Assalamualaikum w.b.t..
Subhanallah!!!Lamanya tak buka blog
ana ini..Lama juga ana dah lama tak baca blog kawan-kawan ana yang sememangnya
lebih bagus dari ana.Ya Allah…hebat kawan-kawan ana yang pandai me renenew blog
mereka.Ana tulis bila ada mood ja..
Pada kali ini..ana akan berkongsi
satu perasaan yang ana sememangnya tidak menjangka perasaan ini akan hadir
ketika umur ana hamper cukup 20 tahun bulan mac ini.
Ya….Aku semakin menghampiri
peringkat dewasa.Alam remaja akan aku tinggalkan sedikit demi sedikit.Semakin
aku menghampiri peringkat dewasa,aku mula semakin matang dengan sikap-sikap
orang di sekelilingku.Bermacam ragam ada.Tapi mereka juga sepertiku yang
mempunyai hati dan perasaan.Namun..bukan itu yang ingin aku kongsikan!!!Tetapi
umur aku semakin menghampiri 63 tahun..
Kenapa?
Ya!!!Pada katika itu kematian sudah
sangat menghampiri ku.Walaupun kini umurku baru hendak mencecah 20 tahun.Tetapi
aku sudah merasakan perasaan itu.Walaupun aku belum pasti dapat merasai umur 63
tahun atau lebih,namun kematian tidak mengenal muda mahupun tua.Setiap masa malaikat
akan datang kepadaku,namun masih belum dizinkan oleh Maha Pencipta.
Ya Allah…Berilah aku kesempatan
untuk aku melaksanakan harapanku.Sesungguhnya Engkau tahu isi hatiku ini.
Tajuk 4 --- 32 hari adalah tajuk
yang sangat unik aku pilih.
Kenapa??????
Kerana dalam masa 32 hari itulah,aku
menyembahyangkan 4 orang jenazah.Ya Allah…aku mula merasai akan kematian..Apa
yang aku buat dengan masa aku di dunia ini selama 20 tahun???????.
Apa yang telah aku gunakan harta
yang Engkau berikan kepadaku selama ini???????
Apa yang aku telah gunakan dengan
usia sebelum ini?????
MASIH KAH ADA WAKTU BUATKU??????
Ya!!!!YA!!!!!!!YA!!!!!!
Aku akan gunakan waktu aku selepas
ini dengan sebaik-baiknya..cukuplah 20 tahun yang lalu telah aku gunakan yang
sememangnya bercampur dosa,pahala,baik,buruk.
Namun….
Setiap yang hidup pasti akan mati!!!
Setiap yang dicipta pasti akan
binasa!!!
Setiap dari kita akan dipertanya di
akhirat!!!
UMUR!!!!
HARTA!!!!
ILMU!!!!!
MASA!!!!
Semua amalan pasti di hitung sama
ada baik mahupun jahat…
Ya Allah…takutnya!!!!
Aku akan cuba buat yang terbaik
untuk buat semua perkara.Cukuplah dengan apa yang telah berlaku hamper 20 tahun
yang telah aku lalui.Kini aku akan mulakan sesuatu yang baru.Yang pasti,akan
aku terus ingat 4 huruf ini!!
M.A.T.I.
Cerita umur
ReplyDeleteAdalah cerita perjalanan insan
Kisah datang dan pulang
Kisah hidup setelah kematian
Kisah kepulangan kepada Pemilik kehidupan