Thursday, April 7, 2011
RINDUKU DI BUMI MADINAH...
Assalamualaikum ikhwah akhawat ahibbah..Kaifa halukum?..ana harap,kalian semua sihat di bawah rahmat-Nya..Post ana pada kali ini bukan cerita kisah-kisah tauladan,tetapi ingin berkongsi sedikit apa yang ana rasai kini..
Ikwah akhawat ahibbah..
Di keheningan malam jumaat kini,diringi lagu yang pernah di nyanyikan oleh Imam Misyari bertajuk " Farshi Turab " versi arab membuatkan ana rasa rindu sangat dengan tanah Hijjaz ( Mekah dan Madinah )..Memang impian ana untuk pergi ke sana serta menzirahi Makam Rasulullah s.a.w..Ana teringat akan pesanan bapa ana ketika ana kecil dahulu.. " Abang,nanti dah besar,belajarlah kat madinah "..Ana teringat sehingga kini akan pesanan abah ini...Mungkin inilah impian bapa ana untuk melihat anak-anaknya berjaya belajar terutamanya belajar di tanah arab..Ibu pula pernah menceritakan tentang latar belakang bapa ana ketika belajar dahulu.." Abah dulu pernah dapat tawaran untuk belajar ke Madinah,tapi takde duit nak ke sana "..itulah cerita ibu kepada ana dan ana ingat sampai kini..
Ya Allah..
Permudahkan lah urusan ibu bapaku...
Berikanlah mereka kesihatan agar dapat melihat kesemua ana-anaknya berjaya...
Mereka telah banyak berkorban untuk ku dan adik beradikku...
Aku memahon pada-Mu Ya Allah...
Lindungilah mereka dari perkara yang tidak di ingini....
Berikanlah kesempatan kepadaku serta adik-beradikku untuk melihat kedua orang tua kami tersenyum akan kejayaan kami..
Ya Allah..
Perkenankanlah doaku...
ikwah akhawat ahibbah..
Besar tanggungjawab ana sebagai anak lelaki sulung.Terasa berat untuk memikul rasanya.Namun,inilah yang perlu ana terima dan ana lalui.Kepercayaan kedua orang tua ana kepada ana untuk memberikan contoh teladan kepada adik-beradik tidak akan ana sia-siakan.Ana impikan menjadi seorang ana yang soleh.Seorang pemuda yang meletakkan cintanya kepada mereka yang mencinta perjuangan menegakkan agama islam.Ana teringat akan peasanan Imam as-syahid Hassan al-Banna :
" Andai islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh,maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda.Aku tidak ingin mengutip denagn ramai bilangan mereka,tetapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah "
Ana rasa cukup sekadar di sini.Pesanan dan nasihat ana kepada mereka yang memperolehi kesempatan serta peluang untuk belajar di tanah arab terutamya di MADINAH..pergilah..jangan sia-siakan peluang yang ada..mungkin inilah satu-satunya peluang yang ada..
Barakallah a'lakum..
Jumaat-0101 am..8/4/2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment