Dengan nama-Mu Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Wahhab,aku memulakan penulisanku ini dengan cermat agar dapat memberikan manfaat buatku yang menulis serta manfaat bagi mereka yang membaca penulisanku ini..Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w ,para sahabat serta para shuhada’ yang berjuang mempertahankan agama islam yang suci.
Alhamdulillah,setinggi-tinggi ana memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi,kerana memberikan kekuatan kepada ana untuk terus menulis dalam blog ana.Mudah-mudan,perkongsian ana pada kali ini dapat menambahkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah s.wt dengan sebenar-benar taqwa.
Ikwah akhawat ahibbah,
Pada kali ini,ana akan menulis salah satu peristiwa besar yang paling bersejarah dalam dunia umat islam dimana kesan darinya,kita dapat melaksanakan solat lima waktu sehari semalam sebagai tanda ketaatan dan keimanan kita kepada Allah Azza Wajalla.
Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 27 rejab setahun sebelum hijrah dan peristiwa ini dinamakan peristiwa ISRA’ DAN MIKRAJ.Pada malam 27 rejab itulah,Nabi Allah,Muhammad s.a.w diperjalankan dari dua tempat yang suci iaitu dari Masjidil Haram,Mekah ke Masjidil Aqso,Palestin seterusnya diangkat kelangit untuk menerima ibadah fardu yang sehingga kini kita laksanakannya yakni solat yang pada asalnya 50 waktu akhirnya menjadi 5 waktu sahaja.Maka,pada malam 27 Rejab tersebut,maka terbukalah bumbung rumah Nabi Allah,Muhammad s.a.w lalu turunlah penghulu segala malaikat,Malaikat Jibrail a.s dengam membawa sebuah bejana yang penuh berisi dengan hikmah dan iman.Lantas,ia belah dada Muhammad s.a.w bermula dari lekuk di bawah leher sehingga berhampiran perut baginda,maka dikeluarkan hati baginda dan di bersihkan dengan air zamzam dan dimasukkan hikmah dan iman kedalam hati baginda.
Setelah segalanya selesai,maka Allah menghantar seekor binatang dari syurga dimana warnanya putih bersih,badannya lebih besar daripada himar(keldai),boleh melangkah sejauh mata memandang dan binatang inilah yang dinamakan “Burok”.Pada asalnya,binatang Burok ini kelihatan sangat liar,kemudian,berkata Malaikat Jibrail a.s : “Hai Burok,sesungguhnya tidak pernah engkau ditunggang oleh seorang makhluk yang lebih mulia selain daripada utusan Allah,Muhammad”.Lalu,setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Malaikat Jibrail a.s.,maka,Burok tersebut berubah sikapnya menjadi sangat jinak.Maka,naiklah Nabi Muhammad s.a.w dan berangkatlah baginda daripada Masjidil Haram,Mekah menuju ke Masjidil Aqso di Palestin.
Inilah yang diceritakan oleh Allah dalam kalamnya Surah Al-Isra’,ayat pertama juzuk ke 15:
سُبْحَانَ الَّذِى اَسْرَى بِعَدْهِ لِيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ اِلَى الْمَسْجِدِ الْاَقْصَا الَّذِى بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ اَيَاتِنَا اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيرُ.
“Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambanya(Muhammad) pada malam hari dari masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkatib sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kebesaran Kami.Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Ikwah akhawat ahibbah,
Sewaktu Nabi Allah,Muhammad s.a.w menuju ke Masjidil Aqso,nabi dipertontonkan oleh Allah dengan pelbagai peristiwa ajaib yang tidak boleh dicapai dan didambar oleh aka manusial.Pelbagi peritiwa yang aneh nabi diperlihatkan ketika menunggang Burok yang di temani Malaikat Jibrail a.s menuju ke Masjidil Aqso.Di antara peristiwa yang Allah perlihatkan kepada baginda adalah,baginda melihat seorang wanita tua berdiri di tepi jalan,lalu baginda bertanya kepada Malaikat Jibrail, “Siapa itu Ya Jibrail?”..Jibrail menjawab, “Jalanlah terus”.Kemudian baginda dilihatkan lagi dengan satu suara di suatu simpang menyeru, “Marilah ke sini wahai Muhammad”,lalu baginda bertanya lagi, “Suara siapakah itu Ya Jibrail?,Jibrail menjawab, “ Teruskanlah perjalanan”,Seterusnya nabi bertemu dengan seorang yang memberi salam kepada baginda, “ Salam sejahtera atasmu”,maka Malaikat Jibrail meminta agar baginda menjawab salam tersebut.Lalu,Jibrail menjawab semua pertanyaan yang diajukan kepadanya bahawasanya ,wanita tua yang sedang berdiri di tepi jalan tadi adalah,itulah gambaran umur dunia yang sudah sangat tua.Suara yang menyeru kepada baginda agar mendekatinya tadi adalah itulah suara Iblis laknatullah dan yang terakhir tadi,orang yang memberi salam kepada baginda tadi ialah Nabi Allah Ibrahim,Musa dan Isa A’laihissalam.
Kemudian Nabi Allah Muhammad meneruskan lagi perjalanannye menuju ke Masjidil Aqso.Sewaktu dalam perjalanan tersebut,Nabi di perlihatkan lagi satu kaum dimana mereka menanam dan menuai dalam masa satu hari sahaja.Setelah mereka selesai menuai,maka tanaman tersebut kembali seperti sedia kala,maka mereka menuai lagi.Lalu,Nabi Allah Muhammad bertanya kepada Jibrail a.s, “ Siapakah mereka itu Ya Jibrail?”,Jibrail menjawab, “Mereka itulah orang yang berjihad dijalan Allah dan di beri ganjaran sebanyak 700 kali ganda pahala.Suhbanallah..
Ikwah akhawat ahibbah,
Seterusnya,Nabi diperlihatkan lagi satu golongan dimana mereka ini menghempap kepalanya sendiri di atas sebuah batu yang sangat besar,lalu pecah berderai kapala mereka.Namun,tiap kali kepala mereka pecah berderai,maka,akan bercantum kembali seperti asal dan mereka mengulang kembali perbuatan mereka ini tidak putus-putus.Maka Nabi bertanya, “ Siapakah mereka itu Ya Jibrail? “,maka Jibrail a.s. menjawab, “Mereka itulah golongan yang susah dan berat untuk mengerjakan solat fardu”.
Kemudian,Nabi diperlihatkan satu golongan dimana mereka hanya menutup kemaluan mereka dengan menggunakan kain-kain perca yang koyak rabak,kemudian mereka makan makanan yang busuk,berduri serta menelan batu-batuan daripada batuan api neraka.Nabi meneruskan lagi pertanyaannya kepada Jibrail,maka JIbrail a.s. menjawab, “Mereka inilah orang yang tidak mengeluarkan zakat setelah cukup syarat dan khaul.
Setelah Jibrail a.s. menjawab pertanyaan Nabi,Nabi melalui satu golongan manusia dimana dihadapkan dihadapan mereka ada dua bekas penuh berisi daging.Satu bekas daging yang elok serta enak untuk dimakan,dan satu bekas lagi berisi daging yang mentah,kotor lagi busuk.Namun,mereka ini memilih untuk makan daging daripada bekas yang kedua,mentah,kotor serta busuk.Lalu Jibrail mengkhabarkan,inilah seksaan dan balasan bagi mereka dari kaum lelaki dan wanita yang telah mempunyai pasangan yang halal lagi baik,namun mereka ini berzina dengan pasangan yang haram lagi berdosa buat mereka.Kemudian Nabi dipertontonkan dengan satu golongan yang mengangkat bebanan dibahu mereka,namun mereka tidak mampu mengangkatnya sebaliknya mereka menambah lagi bebanan tersebut,maka Jibrail memberitahu kepada baginda, “Inilah balasan bagi mereka yang tidak mampu memikul amanah,namun mereka tetap memikul amanah itu”..
Astagfirullah~~~~~~~~~~~
Ikwah akhawat ahibbah,
Nabi Allah,Muhammad s.a.w meneruskan lagi perjalannya,seterusnya Nabi di perlihatkan oleh Allah satu kaum dimana mereka menggunting bibir dan lidah mereka sendiri menggunakan gunting yang diperbuat dari bahan api neraka.Setiap kali bibir dan lidah tersebut terpisah dari bahagiannya,maka,akan bercantum kembali.Nabi bertanya lagi, “Wahai Jibrail,apakah seksaan dan balasan mereka ini?”,maka Jibrail menjawab, “Mereka inilah golongan yang suka menabur fitnah”.Seterusnya,Nabi tiba di suatu lembah yang bertiupan angin yang dingin,mengeluarkan bauan yang harum lagi wangi.Jibrail mengkhabarkan bahawa inilah dia gambaran syurga Allah bagi mereka yang taat akan perintah-Nya.Namun,tidak jauh dari situ,nabi merasa tiupan angin yang panas,serta mengeluarkan bauan yang busuk lagi sakit menghidunya.Lalu Jibrail mengkhabarkan,inilah dia gambaran neraka Allah bagi mereka yang ingkar dari melaksanakan sedala perintah-Nya.
Kemudian nabi mendengar satu suara dari sebelah kanan baginda dan menyeru, “Hai Muhammad,aku hendak bertanya kepadamu”,namun nabi tidak mengindahkan suara tersebut.Maka Jibrail berkata, “Inilah seruan dari yahudi,sekiranya tuan berhenti,maka ummat tuan akan menjadi seperti orang yahudi.Nabi mendengar lagi seruan yang sama dari sebelah kiri baginda pula,nabi turut tidak mengendahkan seruan tersebut,maka Jibrail menjawab, “Inilah seruan dari kaum nasrani,sekiranya tuan berhenti,maka ummat tuan akan menjadi seperti kaum nasrani.Nabi meneruskan lagi perjalannya,kali ini nabi lihat seorang wanita menyinsing lengan bajunya maka terlihalah segala perhiasan di tangannya,namun nabi tidak mengindahkan wanita tersebut.Maka Jibrail memberitahu bahawa itulah dunia.Sekiranya tuan berhenti,maka ummat tuan akan memilih dunia dari akhirat.
Nabi Allah Muhammad meneruskan perjalanannya,namun pada kali ini,Nabi berhenti di suatu tempat dan malaikat jibrail meminta agar baginda menunaikan solat sunat 2 rakaat di situ.Maka setelah baginda selesai menunaikan solat sunat,Jibrail mengkhabarkan bahawa tempat ini bernama Taif(Madinah),Nabi meneruskan lagi dan tiba di suatu tempat,maka malaikat Jibrail meminta agar nabi solat sunat di situ pula,maka setelah selesai,Jibrail mengkhabarkan bahawa tempat ini bernama Madyan dimana terdapatnya pohon Nabi Allah Musa a.s..Seterusnya,Nabi berhenti lagi di tempat yang lain dan Malaikat Jibrail meminta agar nabi solat sunat di situ,maka setelah selesai,jibrail mengkhabarkan bahawa inilah tempat yang bernama Baitul Laham di mana kelahiran Nabi Allah Isa a.s.
Akhirnya,Nabi Allah,Muhammad tiba diMasjidil Aqso.Maka di tambatnya haiwan tunggangan Burok tersebut di mana nabi-nabi sebelumnya menambat haiwan mereka.Maka,Nabi Muhammad masuk ke dalam masjd dan solat sebanyak dua rakaat.Setelah selesai menunaikan solat,Nabi Muhammad s.a.w keluar dari masjid,namun,baginda berasa begitu dahaga.Maka,Jibrail membawa dua bekas bejana.Salah satu dari bekas tersebut di isi dengan arak dan satu bekas lagi berisi susu.Lantas,Nabi memilih bekas berisi susu lalu meminumnya.Maka Jibrail mengkhabarkan bahawa sekiranya Nabi memilih arak tadi,maka seluruh ummatnya akan menghadapi kesusahan.
Seterusnya,Malaikat Jibrail meminta Nabi agar pergi di sebalik batu besar tersebut dan memberi salam kepada penduduk tersebut.Maka,nabi pergi mellihat apa yang berada disebalik batu besar tersebut dan melihat ramai wanita yang cantik,baik, bersih lagi berseri.Lantas Nabi memberi salam kepada mereka dan bertanya, “Siapakah kalian semua ini?”,Maka mereka menjawab, “Kamilah wanita yang baik,cantik dan isteri bagi mereka dari kalangan orang yang baik dan soleh serta kami akan tetap berada disini dan tidak akan mati menanti pasangan kami”..
Alhamdulliah,inilah sebahagian peristiwa yang dipertontonkan oleh Allah sewaktu perjalanan Nabi Allah Muhammad menunggangi Burok diiringi Malaikat Jibrail a.s.Insya-Allah,ana akan sambung kembali peristiwa serta gambaran yang diperlihatkan kepada badinda dalam perjalanana baginda dari Masjidil Aqso naik untuk ke langit bertemu dengan Maha Pencipta,Allah Rabbul Jalil di post yang akan datang.
Jazakallah,Barakallah a’laikum..
Wassalam..