Pages

Monday, March 7, 2011

GOLONGAN YANG MASUK SYURGA TANPA DI HISAB...




Assalamualaikum w.b.t..Syukur Alhamdulillah,kita berjumpa lagi di post yang seterusnya.Selawat serta salam tidak dilupakan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw,para syuhada’,tabi’ tabi’in,serta seluruh umat islam yang berjuang menegakkan syiar ilahi.

Ikwah Akhawat Ahibbah,

      Pada kali ini ana ingin berkongsi ilmu dengan antum semua  mengenai kisah golongan yang masuk ke syurga tanpa sebarang hisab.Subanallah..Best nye..!!!

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
                    “Apabila datang hari kiamat nanti,maka di datangkan 4 golongan yang akan masuk kesyurga tanpa sebarang hisab dan siksa,mereka ialah:

(1)    Orang alim yang mengamalkan ilmunya

(2)    Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan hajinya

(3)    Orang yang mati syahid di dalam peperangan

(4)    Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakannya di jalan Allah tanpa riya’.  

Ketika 4 golongan ini merebut-rebut hendah masuk ke syurga,lalu Allah memerintahkan Jibrail A.S
menghakimi mereka agar kesemuanya dapat masuk.  

Maka berkata Jibrail A.S kepada orang yang mati syahid dahulu..”Apakah yang kamu lakukan ketika didunia sehingga kamu hendak sekali masuk ke syurga?
Berkata orang yang mati syahid tadi..”Aku telah terbunuh dalam peperangan kerana mencari keredaaan
Allah”..

Malaikat Jibrail bertanya lagi..”Dari siapakah kamu mengetahu perkara ini?

Orang yang mati syahid menjawab:”Aku mendengar perkara ini dari ulama’..

Kemudian JIbrail berkata : “Jagalah kesopanan mu dan janganlah kamu mendahului dari alim ulama’..

Kemudian Jibrail bertanya pula kepada orang yang mengerjakan haji..”Apakah yang kamu lakukan ketika
dunia sehingga kamu hendak sekali masuk ke syurga?

Orang yang berhaji tadi menjawab:”Aku telah menunaikan haji semata-mat mencari keredaan Allah..

Kemudian Jibrail bertanya lagi:”Dari siapakah yang telah memberitahu mu tentang pahala haji?

Orang  yang berhaji tadi menjawab:”Aku mendengarnya dari alim ulama’..

Berkata lagi Jibrail kepada orang yang menunaikan haji tadi:”Jagalah kesopanan mu,janganlah kamu mendahului dari guru yang mengajarmu”..

Jibrail bertanya pula kepada si penderma:”Apakah yang membuatkan engkau hendak sekali masuk ke syurga?

Si penderma tadi menjawab:”Aku menderma semata-mata mencari keredaan Allah”

Jibrail berkata lagi:”Dari siapakah engkau mengetahui perkara ini?

Si Penderma tadi menjawab: Aku mendenagarnya dari alim ulama’..

Maka Jibrail berkata lagi:”jagalah kesopananmu,janganklah kamu mendahului dari gurumu..
Kemudian orang alim berdoa..”Ya Tuhanku,tidaklah boleh aku menghasilkan ilmu kecuali dengan sikap kasih saying  dermawan tersebut dan kebaikan orang yang menderma itu..”

Lalu Allah berfirman ynag bermaksud:”Telah benat kata si alim itu,Wahai Ridwan,bukalah pintu syurka supaya si dermawaan itu boleh masuk kesyurga dahulu.Lalu lasuklah si dermawaan tersebut ke dalam syurga dan di ikuti orang yang lain..

Subhanallah..Harta yang banyak memberikan manfaat kepada tuannya..

Benarlah akan sabda Junjungan Besar Nabi Muhammad saw yang bermaksud:”Jadilah engkau orang yang alim(orang yang mengajar) atau orang yang belajar atau orang yang mendengar pelajaran…

Nabi bersabda lagi,”Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan kepada keturunan anak-anak Adam 8 perkara,dan 4 perkara bagi penghuni SYURGA:

(1)    Wajah yang manis dan berseri-seri
(2)    Tutur kata yang sopan
(3)    Hati yang bertaqwa kepada Allah
(4)    Tangan yang dermawan

(1

4 perkara lagi bagi penhunu neraka:

(1)    Muka yang muram
(2)    Tutur kata yang keji
(3)    Hati yang engkar
(4)    Tangan yang kedekut (Bakhil

Sabda Rasulullah saw yang bermaksdu:”Sendi tegaknya dunia adalah di sebabkan 4 perkara:

(1)    Denga berilmunya para ulama’
(2)    Dengan keadilan orang yang menjadi pemerintahan
(3)    Dengan doa orang yang dermawan
(4)    Dengan doa orang yang fakir..

Alhamdulillah..Mudah-mudahan,perkongsian ana ini dapat memberikan manfaat buat kita bersama..Barakallah a’laikum..


No comments:

Post a Comment