Wednesday, September 28, 2011
Yang Mana Iblis? Syaitan ? Qarin? Manusia pula?...
Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum w.b.t..Setinggi-tinggi sekali lagi kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t..Dengan limpah izin-Nya serta Mikmat-Nya,hari ini kita masih di beri dua nikmat dan merasai nikmat ini yang sememangnya sanagt berharga dan tiada tandingannya,Iman dan Islam..Selawat serta salam kepada Khotamul Anbia',Muhammad s.a.w,bersamanya membawa sebaik-baik syariat untuk menjadi ikutan dan panduan seluruh ummat.
Ikwah akhawat ahibbah..
Firman Allah Azza Wajalla..
Yang bermaksud:
"Katakanlah ( Wahai Muhammad ): "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.raja Yang menguasai sekalian manusia.Sembahan(Tuhan yang berhak di sembah olah sekalian) manusia.Daripada kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi.Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia.Daripada (golongan )jin dan manusia...Surah An-nas..ayat 1-6,juzuk ke 30 surah ke 114.
Nabi Allah Adam a.s diciptakan oleh Allah dari tanah manakala Azazil laknatullah pula diciptakan daripada nyalaan api.Azazil diciptakan sebelum tercipnya lagi Nabi Allah Adam a.s.Di waktu itu,Azazil memiliki wajah yang bercahaya dan indah.Setelah diciptakan Nabi Allah Adam a.s,Allah rabbul jalil memerintahkan agar seluruh hambanya bersujud kepada Nabi Adam a.s.Maka sujudlah semua kesemuanya kepada Nabi Adam a.s termasuk Malaikat.namun,satu-satunya makhluk yang tidak mahu bersujud kepada Nabi Adam a.s adalah iblis(Azazil).Mereka merasakan bahawa diri mereka lebih mulia dari Nabi Adam a.s kerana mereka diciptakan dari api manakala Nabi Allah Adam a.s diciptakan dari tanah yang hina.Dengan kesombongan mereka ini,Allah telah marah kepada Iblis sehingga rupa wajah mereka telah diubah oleh Allah menjadi sangat hodoh dan menakutkan.Maka setelah itu,Azazil dicampakkan kedunia dan diberi gelaran 'IBLIS' yang bermaksud ' Suka Memberontak atau Derhaka '..
Ikwah Akhawat ahibbah..
Sebelum Azazil ( Iblis ) di campakkan kedunia,mereka telah meminta sesuatu kepada Allah dan agar diperkenankan hasrat mereka.Lalu,Allah mengizinkan apa yang mereka inginkan..
" Wahai Tuhanku,Jika demikian,berilah tempoh kepadaku sehinnga ke hari mereka di bangkitkan ( Hari Kiamat )..Surah Sad..ayat 79..
Menurut Ibnu Qayyim al-jauziyyah..setelah iblis laknatullah diturunkan kedunia,mereka ini berkembang biak sehingga menhasilkan 5 keturunan yangmempunyai peranan mereka masing-masing dalam meneyesatka anak adam..
1) Tsabar : Kerjanya menimbulkan keluh kesah ke dalam hatu orang yang ditimpa musibah sehingga orang
itu tergamak menyalahkan Tuhan..
2) Dasim : kerjanya menimbulkan rasa cemburu yang melampau ke dalam hati suami isteri sehingga mereka
bercerai berai..
3) Al-a'war : kerjanya mendorong manusia agar melakukan zina.
4) Miswath : Kerjanya membisikkan cerita bohong dan meniupkan sikap buruk sangka kepada orang lain
serta menghasut manusia menyebarkan fitnah.
5) Zaknabur : Kerjanya pula memasukkan rasa gembira dan seronok ke dalam hati manusia agar terus leka
sehingga melupakn kewajipa dan hak Allah.
Syaitan? Qarin? Manusia pula apa ?
Syaitan pula boleh di anggap tentera Iblis.Namun,syaitan ini terdiri daripada kalangan manusia dan jin.Kita biasa dengar."Manusia bertopengkan syaitan"..kata-kata ini ada betulnya kerana syaitan itu terdiri dari kalangan manusia itu sendiri.Ini berdasarkan dalil firman Allah surah An-Nas ayat 6 yang bermaksud:
" Daripada (golongan )jin dan manusia "..
Nabi Muhammad s.a.w bersabda : "Wahai Abu Zar,mohonlah perlindungan kepada Allah daripada kejahatan syaitan manusia dan jin."Kata Abu Zar: " Aku bertanya kepada Nabi Muhammad,wujudkah syaitan manusia?.Jawab baginda: " ya"..
Dalam diri setiap manusia pula ada dari kalangan jin atau syaitan.nama mereka pula adalah " Qarin " yang bermaksud teman.Mereka ini mempunyai fizikal dan perangai sama dengan teman mereka ( Manusia ).Ini berdasarkan Firman Allah s.w.t dalam suran Az-zukhruh ayat 36 yang bermaksud :
" Dan barang siapa tidak mengendahkan pengajaran Allah Yang Maha Pemurah ( Al-Quran ) .Kami biarkan syaitan menyesatkannya dan menhadi teman karibnya "..
Lalu timbul pula ..Adakah Nabi Muhammad ada pendamping? Baginda kan seorang yang Maksom..
Ikwah akhawat ahibbah..
Benar.Nabi Muhammad juga ada Qarin namun,telah ditundukkan oleh Allah sehingga tidak boleh memberikan kemudaratan kepada baginda..Ini jelas berdasarkan hadis soheh yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud :
"Sudah datang kepadamu syaitanmu.":Aisyah bertanya.." Wahai Rasulullah,apakah dalam diriku ini ada syaitan?" Nabi Muhammad s.a.w menjawab :" Ya benar,pada diri setiap manusia itu ada syaitan penggodanya". "Bagaimana denganmu?" tanya Aisyah.Kata Nabi Muhammad s.a.w : " Pada diriku pun ada syaitan,tetapi Allah sudah menundukkannya sehinnga syaitan itu pun menyerah"..
Ikwah akhawat ahibbah...
Itulah serba sedikit pengenalan dan perbezaan Iblis dan syaitan.Kita kebiasaanya terkeliru,yang mana Iblis,yang mana Syaitan.Mudah-mudahan,penerangan serba ringkas ini dapat memberikan manafaat buat kita bersama agar menjadi insan wanita soleh dan solehah serta mendapat keredaan Allah adalah matlamat hidup kita bersama.
Jazakallah....barakallah A'laikum..
" Ya Allah yang Maha Pemberi.pertemukanlah umatmu ini dengan kekasih-Mu,Muhammad s.a.w..berilah kesampatan buatku menatap wajah baginda.mendakap baginda serta menciup tangan kekasih-Mu YANG mulia"..AMIN Ya Allah...
Monday, September 26, 2011
SURAT CINTAKU BUAT MU..
Assalamualaikum w.b.r.t..Alhamdulillh,setinggi-tinggi ana memanjatkan kesyukuran ke atas kurniaan Ilahi,di atas kurniaan-Nya,ana terdetik untuk menaip di atas tajuk " Surat cintaku buat mu "..Selawat serta salam ke atas sayyidul mursalin,Muhammad s.a.w.Bersama baginda di bawa sebaik-baik syariat,yang di rakamkan oleh Allah sebaik-baik ikutan buat seluruh ummat.
Ikwah akhawat ahibbah,
"Surat cintaku buat mu" ana ambil hasil idea ana setelah ana teringat salah satu peristiwa sejarah islam,di mana seorang hamba yang mulia,mendidik dan mengajar ummatnya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang,di akhir hidupnya,menitip kata-kata kecintaan kepada ummatnya sehingga di waktu malaikat Izrail ingin mengambil nyawanya,beliau berkata diiringi titisan air mata sambil berkata kepada Malaikat Izrail : "Wahai Malikat Izrail,timpakan kesakitan sakaratul maut ke atas diriku,sesungguhnya,aku ingin menanggung segala kesakitan ummatku"..
Subhanallah,
Inilah bait-bait cinta yang sempat dituturkan oleh sebaik-baik manusia,Muhammad s.a.w di akhir kehidupannya. Masih memikirkan ummatnya walaupun waktunya semakin hampir.Disisinya,isterinya tercinta,Saidatina Aisyah ( Humairah ),meminta sebekas bejana air agar disapukan didahinya untuk meredakan sedikit kesakitan.Semua para sahabat hanya mampu menahan kesedihan.Manusia paling baik budinya,paling indah akhlaknya,paling lembut tutur bicaranya,menyayangi yang muda,menghormati yang tua,akan pergi meninggalkan semua.di akhir khutbahnya yang lalu,baginda sempat meninggalkan pesanan terakhir buat sahabat dan ummatnya,agar berpeganglah dengan Al-Quran dan As-sunnah,agar selamat hidup di dunia dan akhirat.Di saat itu,kesemua sahabat tidak tahu bahawa itulah khutbah terakhir baginda dan tatapan terakhir buat sahabatnya,namun,hanya seorang sahabat sahaja yang mengetahui,bahawa itulah pesanan nabi yang terakhir buat kita.
Seorang sahabat mendekati Saidina Abu bakar lalu bertanya: "Wahai Amirul Mukminin,kenapa engkau menangis ketika Rasulluh berkhutbah tadi?.
Dengan keadaan menitis air mata dan sedih,Saidina Abu Bakar menjawab: "Wahai sahabat,sesungguhnya,apa yang disampaikan oleh orang yang sangat kita semua cintai,Muhammad.adalah pesanannya yang terakhir dan selepas ini,baginda tidak lagi bersama dengan kita.Waktunnya semakin hampir".
Sahabat tadi terkejut lalu menangis dengan apa yang dikhabarkan oleh Saidina Abi Bakar.
Setelah berita ini tersebar,kesemua sahabat dalam keadaan berduka.Hanya pesanan dan ajaran yang telah diajarkan dari baginda sebagai penawar duka.
Di saat waktunya sangat hanpir,baginda menyebut..
" Ummati........."
" Ummati........"
"Ummati........."
Itulah yang disebut oleh baginda di akhir hidupnya.Sayangnya baginda kepada kita tidak terkata.Cintanya kepada kita melebihi cintannya kepada isterinya,anak-anaknya,serta sahabat-sahabatnya.
Itulah gambaran betapa cintanya manusia yang paling baik,Muhammad s.a.w kepada ummatnya..
Setelah nafas terhenti,degupan jantung mula menurun sehingga tidak lagi berdegup,akhirnya,Manusia yang paling mulia,pergi buat selama-lamanya..Bercurah-curah air mata para sahabat kerana selepas ini,tidak ada lagi manusia sepertinya.
' Wajahnya menggambarkan ketenangan '
'Bicaranya menggambarkan kasih sayang '
'Tingkah lakunya menggambarkan didikan '
'Senyumannya mengambarkan ketulusan'
" Ya Rasulullah,ummatmu ini ingin sekali bersua denganmu.Ingin sekali mendakapmu.Ingin sekali menatap wajahmu.Ingin sekali menejejakkan kaki di bumi kecintaanmu Mekah dan Madinah "
wassalam...
Wednesday, September 7, 2011
MUKASHAFAH AL-QULUB...
Assalamualaikum ikwah akhawat ahibbah..
2) Anak yang berbakti..
3) Isteri yang dicintai...
4) Kawan yang soleh..
DAN Allahlaah yang menggantikan seluruhnya...
Jazakallah..Barakallah a'laikum..
Subscribe to:
Posts (Atom)