Pages

Monday, February 28, 2011

BICARA SEBUAH HATI....





Ya Allah,

Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-MU..

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut pada-MU,
Agar tidak terjatuh hatiku dalam jurang nafsu…

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hati-MU,

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-MU,

Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta kekasih-MU,jagalah kenikmatan indahnya bermunajat sepertiga malam terakhir-MU,

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasih-MU,janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-MU,

Ya Allah,
JIka kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,jangan biarkan aku melampaui batas,

SEHINGGA,

Melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya KEPADA-MU…









Saturday, February 26, 2011

PERUTUSAN TERAKHIR...





          
    
          Assalamualaikum w.b.t..Alhamdulillah,pertamanya ana panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana ana masih di beri kekuatan untuk meneruskan lagi coretan ana di sini.Ikwat akhawat ahibah,pada kali ini ana akan menceritakan sedikit serba ringkas dan perkongsian ilmu ana dengan kalian.Coretan pada kali ini ana berpandukan ayat al-quran, surah al-ahzab,ayat 21..

Allah berfirman yang bermaksud:

      “Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik  pada diri Rasulullah s.a.w iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik di akhirat dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya.

Ikhwah akhawat ahibbah..

    Pada tahun ini bagaikan berlakunya pertembungan dan pemilihan diantara sambutan menyambut HARI KEKASIH (VALENTINE) dan sambutan MAULIDUR RASUL pada keesokan harinya.Namun,yang manakah kita nak raikan?tepuk dada,Tanya diri masing-masing ye..


   Pengutusan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W telah Berjaya membawa dunia dan peradaban manusia kearah yang terbaik.Ini kerana,sebelum kedatangan islam yang di bawa oleh nabi,peradaban manusia begitu teruk,anak perempuan di tanam hidup-hidup kerana khuatir membawa malu kepada keluarga,kaum wanita di jadikan barang dagangan,kaum yang lemah ditindas dan bermacam-macam lagi.Namun,setelah datangnya nabi,dunia yang gelap kembali bersinar,kaum wanita kembali dsanjung dan terbila dan sebagainya.Ini bertepatan dengan  riwayat Ahmat dan Al-hakim yang bermaksud:
   
     “Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”..

Firman Allah s.w.t dalam surah al-qalam ayat 4 yang bermasud:

    “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
Inilah yang mesti diikuti dan di teladani oleh setiap orang islam yang mengaku beriman kepada rasul.Sekalipun,baginda telahlah wafat,namun,bagindalah ikutan terbaik sepanjang zaman bersesuaian dengan tema sambutan maulidur rasul pada tahun ini..”Rasulullah s.a.w Ikutan Sepanjang Zaman”..

Ikwah akhawat ahibbah..

    Dalam kita menghayati dan meneladani sifat dan keperibadian Baginda,ana teringat akan sebuah hadith riwayat muslim,daripada Abu Said al-Khudri yang bermaksud:

    “Kamu  akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal,sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang Dhob nescaya kamu pun akan turut mengikuti mereka.Para sahabat bertanya:”Ya Rasulullah.adakah mereka itu yahudi dan nasrani?”..Nabi menjawab;”Siapa lagi jika tidak mereka”..

   Ya Allah,adakah zaman kini kembali seperti zaman sebelum kedangan nabi?Ana pasti,kalian boleh menjawab.Ikwah akhawat perlu jawab dalam hati sudah memadai.Ana beranggapan,mungkin mereka yang terjebak dalam perkara yang tidak baik ini,mungkin ada sikit kecelaruan dalam menguasai perasaan sehingga akal tidak mampu lagi memberikan jawapan..

  Nasihat Ibnu Mas’ud bila bercelaru maka bawalah hatimu mengunjungi 3 tempat:

(1)    Tempat orang membaca al-quran

(2)    Engkau pergilah ke majlis pengajian yang mengingati hatimu kepada Allah

(3)    Engkau mencari waktu dan tempatg yang sunyi,di sana engkau bertafakur kepada mengabdikan diri kepada Allah.

       Inilah yang di ajar apabila kita menghadapi masalah. Namun,sesekali ana teringat                         bahawasanya kita menjadikan hiburan sebagai malan dalam mencari ketenangan.Islam tidak melarang dalam berhibur,namun perlulah bertepatan dengan cara yang betul.Bukan hiburan yang melalaikan sehingga boleh menyebabkan kita leka kepada-Nya.Bertepatan dengan amaran yang katakana oleh Saidina Ali karramallah wajhah bahawasanya hiburan dalam kehidupan ibarat garam dalam makanan.Cukup di gunakan sekadarnya,jika berlebihan,nescaya memudaratkan..Subhanallah..sampai begitu sekali di peringatkan kepada kita..

Ikhwah akhawat ahibbah..

    Berdasarkan huraian ana yang serba ringkas ini dapat memberikan manfaat buat kita bersama.Ana akhiri coretan kali ini dengan kata-kat dari  Imam As-Shahid Hassan al-banna..

         “Andai islam seperti sebuah bangunan usingyang hampir roboh,maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda.Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka,tapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan yang tersergam indah”.




  



 Barakallah a’laikum..










Friday, February 25, 2011

NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM....

      Assalamualaikum w.b.t..Alhamdulillah..Pada kali ini,ana di beri lagi kesempatan dan peluang untuk menulis kisah pendek bagi tatapan semua.Pada kali ini,ana rasa,ana nak cerita serba ringkas mengenai salah satu surah di dalam Al-Quran.Dan pada kali ini,ana memilih surah Luqman juzuk ke-21,surah ke-32 di dalam Al-Quran.





Ikwah Akhawat ahibbah…
  
    Sebelum ana bercerita lebih panjang,ana ingin menceritakan sedikit siapa itu “Luqman” sehinggakan Allah menceritakan kisahnya di dalam kalam-Nya.Nama sebenarnya ialah Luqman.Al-Hakim pula adalah gelaranya dan perkataan Al-Hakim berasal dari perkataan “Al-Hikmah” yang bermaksud bijaksana dan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi.Ini jelas dalam satu peristiwa dimana Luqman di suruh oleh tuannya untuk menyembelih seekor kambing dan meminta agar Luqman memberikan kepadanya 2 keping daging yang sangat baik khasiatnya dan memberikan 2 keping daging yang paling tidak baik dari bahagian kambing yang di sembelih tadi.Lalu Luqman membawakan kepada tuannya 2 keping daging yang paling baik iaitu “LIDAH” dan “HATI”.Luqman juga turut membawa daging yang sama untuk di berikan kepada tuanya dari bahagian yang paling tidak baik.

Tuannya bertanya..’Bolehkah engkau terangkan kepadaku apa maksudmu?

Luqman menjawab..’wahai tuan,memanglah lidah dan hati adalah 2 bahagian yang paling baik jika seseorang itu pandai memeliharanya dan jika seseorang itu tidak mampu memelihara dan menjaganya,maka kedua-duanya boleh membinasakannya’..

Subhanallah…bijak dan mudah sekali Luqman menjawab pertanyaan tuannya.Akhlak dan ilmu pengetahuannya sebijak perlakuannya..Malah,At-Tabrani meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Ada tiga orang dari kalangan orang kulit hitam menjadi menjadi penghulu syurga:
(1)  An-Najashi (Raja negeri Habsyah yang memberikan perlindungan kepada orang islam      dalam berhijrah ke Habsyah)
(2)  Bilal (Muazzin Rasulullah)
(3)  Luqman

  
Ikwah akhawat ahibbah..

   Pada kali ini,ana akan menceritakan serba ringkas 10 nasihat Luqman Al-Hakim..

JANGANLAH KAMU MENSYIRIKKAN ALLAH
Allah berfirman dalam surah An-Nisa ayat 116 yang bermaksud:

  "Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan(sesuatu) dengan-Nya, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu. Bagi siapayang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesatsejauh-jauhnya". 


BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH

Allah berfirman dalam surah An- Nahl ayat 78 yang bermaksud:

    “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun.Dia memberikan kamu pendengaran (telinga),penglihatan (mata), dan hati (akal),agar kamu bersyukur.”

    Syeikh Abdul Qadir Jailani menyebut: Allah berfirman dalam hadith qudsi: “wahai manusia,berapa nikmat Ku banyak terun kepadamu,Tetapi sedikit syukurmu kepada-Ku”

BERBAKTILAH KEPADA  IBU BAPAMU

Allah berfirman dalam surah Al- Isra’ ayat 23 yang bermaksud:

    “Dan Tuhan kamu telah memerintahkan supaya kamu semua jangan menyembah kacuali kepada-Nya dan hendaklah kamu buat baik kepada kedua ibu bapamu”

Rasulullah s.a.w bersabda: “Bertaqwalah kepada Allah,dirikanlah solat,tunaikanlah zakat,haji dan umrah,berbuat baiklah kepada kedua ibu bapamu….”..

TAATLAH KEPADA IBU BAPAMU DI DALAM PERKARA YANG DIIZINKAN OLEH ALLAH

Allah berfirman dalam surah An-Nisa’ ayat 59 yang bermaksud:

   “Wahai orang-orang yang beriman,Taatilah Allah dan taatilah Rasul(Muhammad), dan ulul amri di antara kamu.Kemudian,jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu,maka kembalikanlah kepada Allah(Al-Quran) dan Rasul(Sunnahnya),jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian,Yang demikian itu lebih utama(bagimu) dan lebih baik akibatnya”


LAKUKANLAH AMAL SOLEH SETIAP MASA

Allah berfirman dalam surah Al-Zalzalah ayat 7 dan 8 yang bermaksud:

   “Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah,nescaya dia akan melihatnya (melihatnya). Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarah,nescaya dia akan melihatnya (balasannya)..

Luqman Al-Hakim berkata: “Hai anakku, sesungguhnya jika ada sesuatu perbuatan sebesar biji sawi,berada di dalam batu atau di langit atau di dalam bumu,nescaya Allah akan mendatangkan (membalasnya)..

DIRIKANLAH SOLAT DAN SERULAH MANUSIA MELAKUKAN KEBAIKAN DAN CEGAH KEMUNGKARAN

Allah berfirman dalam surah Luqman ayat 17 yang bermaksud:
   “Wahai anakku!laksanakanlah solat dan suruhlah manusia berbuat makruf dan cegahlah mereka dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu,sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting”.

Allah berfirman dalam surah Ali ‘Imran ayat 110 yang bermaksud:
  “Kamu (umat islam) adalah ummat terbaik yang dilahirkan untuk manusia kerana kamu menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar,dan beriman kepada Allah.Sekiranya ahli kitab beriman,tentulah itu lebih baik bagi mereka.Di antara mereka ada yang beriman,namun kebanyakan mereka adalah orang orang yang fasik”

Rasulullah s.a.w bersabda: “Amal perbuatan seseorang hamba yang pertama sekali di hisab pada hari pembalasan ialah solatnya.Jika solatnya baik,baiklah semua amalnya.Jika solatnya rosak,maka rosaklah semua amalnya yang baik”..

TANAMKANLAH SIFAT SABAR DI DALAM DIRIMU

Allah berfirman dalam surah Al- baqarah ayat 153 yang bermaksud:
  “Wahai orang-orang yang beriman!Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat.Sungguh,Allah berserta orang yang bersabar.”

Allah berfirman dalam surah Ali ‘Imran ayat 200 yang bermaksud:
   “Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplahbersiap siadalah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) dam bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung.”

JANGANLAH KAMU MENYOMBONGKAN DIRI

Allah berfirman dalam surah An-Nisa’ ayat 173 yang bermaksud”
     “Sesudah itu, orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah akan menyempurnakan bagi mereka pahala (balasan) mereka dan Dia akan menambahkan lagi limpah kurniaNya kepada mereka. Sebaliknya orang-orang yang enggan beribadat kepada Allah dan berlaku sombong takbur, maka Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan mereka pula tidak akan memperoleh sesiapa pun yang lain dari Allah yang akan menjadi pelindung atau penolong bagi mereka.”

Allah berfirman dalam surah An-Nahl ayat 29 yang bermaksud:
   “Oleh itu, masukilah pintu-pintu Neraka, tinggal kekallah kamu di dalamnya; maka sesungguhnya (Neraka itu) seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur.”
Alhamdulillah.Selesai jugak.Mudah-mudahan,coretan ana yang serba ringkas pada kali ini dapat memberikan faedah kita bersama seterusnya dapat menambahkan lagi ilmu kita dan bertambah lagi keimanan kita kepada-Nya.

Barakallah A’laikum..





Wednesday, February 23, 2011

KEISTIMEWAAN WANITA BERNAMA “UMMI (IBU)”…





Assalamualaikum w.b.t..Pertamanya, mari kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana limpah kurnia-Nya,kita masih di beri kesempatan hidup di atas muka bumi ini..

Ana teringat akan kata-kata dari Haji Abdul Malik Karim Amrullah(HAMKA)..bahasanya Kita boleh menghitung usia yang telah kita gunakan tetapi kita tidak boleh menghitungbbeberapa lagi usia kita yang tinggal..Alhamdulillah..Selawat serta salam ke atas Saiyidul Mursalin..Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,para sahabat,tabi’ tabi’in serta seliruh mujahidin yang berusaha menegakkan syiar agama islam sehingga kita dapat kecapi sekarang…Alhamdulillah…

 Sahabat-sahabat yang  ana  kasihi..

Firman Allah s.w.t dalam Surah Luqman ayat 14 yang bermaksud:

   “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

      Ayat di atas menerangkan wajibnya keatas kita merbuat baik kepada kedua ibu bapa.Tidak kira usia,pangkat mahupun kekayaan,selagi mana kedua ibu bapanya masih hidup,maka wajib lah keatas seorang anak berbuat baik kepada mereka lebih-lebih lagi ketika usia mereka sudah lanjut(tua)..Ayat diatas juga lebih menekankan berbuat baik kepada seorang wanita yang bernama IBU tanpa melupakan jasa-jasa bapa dalam menjaga dan membesarkan anak.
  
       Allah menegaskan lagi kepada kita untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa dalam Surah al-Ahqaf ayat 15 yang bermaksud:

     “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya Dengan menanggung susah payah. sedang tempoh mengandungnya beserta Dengan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa tiga puluh bulan. setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa Yang sempurna kekuatanNya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)".

Sahabat yang ana kasihi..

     Ayat tersebut menceritakan akan kesusahan ibu mengandung, melahirkan, dan menyusui anak..Subhanallah…begitu mulianya pengurbanan IBU…

       Ini bertepatan dengan sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim:

            Abu Hurairah berkata:’Seseorang bertemu dengan Rasulullah lalu bertanya:”Ya Rasulullah,siapakah yang berhak aku patuhi?..Lalu Nabi menjawab:”ibumu”..lelaki tersebut mengulang pertanyaan yang sama sebanyak tiga kali,namun,nabi tetap memberi jawapan yang sama.pada kali yang keempat..barulah nabi menjawab:”bapamu”..

    Hebatnya seorang wanita bernama “IBU”..sehingga diletakkan “syurga itu dibawah telapak kaki ibu”..

    Ketika ana merangka coretan pada kali ini,ana ada seorang sahabat,beliau pernah menceritakan kepada ana..Beliau beritahu bahawa,pada hari ini ibunya terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang system rahim yang telah rosak..Hati ana sayu beli di beritahu..Selepas pembedahan selesai,ana di beritahu bahawa,selepas ibunya keluar dari dewan pembedahan dan di letakkan di unit rawatan rapi(ICU)..bapanya mengucup dahi ibunya di depan matanya sendiri..Subhanallah..ana apabila di beritahu situasi tersebut,hati ana sayu sekali..memang benarlah kata-kata pujangga..

          ”kasih ibu sampai kesyurga,kasih Ayah sepanjang masa”

Sahabat-sahabat yang ana kasihi..

       Marilah kita merenung kembali akan kesilapan yang telah kita lakukan kepada kedua ibu bapa kita..Mungkin mereka tidak menyatakan secara langsung akan kesilapan yang kita lakukan kepada mereka..Namun,jauh di sudut hati mereka,hati mereka terluka..Selagi mereka masih ada..ayuh kita bersama berbuat baik kepada mereka…bagi sahabat ana yang kedua ibu bapanya telah tiada atau salah seorang nye telah pergi selamanya..jangan lupa untuk mensedekahkan ayat-ayat suci al-qara kepada mereka..mudahan-mudahan,mereka bahagia di sana..

 Bertepatan dengah hadith Rasulullah s.a.w..

      “Matinya seorang anak adam,maka terputuslah segala amalanya kecuali 3 perkara: 
              
              (1) Sedekah jariah..
              
              (2) Ilmu yang bermanfaat..
              
              (3) DOA ANAK-ANAK YANG SOLEH…


AMIN….. Barakallah A’laikum..

Tuesday, February 22, 2011

Yang Pertama...


بسم الله الرحمن الرحيم

Setinggi- tinggi ana panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan izin serta kekuatan       dari-Nya,ana Berjaya menyiapkan coretan ana buat kali pertama di sini.Selawat serta salam kepada junjungan besar kekasuh-Nya,Nabi Muhammad s.a.w,para syuhada’,para tabi’in,para mujahid dan mujahidah yang telah berjuang menegakkan syiar islam sehingga kita dapat nikmati dan kecapi bersama sehingga hari ini. Alhamdulillah…..

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
       
     ’Barang siapa bersyukur,nescaya akan Ku tambahkan lagi nikmat-Ku kepada mu,dan barang siapa kufur,nescaya azab-Ku amatlah pedih.

     Syeik Abd Qadir Jailanimenyebut:Allah berfirman dalam hadith qudsi:”Wahai manusia,berapa nikmat ku  banyak turun kepadamu,tetapi sedikit syukur mu kepada-Ku”..

Sahabat yang ana kasihi,

    Dalam pengambaraan ana menimba ilmu kini,ana merasai betapa banyaknya dan bertuahnya ana hidup di atas muka bumi ini kerana begitu banyak nikmat Allah yang Allah turunkan kepada ana secara percuma.Nikmat penglihatan,pendengaran,perasaan dan sebagainya dapat ana rasai.Semuanya percuma tanpa berbayar.

    "Ya Allah,aku berasa begitu kerdilnya diriku,begitu banyak nikmat-Mu ke atas diriku,namun,acapkali aku terlupa dan terleka,betapa sedikitnya ucapan syukurku kepada-Mu.Ya Allah,jadikanlah aku hamba yang sering mengucapkan rasa syukurku kepada-Mu.(Hati ana berbisik ketika merangka coretan ini)..

Ana teringat akan kata-kata daripada Ibnu Atho’ilah:

“Jangan anda meminta kepada Allah supaya di pindah dari suatu hal kepada yang lain,sebab sekiranya Allah mengkehendanya tentu telah memindahmu,tanpa mengubah keadaanmu yang lama”…

  
Sahabat yang ana kasihi..
   
    Banyak dugaan yang ana lalui dan hadapi dalam menyiapkan coretan ana yang pertama di sini..namun,ana akui,keinginan ana nak berbicara dengan sahabat semua menguatkan azam ana menyiapkan coretan ini..di masa yang sama juga,kecintaan ana dalam bidang dakwah kembali mekar di hati ini ketika kini ana mengembara mencari ilmu bagi di penuhi di dada..
  
    Ibnu qayyim al-jawziyah berkata:Allah sangat cemburu terhadap hati hamba-Nya yang mengabaikan cinta ,harap dan takut kepada-Nya dan ads sesuatu yang lain dalam hatinya selain Dia..
  
    
    Akhir kata dari ana,ayuh sahabat ku,AYUH MENCARI KEREDHAAN ALLAH walau di mana kita berada..jangan di tangguh selagi nyawa di kandung badan dan masih di beri peluang oleh-Nya..AYUH   SEMUA…..!!!!!