Pages

Monday, March 14, 2011

SETEGUH IMANMU...






              Assalamualaikum w.b.t..Alhamdulillah..ana dapat lagi menulis.Namun,ana akui,dalam diri ini,mula malas untuk menulis.Ana gagahkan juga walaupun badan ini mula keletihan,namun,mudah-mudaha cerpen pendek ana ini  dapat memberikan manfaat kita bersama.Tapi,ana cerita pendek sahaja pada kali ini.Ana mulakan ye..Mudah-mudahan,kita dapat mengambil manfaatnya..

Ikwah akhawat ahibbah,

              ZUNAIRAH…Zunairah adalah seorang hamba kepada Abu Jahal yang terkenal dengan sifatnye menetang ajaran Rasulullah s.a.w.Zunairah juga adalag salah seorang seri kandi islam yang telah berjaya dalam mempertahankan keteguhan iman sewaktu tuannya,Abu Jahal mula mempengaruhi agar kembali kepada agama nenek moyang mereka.Kerana keyakinannye jugalah,Zunairah telah dihukum dengan begitu teruk sekali oleh tuannye,Abu Jahal.

               Pada suatu hari,Abu Jahal berdiri dihadapan semua hambanya dalam keadaan marah lalu bertanya kepada Zunairah..

“Benarkah kamu telah menganut agama  islam yang di bawa oleh Muhammad?..tanya Abu Jahal kepada Zunairah..

“BENAR!!!Aku percaya pada seruan dan ajaran Muhammad,kerana itulah,aku ikut akan siruhannya”..Jawab Zunairah dengan lantangnye.

       Walaupun beliau seorang hamba,namun beliau berani berkata sedemikian di badapan tuannye kerana keteguhan dan kepercayaannye dengan agama islam yang di bawa oleh Muhammad.Abu Jahal masih tidak berpuas hati,lalu bertanya kepada kawan-kawan Zunairah yang lain yang juga hamba-hambanya.

“Wahai hamba-hambaku,apakah kamu semua mengikuti seruan Muhammad?..tanya Abu Jahal kepada hambnya yang lain..

“TIDAK!!!”..jawab mereka dengan lantang sekali..

“Engkau lihat Zunairah,sekiranya ajaran yang di bawa Muhammad itu adalah benar,sedah pasti mereka semua ikut terlebih dahulu dari engkau”..kata Abu jahal kepada Zunairah yang juga cube untuk mempengaruhi Zunairah..Walaupun apa jua yang cuba dikatakan oleh Abu Jahal dan kawan-kawannya,namun tidak sedikit pun menggugat keteguhan iman Zunairah.Lalu,Abu Jahal mengambil keputusan yang zalim  lalu memikul Zunairah dengan kejam sekali sehingga matanya cedera dan buta.Melihat mata Zunairah yang telah buta,lalu Abu Jahal cuba memujuknya dan berkata..

“Wahai Zunairah,mata kamu buta akibat kamu masuk islam,matamu pasti akan kembali pulih sedia kala apabila kamu kembali dam tinggalkan agama Muhammad itu..”

    Zunairah begitu marah dengan apa yang dikatakan oleh Abu Jahal .Dengan lantang zunairah bersuara: “Kamu semua adalah pembohong dan bodoh!!!Lata dan Uzza adalah berhala yang tidak boleh berbuat apa-apa”..

    Abu Jahal mertambah marah dengan kata-kata yang diucapkan oleh Zunairah.Maka,dengan sepuas-puasnya Abu Jahal bersuara: “Apa yang kamu katakana Zunairah!!!Apa kamu lupa kepada Latta dan Uzza sembahan nenek moyang kita dahulu.Apa kamu tidak takut jika mereka semua murka kepadamu?Baik engkau tinggalkan agama Muhammad segera..”.

“Wahai Abu Jahal,sebenarnya Latta dan Uzza itu buta.Lebih buta dari mataku akibat dari siksaanmu.Meskipun mataku buta,pasti tidak menjadi kepayahan dan kesusahan bagi tuhanku Allah mengembalikan penglihatanku seperti sedia kala..tidak seperti tuhanmu yang tidak mampu berbuat apa-apa”..Zunairah bersuara..

    Disebabkan keteguhan imannya yang mantap,dengan kekuasaan Allah,mata Zunairah pulih seperti sedia kala pada keesokan harinya.Abu Jahal yang menyaksikan peristiwa itu berasa sangat hairan.Namun semuanya itu tidak sedikitpun memberi kesan kepada Abu Jahal.
Abu Jahal masih tidak berpuasa hati.Lebih-lebih lagi,setelah melihat mata Zunairah pulih kembali.Lalu,Abu Jahal memeruskan lagi penyeksaan terhadap Zunairah sehingga sampai ke pengetahuan Saidina Abu Bakar,yang juga sahabat rapat Nabi Muhammad s.a.w.Setelah Saidina Abu Bakar menegetahui akan perkara tersebut,lalu,beliau pergi berjumpa dengan Abu Jahal untuk membeli Zunairah.Maka,Abu Jahal menyetujui untuk menjual Zunairah kepada Saidina Abu Bakar.Setelah Saidina Abu Bakar membeli Zunairah,lalu dibebaskan Zunairah dan kini beliau sudah menjadi seoranh yang merdeka

Ikwah akhawat ahibbah,

    Begitulah secara ringkas yang ana dapat ceritakan dalam cerpen ana pada kali ini..Mudah-mudahan,dapat memberikan manfaat buat kita bersama.Ana akhiri dengan kata-kata dari Dr A'idh Bin Abdullah Al-Qarni.
            
      "Kenikmatan dunia berada dalam kesihatan,kenikmatan masa muda berada dalam semangat,Kemuliaan berada dalam Taqwa,Kehormatan berada dalam harta,dan keperibadiaan yang baik berada dalam Kesabaran diri"..

Barakallah A’laikum..


No comments:

Post a Comment