Pages

Saturday, April 2, 2011

HANYA SATU KU PINTA...





Aku tidak meminta wang berjuta-juta…
untuk kuhimpunkan menjadi bukit harta…
tidak sesekali kuimpikan…
mengibarkan bendera bangga di puncaknya…
cukuplah sekadar sesuap makan dan minum…
buat aku sempat melihat suatu hari lagi…
bernama esok….

Aku tidak meminta rumah yang raya…
pun yang indah laksana istana…
kerana kemewahan dunia hanya sementara…
apabila sampai waktunya pasti tinggal semua...
Cuma yang aku pinta..
adalah secebis cinta
daripada seorang anakanda yang berjaya…
di tengah kota…
untuk kuisikan di dada tua…
buat kuusir segala kesunyian…
yang semakin hari semakin pekat terasa…
dan menggelinjang ke seluruh jiwa raga…
bergetaran di urat nadi yang terasa lelahnya...

Anakanda yang kurindui sentiasa…
sukarkah kau penuhi…
permintaan kecil seorang bonda
janji penuh nafsumu tatkala remaja…
untuk kutiti hingga ke hujung usia…
yang amat terkilan aku nantikan…
dalam remang senja?...


No comments:

Post a Comment