Pages

Saturday, March 12, 2011

KENAPA WAJAHMU MURAM YA RASULULLAH...?

        


           Assalamualaikum w.b.t..Alhamdulillah,kita berjumpa lagi di post kali ini.Sebelum itu,mari kita sama-sama merenung kembali kehidupan kita yang telah kita lalui sebelum ini.Mudah-mudahan,semua amalan dan amalan kita di terima-Nya.

Ikwah akhawat ahibbah,

       Pada kali ini,seperti biasa,ana akan bercerita secara ringkas ,mengenai satu kisah yang begitu menggemparkan dalam sejarah islam.Nak tahu apa?Bacanye…Mudah-mudahan,memberikan manfaat kita  bersama..

       Peristiwa ini berlaku sewaktu peperangan salib di antara tentera islam dam tentera kristian.Dalam peperangan ini,kemenangan saling silih berganti antara kedua pihak.Kesemua tentera islam berusaha keras bagi memastikan kejayaan islam dalam peperangan ini.Dan diwaktu peperangan inilah,ramai tentera islam berlumba-lumba untuk mati syahid.Kesemua kerajaan islam memberikan sokongan dan dorongan agar tentera islam mencapai kemenangan.Tidak terkecuali,ramai panglima perang islam tutut serta dalam peperangan ini seperti Salahuddin Al-Ayubi.Dalam peperangan ini juga,terdapat seorang pemimpin yang bernama Sultan Nuruddin Zangki yang berketurunan kurdi.Beliau seorang pemimpin yang wara’,alim dan adil sehingga mendapat gelaran ‘Malikul Adil’.Pada waktu malam,beliau tidak sesekali meninggalkan untuk bersolat tahajjud dan berzikir.Pada sebelah siangnya pula,beliau tidak lali untuk berpuasa sunat,berwirid di sepanjang hari.Beliau jugalah yang telah memberi laluan kepada seorang panglima islam untuk membebaskan bumi Palastin,iaitu Salahuddin Al-Ayubi.

Ikwah akhawat ahibbah..

          Beliau juga sentiasa dalam keadaan tenang dan gembira.Ini kerana,beliau pernah bermimpi bertemu dengan Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w dan kelihatan wajah baginda gembira sekali yang menunjukkan bahawa perjuangan kaum muslimin dibawah pimpinannya akan Berjaya.

         Namun,selang beberapa malam,beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah lagi.Namun,pada kali ini,wajah Rasulullah s.a.w kelihatan muram sekali.Beliau begitu bimbang sekali apabila melihat wajah Rasulullah sedemikian.Lantas beliau terus terjaga dari tidurnya.Beliau termenung apabila mengingat kembali mimipinya tadi.Beliau melihat seseolah Rasulullah memangilmya dan berkata: ‘Bebabskan aku dari 2 orang itu’.Beliau dapat melihat wajah rasulullah s.a.w denagn begitu jelas sekali dan muram serta rupa bentuk 2 orang lelaki yang Rasulullah sebutkan dalam mimpinya.Beliau bimbang sekali sehingga para menterinya menyedari akan sikapnya.

        Hampir seminggu beliau memikirkan akan peintiwa yang berlaku dalam mimpinya.Tiba-tiba,mimpi tersebut berulang lagi.Wajah Rasulullah sama seperti dalam mimpinya sebelum ini.Wajah Rasulullah s.a.w begitu muram.Dalam mimpinya pada kali ini,Rasulullah s.a.wmemanggil beliau dan berkata..:’Kenalilah aku dan bebaskanlah aku dari 2 orang itu’..Beliau terkejut sekali,lantas,beliau bangun dan menagmbil wuduk untuk bersolat serta berzikir.Ketika sedang leka di buai mutiara zikir,beliau tertidur dalam keadaan duduk.Dalam lenanya dengan keasyikan berzikir,mimpi tersebut berulang lagi.Wajah Rasulullah kelihatan muram dan  tersedar dari mimpinya.

‘Sudah tiga kali aku bermimpi yang sama.Syaitan tidak boleh menyerupai Wajah Rasulullah,apa sebenarnya yang berlaku ini?’..(Hatinya berbisik)..

Beliau mengambil keputusan untuk berjumpa dengan seorang menterinya yang sememangnya wara’ dan amanah itu Jamalidin Al-Mushly.Setelah selesai solat subuh,menteri yang wara’  dan amanah tadi berjumpa dengannya.Lalu beliau menceritakan akan mimpinya tadi dan meminta memterinya itu,Jamaluddin agar memberitahunya serta menafsirkan akan mimpinya tadi.

‘Ada rancangan jahat jahad dari oran tertentu terhadap Rasulullah s.a.w.Dan Tuankulah yang diberi pertunjung untuk menggagalkan rancangan tersebut’..:Jamaluddin memberitahu kepadanya.

‘Apa yang perlu aku lakukan?..:Tanya raja tadi kepada Jamaliddin.

‘Tuanku ergilah bersiap dan pergilah ke Madinah Al-Minawwarah dan berdoalah banyak-banayk disana.Mudah-mudahan di beri petunjuk’..:kata Jamaluddin kepadanya.

       Lalu bergagaslah rombongannya ke Madinah Al-Munawwarah.Ketika rombongannya tiba di sempadan Madinah,Jamaluddin memberitahu agar beliau bersuci dahulu dan bersolat di masjid Quba’.Masjid yang dibina sendiri oleh Baginda Rasulullah s.a.w.Setelah selesai bersucu dan solat di masjid Quba’,beliau menuju ke sebuah taman yang bernama Raudhah dan berdoa sebanyak banyaknya di situ.Sewaktu mereka leka dalam doa,mereka merasai bahawa mereka berada di alam yang lain lalu di tinggikan tangannya menadah untuk meminta pertunjuk akan mimpinya.Akhirnya,beliau mendapat petunjuk lantas meminta Gabenor Madinah menghadapnya.Beliau memberitahu agar baliau ingin berjumpa dan bersalaman  dengan kesemua penduduk Madinah.Lantas,gabenor Madinah tersebut menyurug agar kesemua penduduk berkumpul kerana ada seorang raja ingin berjumpa dengan mereka semua dan bersalaman dengan mereka semua.

Ikwah Akhawat ahibbah..

      Ketika sedang bersalam dengan kesemua penduduk Madinah,mata beliau meliyar kesemua arah seakan-akan mencari 2 orang pemuda yang dugambarkan dalam mimpinya.Beliau sememamngnya ingat akan beutuk tubug 2 orang yang Rasulullah s.a.w mintadi sekamatkan.Namun,setelah selesai bersalam,beliau tetap tidak menjumpai 2 orang pemuda yang dalam mimpinya lantas bertanya kepada gebenor Madinah tadi..

‘Adakah engkau pasti kesemua penduduk Madinah telah bersalaman denganku kesemuanya?’..

‘Insya-Allah,kesemuanya telah bersalaman denagn tuanku’..:jawab gabenor Madinah tadi.

Tiba-tiba,salah seorang dari menteri dari Madinah tadi kehadapan lalu berkata:

     ‘Ada dua orang lagi yang belum bersalaman denagn tuanku.Mereka sememamgnya alin,wara’ dan dermawan’..

     Lalu,beliau meminta agar di jemput 2 orang tadi.Alngkah terkejutnya,mereka berdualah pemuda yang berada dalam mimpinya.Namun,beliau hairan,cara pemakaiannya begitu sempurna dan menggambarkan kealimannya dan kewarakannya.Namun,kenapa Rasulullah s.a.w meminta agar diselamatkan dari dua orang ini.

    Setelah selesai bersalam dengan dua orang tadi,lalu,beliau berkata kepada Jamaluddin..
Mereka berdualah yang berada dalam mimpiku.Namun,aku hairan akan petunjuk yang aku perolehi?’..

Jamaluddin menjawab: ‘Tuanku ketahuilah,bahawa seseorang yang pada zahirnya menunjukkan baik belum tentu baik hatinya.Mungkin mereka adalah orang yang berpura-pura sahaja.

‘Apa yang perlu aku lakukan?’..Tanyanya kepada Jamaluddin.

‘Kita perlu mengadakan perisikan secara sulit’..jawab Jamaluddin

      Lalu,beliau mengambil keputusan untuk mengadakan rumah terbuka dam diminta agar kesemua penduduk Madinah Al-Munawwarah untuk menghadidinya.Lantas,hari yang di tunggu tiba juga.Kesemua  penduduk Madinah Al-Munawwarah hadir kemajlisnya termasuk 2 orang tadi yang di jemput sebagai tetamu terhormat.Ketika kesemua peududuk Madinah menghadiri majlis rumah terbuka tersebut,beliau dan pengikutnya pergi kerumah 2 orang pemuda tersebut dan kelihatan tidak ada yang mencurigakan.Segala isi yang ada dalam rumahnya seperti rumah penduduk lain.Namun,ketika beliau hendak keluar dari rumah tersebut,beliau tertarik dengan sebuah permaidani yang cantik.Setentunya mahal permaidani ini.Ketika beliau membelik-belik permaidani tersebut,beliau terkejut,di bawah permaidani tersebut ada beberapa potong kayu untuk menutup lubang.Lantas,beliau berasa hairan dan mengarahkan pengikutnya melihat.Alangkah terkejutnya,salah seorang pengikutnya memberitahi bahawa lubang tersebut sememangnya menghala ke Makam Rasulullah.Beliau terkejut sekali dan beliau beranggapan bahawa ini adalah percubaan untuk mencuri jasad Rasulullah.Lanstas,beliau dengan tegas memerintahkan agar menangkap kedua-dua orang tersebut.
Setelah kedua-dua pemuda berada di hadapannya,lantas berkata..: ‘Apa sebenarnya rancanagn kalian berdua?’..






      Salah seorang dari mereka berkata:’Kami di tugaskan untuk mencuri jasad Rasulullah.Di siang harinya kami berpura-pura sibuk beribadah,di malam harinya pula,kami sibuk menggali lubang”..
Raja Nuruddin dengan marahnya menyuruh kedua-dua pemuda tersebut di hadapkan kemahkamah dan di jatuhkan hukuman mati..Akhirnya,beliau bersyukur kepada Allah yang memberikan petunjuk agar jasad Rasulullah s.a.w terus terjaga.

    Alhamdulillah..Selesai sudah.Ketika ana menulis cerita ini,kerinduan ana kepada bumi Madinah kembali menyelubungi perasaan ana.Mudah-mudahan,satu hari nanti,ana dapat juga untuk pergi kesana.Semoga cerpen pendek ana yang serba ringkas ini memberikan manfaat buat kita bersama.Ana akhiri cerpen ana dengan kata-kata dari Dr A’idh Bin Abdullah Al-Qarni..
   
       “Ibadah adalah kebahagian,kesolehan adalah keberhasilah,dan sesiapa yang banyak beristihfar,berdoa,maka dialah dianata ciri-ciri orang yang soleh”..




Jazakalallh..


No comments:

Post a Comment