Pages

Friday, June 24, 2011

اسرأ معرج

بسم الله الرحمن الرحيم.




Alhamdulillah,setinggi-tinggi  ana merafa’kan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah inayah serta kekuatan dari-Nya,ana dapat meneruskan penulisan ini hasil daripada bahagian pertama sebelum ini, berkaitan satu peristiwa yang sangat ajaib dalam sejarah islam iaitu “Isra’ dan Mikraj”.Sebelum ini kita telah membaca tentang peristiwa,gambaran serta seksaan dan nikmat yang Allah pertontonkan kepada baginda junjungan besar nabi Muhammad s.a.w sepanjang perjalanan baginda dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.Pada penulisan kali ini,ana akan berkongsi dengan para pembaca tentang apa pula yang berlaku kepada junjungan besar sepanjang perjalan baginda dari masjidil aqso sehingga bertemu dengan Maha Pencipta,Allah Azza Wajalla.

Ikwah akhawat ahibbah,

      Setelah junjungan besar Nabi Allah,Muhammad s.a.w  selesai mengimami solat sunat para nabi di Masjidil Aqso,maka Nabi Muhammad s.a.w dengan menunggang burok diiringi  Malaikat Jibrail a.s meneruskan perjalanan naik kelangit untuk bertemu dengan Allah Azza Wajalla.Setibanya Nabi Allah,Muhammad dan Malaikat Jibrail a.s tiba di langit pertama,di langit pertama ini,Nabi Muhammad bertemu dengan Nabi Allah,Adam a.s.Maka,Nabi Muhammad memberi salam dan di jawab oleh Nabi Adam sambil menyambut kedatangan baginda dengan begitu seronok.Setelah itu,Nabi Muhammad melihat Nabi Allah,Adam a.s duduk di satu tempat yang digambarkan di kanan tempat duduknya satu gambaran di mana sewaktu Nabi Adam a.s. menoleh ke arah kanan ,beliau tersenyum.Namun,sewaktu beliau menoleh pula kearah kiri,beliau kelihatan begitu sedih dan menangis.Lalu,Nabi Muhammad s.a.w bertanya kepada  Malaikat Jibrail, “Wahai Jibrail,apakah maksud gambaran ini?”,lalu,Jibrail mengkhabarkan bahawa di sebelah kanan tadi adalah gambaran bagi ummat tuan yang akan memperolehi syurga,manakala di sebelah kiri pula adalah gambaran bagi mereka yang akan masuk ke dalam api neraka.

          Nabi Muhammad s.a.w meneruskan perjalanannya bersama Malaikat Jibrail.Pada kali ini,baginda dipertontonkan pula,di mana di atas sebuah meja  terdapat dua bekas berisi daging.Salah satu daripadanya berisi daging yang elok dan baik,namun tiada sesiapa yang mendekatinya dan memakannya,namun,daging yang tidak baik,busuk yang terdapat pada bekas satu lagi di kerumuni oleh satu golongan lalu mereka memakan daging tersebut walaupun daging tersebut busuk.Maka,Nabi Allah,Muhammad bertanya lagi kepada Jibrail, “Wahai Jibrail,apakah erti gambaran ini?”.Lalu Jibrail memberitahu bahawa inilah balasan untuk ummat  tuan bagi mereka yang meninggalkan perkara yang halal dan mengambil perkara yang haram.



Astaghfirullah~~~~~

       Seterusnya baginda diperlihat lagi satu golongan di mana bibir golongan ini seperti unta,mulut mereka terbuka serta di sumbat kedalamnya dengan baraan bara api neraka dan keluar melalui dubur mereka sambil berteriak dengan kuatnya.Maka Jibrail memberitahu bahawa inilah balasan bagi ummat tuan yang memakan makanan dari harta anak-anak yatim.

      Setelah itu,baginda di perlihatkan pula satu golongan kaum wanita dimana di cangkuk “Breast(Maaf)” mereka lalu berteriak dengan kuat sambil meminta pertolongan kepada Allah.Manakala pasangan mereka tersangkut di bahagian “Breast(Maaf)” mereka.Maka Jibrail menjawab,inilah balasan bagi mereka yang berzina.Nau’zubillah…
Setelah itu,Nabi Allah,Muhammad s.a.w diperlihatkan lagi satu golongan dimana perut mereka buncit dan berat,setiap kali mereka hendak berdiri,mereka rebah kembali lantaran bebanan dari perut mereka.Maka Jibrail mengkhabarkan bahawa inilah gambaran seksaan bagi ummat tuan yang memakan hasil riba’.Seterusnya,Nabi Allah dipertontonkan pula satu golongan dimana daging-daging dibawah tulang rusuk mereka dikerat lalu disumbatkan ke dalam mulut mereka sambil berkata, “Makanlah sebagaimana engkau memakan daging saudaramu”.Lantas Jibrail mengkhabarkan bahawa inilah gambaran untuk ummat tuan yang mengumpat serta merendahkan dan menegejek sesama sendiri.Seterusnya,nabi dperlihatkan lagi satu golongan dimana mereka mempunyai kuku yang diperbuat daripada tembaga,lalu mereka mencakar  muka dan dada mereka.Nabi bertanya, “Ya Jibrail,apakah maksud gambaran ini pula?”.Jibrail memberitahu bahawa inilah gambaran untuk ummat tuan yang mencela antara satu sama lain.

Ikwah akhawat ahibbah,

     Setelah nabi melihat semua gambaran tadi,maka Nabi Allah,Muhammad berangkat bersama Jibrail untuk naik ke langit kedua.Setibanya Nabi Muhammad dan Jibrail di langit kedua,bertemu pula dengan Nabi Allah,Isa bin Maryam bersama Yahya bin Zakaria a.s.Kedatangan mereka disambut dengan seronok sekali dengan diiringi salam serta doa.Seterusnya,Nabi Muhammad s.a.w bersama Jibrail naik lagi untuk ke langit ketiga.Disini,mereka bertemu dengan Nabi Allah Yusuf a.s yang dikurniakan rupa paras yang sangat indah dan baik sambil memberi salam.Lantas Nabi Allah Yusuf menjawab salam baginda sambil mendokan kebaikan ke atas baginda.

     Seterusnya,Nabi Muhammad meneruskan lagi naik kelangit ke empat bersama Jibrail.Pada kali ini,penjaga pintu langit  ke empat ialah Nabi Allah Idris a.s.Lantas nabi memberi salam kepada Nabi Idris a.s.Lalu,disambut Nabi Muhammad dengan penuh kehormatan sambil mendoakan ke atas baginda.Setelah itu,mereka meneruslakan lagi naik untuk ke langit yang ke lima.Di langit kelima ini,penjaga pintunya adalah Nabi Allah harun a.s.Lalu,nabi terus memberi salam serta disambut dengan penuh kasih sayang serta menjawab salam baginda dengan penuh hormat.




Subhanallah~~~~

Ikwah akhawat ahibbah,

     Nabi Allah,Muhammad s.a.w meneruskan lagi untuk naik ke langit ketujuh.Di sini baginda bertemu pula dengan Nabi Allah Ibrahim a.s.Lantas,Nabi Muhammad memberi salam kepada Nabi Allah Ibrahim dan dijawab serta disambut dengan penuh hormat.Di langit ke tujuh ini,Nabi Allah Muhammad s.a.w dipertontonkan Baitul Ma’mur dengan satu gambaran gambaran dimana para malaikat sentiasa bertawaf tanpa berhenti.Disini juga,Dibawakan kepada Nabi Allah,Muhammad 3 bejana air dimana setiap satu berisi dengan arak,madu serta susu.Lantas,Nabi Allah,Muhammad memilih bejana yang berisi susu.Lalu Jibrail berkata, “Sesungguhnya tuan dan ummat tuan akan akan menjalani kehidupan di atas jalan yang lurus iakni bagi mereka yang yang beriman kepada Allah”.Seterusnya Nabi Muhmmad digambarkan bahawa ummatnya terbahagi kepada dua golongan.Satu golongan berpakaian berjubah putih lagi bersih,manakala satu golongan lagi berpakaian berjubah kelabu.Namun,Nabi Allah bersama golongan yang berpakaian berjubah putih masuk ke dalam Baitul Ma’mur manakala golongan yang berpakaian berjubah kelabu hanya menanti diluar sahaja.Setelah selesai,Nabi dipertonton sekali lagi bahawa ada satu golongan dimana perut-perut mereka buncit,manakala didalam perutnya boleh dilihat banyaknya ular didalamnya.Lalu Nabi Allah Muhammad bertanya kepada Jibrail, “Wahai Jibrail,siapakah mereka ini?”.Lantas Jibrail menjawab, “Ini lah balasan bagi ummat tuan ketika hidupnya didunia memakan hasil riba’.Seterusnya,Nabi Muhammad mendengar kalam-kalam suci yang begitu shaydu dan indah.Maka,Nabi Allah Muhammad naik keatas dan baginda sungguh terpesona kerana disinilah baginda dapat bertemu dengan Allah Rabbul Jalil.Kemudian,Nabi dibawa pula untuk melihat balasan serta janji Allah bagi hambanya yang taat akan perintahnya.Maka,nabi bersama Malaikat Jibrail masuk kedalam syurga Allah.Sewaktu Nabi Allah Muhammad masuk kedalam Syurga bersama Jibrail,nabi dipertontonkan pula gambaran dimana baginda melihat seorang wanita muda yang sangat cantik.Lalu,Nabi Allah Muhammad bertanya kepada Jibrail, “Wahai Jibrail,siapakan wanita itu?”.lalu Jibrail menjawab, “Wanita yang cantik tadi adalah wanita yang disediakan oleh Allah untuk Zaid Bin Sabit”.Setelah itu,Nabi Muhammad terdengar satu suara yang lemah lembut dari salah satu penjuru syurga.Lantas Nabi Allah Muhammad bertanya, “Wahai Jibrail,suara siapakah itu?”.Lalu Jibrail menjawab, “Itulah suara Bilal Bin Robah”.Sesudah itu,Nabi diperlihatkan lagi satu golongan yang sedang bersenang-senang didalam dan tidak pernah digambarkan oleh akal.Lantas Nabi bertanya, “Siapkah pula golongan yang sedang bersenang-senang itu Ya Jibrail?”.Jibrail menjawab, “Itulah golongan dimana mereka yang sentiasa taat serta patuh akan perintah Allah Azza Wajalla”. Setelah itu,nabi Allah dipertontonkan pula keadaan Neraka.Nabi Allah dapat melihat perbagai jenis seksaan disediakan didalamnya sehingga tidak dapat untuk diceritakan.Lalu, Allah menutup pemandangan nabi dari melihat keadaan dan gambaran neraka.




La hau la wala kuwwata i’lla billah~~~

Ikwah akhawat ahibbah,

     Maka,setelah dipertontonkan dengan pelbagai keaadaan,maka tibalah saatnya Nabi yang Mulia bertemu dengan Allah Rabbul Jalil.Maka,terimalah nabi dari Tuhan Pemerintah sekalian alam akan kefarduan solat lima puluh waktu sehari semalam untuk dilaksanakan oleh baginda dan ummatnya.Setelah itu,Nabi Allah bersama malaikat Jibrail turun semula sehingga bertemu dengan Nabi Musa a.s..Lantas nabi Allah Musa a.s. bertanya, “Apakah yang diperintahkan oleh Allah Rabbul Jalil ke atas mu?”.Maka Nabi Muhammad s.a.w menjawab, “Aku telah diperintahkan agar menunaikan kefarduaan solat lima puluh waktu sehari semalam.Nabi Musa mengkhabarkan agar baginda naik semula bertemu dengan Allah agar dikurangkan lagi kerana ummat Muhammad tidak mampu untuk melaksanakan perintah tersebut.Lantas,Nabi naik semula bertemu dengan Allah agar dikurangkan bilangan waktu solat sehari semalam.Begitulah yang berlaku sehingga sampai ke satu peringkat bilangan waktu solat sampai hanya untuk lima waktu sehari semalam.Lantas,Nabi Allah Musa a.s berkata, “Wahai Penghulu sekalian nabi dan rasul,naiklah lagi bertemu dengan Tuhan Segala Pencipta agar dikurangkan lagi bilangan waktu solat untuk ummatmu laksanakan”.Lantas Nabi Allah,Muhammad menjawab, “Sesungguhnya aku malu untuk bertemu dengan-Nya lagi”.Lalu,Nabi Allah,Muhammad s.a.w bersama Malaikat Jibrail turun semula ke bumi serta disebarkan akan perintah Allah untuk dilaksanakan sebagai tanda taat dan akur ke seluruh pelusuk alam.Walaupun pada mulanya ramai dikalangan manusia tidak mempercayai akan apa yang berlaku serta perintah dari Allah,namun bagi mereka yang benar-benar beriman,mereka menerima serta mempercayai akan apa yang dikhabarkan kepada mereka oleh Nabi Muhammad s.a.w kerana mereka mengetahui bahawa nabi tidak pernah berdusta.

Ikwah akhawat ahibbah,

     Begitulah serba ringkas gambaran serta paparan yang dipertontonkan oleh Allah kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.Mudah-mudah,apa yang berlaku serta gambaran yang diceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada kita,dapat kita ambil ikhtibar serta pengajaran bagi mencari keredaan Allah.Mudah-mudahan,kita mendapat manfaat serta maghfiroh dari-Nya Yang maha Pengampun.

Sabda Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari:

إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَبْسُطُ يَدَهُ بِالَّليْلِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ النَّهَارِ وَيَبْسُطُ يَدَهُ بِالنَّهَارِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ الَّليْلِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا.
  
Bermaksud:Sesungguhnya Allah membuka tangan-Nya dimalam hari untuk  menerima taubat orang yang melakukan dosa di siang hari dan membuka tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa di malam hari.Keadaan ini akan berterusan sehinggalah matahari terbit di sbelah barat(kiamat)
                                                                                                                           Hadith Riwayat Muslim

Jazakallah…



No comments:

Post a Comment