Pages

Sunday, April 17, 2011

WARKAH BUATMU IBU...



Assalamualaikum w.b.t..
Kehadapan Ibuku,permata hatiku…
Ku titipkan bait-bait cinta ini dari kejauhan…
Meluahkan rasa rindu yang kian lama terpendam di hatiku...

Ibuku…
Seandainya aku diberi pilihan dengan longgokan permata dihadapanku lalu aku diberi pilihan….
Aku tetap memilihmu sebagai permataku dalam hidupku…
Mutiara yang kian menyinar bergemerlapan dalam hatiku..
Tanpa kunjung malap dalam sinar hatiku…
Duhai ibuku tercinta…
Aku melihatmu dengan raut wajah yang sentiasa tenang dikala semua anak-anakmu berjauhan menimba ilmu dan pengalaman…
Tapi aku tahu dari raut wajahmu ibuku…
Engkau menyimpan dendam rasa rindu kepada anak-anakmu yang jauh dari dakapanmu..
Aku juga lemah dikala aku hadapi pelbagai dugaan menimpaku…
TETAPI….
Bila aku terkenangkan engkau duhai ibuku…
Aku perlu kuat untuk ibu agar impianmu melihatku berjaya menjadi senyumanmu…



Ibu…
Terus terang dari bicara hatiku lahir dari sanubariku..
Aku tidak pernah malu mempunyai ibu sepertimu…
Malah aku bangga memiliki ibu sekuat dan secekal hatimu ibuku…
Kerana itu..
Aku ingin menjadi semangatmu dalam hidupku…


Ibuku…
Sudah 19 tahun umurku kini…
Inginku singkap bait-bait cinta dan rindu dari hatiku….
Setiap kali tarihk lahirmu tiba,aku tidak jemu mengucapkan ‘SELAMAT HARI LAHIR IBUKU”..
Kerana aku tahu engkau menginginkan belaian penghargaan dari semua anak-anakmu…

Ibuku…
Setiap pesananmu akan ku ingat selalu…
Takkan sesekali ku lupa bait-bait cinta mutiara dari pesananmu…
Akan ku genggam erat disisiku bagai nyawa dalam hidupku…
Kerna aku mahu menjadi seperti mana suamimu…
Yang berkorban masa dan tenaga demi perjuangkan kehidupan semua pejuangmu…
Demi melihat semua pejuangmu berjaya menggapai kehidupan bahagia sepertimana khayalanmu…

Ibuku…
Dari jauh aku menulis bait-bait cinta buatmu…
Doakan aku menjadi pejuang dalam hidupmu…
Doakan aku menjadi pemuda soleh seperti mana impianmu…
Doakan aku menjadi pejuang agama seperti mana suamimu…
Kerana itu aku tidak akan menghampakan impianmu Ibuku…
Menjadi sebutir permata yamg paling berharga dalam hidupmu…



Ibuku…
Inilah bait-bait cinta dari anakmu yang jauh dari dakapanmu…
Dendam rindu dan sayang kian terbuku dalam lembah cinta hatiku…
Nantikan anakmu pulang membawa nota cinta khas buatmu…
Kerana engkaulah permata hatiku..



No comments:

Post a Comment