang Pencinta adalah segalanya…