Assalamualaikum w.b.r.t..Alhamdulillh,setinggi-tinggi ana memanjatkan kesyukuran ke atas kurniaan Ilahi,di atas kurniaan-Nya,ana terdetik untuk menaip di atas tajuk " Surat cintaku buat mu "..Selawat serta salam ke atas sayyidul mursalin,Muhammad s.a.w.Bersama baginda di bawa sebaik-baik syariat,yang di rakamkan oleh Allah sebaik-baik ikutan buat seluruh ummat.
Ikwah akhawat ahibbah,
"Surat cintaku buat mu" ana ambil hasil idea ana setelah ana teringat salah satu peristiwa sejarah islam,di mana seorang hamba yang mulia,mendidik dan mengajar ummatnya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang,di akhir hidupnya,menitip kata-kata kecintaan kepada ummatnya sehingga di waktu malaikat Izrail ingin mengambil nyawanya,beliau berkata diiringi titisan air mata sambil berkata kepada Malaikat Izrail : "Wahai Malikat Izrail,timpakan kesakitan sakaratul maut ke atas diriku,sesungguhnya,aku ingin menanggung segala kesakitan ummatku"..
Subhanallah,
Inilah bait-bait cinta yang sempat dituturkan oleh sebaik-baik manusia,Muhammad s.a.w di akhir kehidupannya. Masih memikirkan ummatnya walaupun waktunya semakin hampir.Disisinya,isterinya tercinta,Saidatina Aisyah ( Humairah ),meminta sebekas bejana air agar disapukan didahinya untuk meredakan sedikit kesakitan.Semua para sahabat hanya mampu menahan kesedihan.Manusia paling baik budinya,paling indah akhlaknya,paling lembut tutur bicaranya,menyayangi yang muda,menghormati yang tua,akan pergi meninggalkan semua.di akhir khutbahnya yang lalu,baginda sempat meninggalkan pesanan terakhir buat sahabat dan ummatnya,agar berpeganglah dengan Al-Quran dan As-sunnah,agar selamat hidup di dunia dan akhirat.Di saat itu,kesemua sahabat tidak tahu bahawa itulah khutbah terakhir baginda dan tatapan terakhir buat sahabatnya,namun,hanya seorang sahabat sahaja yang mengetahui,bahawa itulah pesanan nabi yang terakhir buat kita.
Seorang sahabat mendekati Saidina Abu bakar lalu bertanya: "Wahai Amirul Mukminin,kenapa engkau menangis ketika Rasulluh berkhutbah tadi?.
Dengan keadaan menitis air mata dan sedih,Saidina Abu Bakar menjawab: "Wahai sahabat,sesungguhnya,apa yang disampaikan oleh orang yang sangat kita semua cintai,Muhammad.adalah pesanannya yang terakhir dan selepas ini,baginda tidak lagi bersama dengan kita.Waktunnya semakin hampir".
Sahabat tadi terkejut lalu menangis dengan apa yang dikhabarkan oleh Saidina Abi Bakar.
Setelah berita ini tersebar,kesemua sahabat dalam keadaan berduka.Hanya pesanan dan ajaran yang telah diajarkan dari baginda sebagai penawar duka.
Di saat waktunya sangat hanpir,baginda menyebut..
" Ummati........."
" Ummati........"
"Ummati........."
Itulah yang disebut oleh baginda di akhir hidupnya.Sayangnya baginda kepada kita tidak terkata.Cintanya kepada kita melebihi cintannya kepada isterinya,anak-anaknya,serta sahabat-sahabatnya.
Itulah gambaran betapa cintanya manusia yang paling baik,Muhammad s.a.w kepada ummatnya..
Setelah nafas terhenti,degupan jantung mula menurun sehingga tidak lagi berdegup,akhirnya,Manusia yang paling mulia,pergi buat selama-lamanya..Bercurah-curah air mata para sahabat kerana selepas ini,tidak ada lagi manusia sepertinya.
' Wajahnya menggambarkan ketenangan '
'Bicaranya menggambarkan kasih sayang '
'Tingkah lakunya menggambarkan didikan '
'Senyumannya mengambarkan ketulusan'
" Ya Rasulullah,ummatmu ini ingin sekali bersua denganmu.Ingin sekali mendakapmu.Ingin sekali menatap wajahmu.Ingin sekali menejejakkan kaki di bumi kecintaanmu Mekah dan Madinah "
wassalam...
No comments:
Post a Comment