Assalamualaikum w.b.t..ikwah akhawat ahibbah..pada kali ini,seperti biasa,ana akan bercerita ringkas agar antum semua mudah dan cepat memahami.
Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa’ juzuk 4 ayat 63 yang bermaksud:
“Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya dia ditaati dengan izin Allah dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.:”..
Ikwah Akhawat ahibbah..
Pada kali ini,ana ingin bercerita mengenai seorang pemuda yang pada mulanya taat sekali kepada ibu nya,namun setelah beliau bernikah,perilaku dan tanggungkawabnya kepada ibunya semakin di abaikan kerana melebihkan isterinya sehinggakan ibunya kecik hati akan perlakuannya kepadanya.
“aduh,sakitnya~~~”..Itulah rintihan Al-Qomah ketika sedang sakit..”Ibu~~~”....Ibu~~~”…Ibu~~~”..itulah ucapan yang kerap kali di ucapkan..Isterinya begitu resah akan sakit yang menimpa suaminya sehingga berita tersebut sampai kepengetahuan bapanya.Pada sebelah paginya,Bapa mertua Al-Qomah bersama beberapa sahabatnya datang untuk menziarahinya.Alangkah terkejutnya apabila bapa mertuanya dan sahabatnya mendapati seakan Al-Qomah sedang menghadapi sakaratulitul maut(nazak)..Bapa mertuanya begitu sedih sekali melihat keadaan menantunya Al-Qomah.
Salah seorang sahabat bapa mertuanya mencadangkan agar bertemu Rasulullah untuk mengadu perkara tersebut.Setelah Rasulullah saw mendengar perkara yang berlaku,Rasulullah saw menanyakan akan perihal ibunya.Sahabat bapa mertuanya berkata:” Semenjak Al-Qomah berkahwin,beliau jarang sekali menunaikan tanggungjawabnya kepada ibunya”.Rasulullah saw menyuruh agar bawa ibunya kemari kerana Rasulullah ingin berjumpa ibunya.Setelah sampai di rumah ibu Al-Qomah,sahabat tadi pun memberitahu akan hal puteranya Al-Qomah yang sedang sakit sakarat.
”Aku kesini ingin menjemputmu,peteramu sedang sakit”..Ibu Al-Qomah menjawab.”Tidak!!!Aku tidak sudi datang kerumah Al-Qomah”..
Berulang kali sahabat merayu agar sudi menerima jemoutannya untyuk ke rumah Al-Qomah..Namun jawapan yang sama tetap di berikan oleh ibu Al-Qomah.Akhir sekali,sahabar tersebut memberitahu bahawa Rasulullah ingin menjumpanya.Ibu Al-Qomah berasa terkejut sekali dan menerima pelawaan untuk bertemu Rasulullah saw.
Setelah sampai di rumah Rasulullah saw..Nabi ingin sekali mengetahui akan apa sebenarnya yang telah berlaku sepangjang Al-Qomah hidup bersamanya.Ibu Al-Qomah menjawab bahasanya puteranya Al-Qomah telah menyakiti hatinya.Beliau tidak boleh memaafkannya.Salah Seorang sahabat berkata:
”Bukankan Al-Qomah seorang pemuda yang soleh?..Ibunya menjawab:”Al-Qomah seorang pemuda yang soleh dan begitu sayang pada orang tuanya.Namun setelah beliau benikah dan teralalu memperhatikan isterinya sehingga aku ibunya di abaikan beditu saja.”Pada suatu hari,Al-Qomah datang ke rumah ku.Aku begitu gembira sekali.Ketika beliau datang ke rumah ku,pada mulanya beliau memberikan sepersalinan baju padaku yang begitu indah sekali.Aku begiutu menyukainya.Namun,tidak lama setelah aku mencuba pakaian tersebut,Al-Qomah memberitahu bahawa beliau tersalah beri.Pakaian yang indah dan cantik sekali yang aku pakai itu adalah milik isterinya.Kemudian beliau memberikan padaku sepersalinan pakaian yang buruk dan kusam kepadaku.Aku begitu kecewa sekali akan sikanya.
Ibunya memberitahu lagi bahawa sewaktu beliau berkunjung kerumahnya,beliau begitu lapar sekali dan mendapati makanan yang enak telah terhidang di atas meja.Aku meminta izin kepadanya untuk menjamah.Namun,Al-Qomah meminta agar menunggu isteri nya pulang dahulu baru boleh makan.Aku begitu sedih sekali akan sikapnya.
Ikwah Akhawat ahibbah,
Akhir sekali,ibunya mengutuskan sepucuk surat dan di hantar oleh seorang utusan yang ibunya meminta agar surat tersebut disampaikan kepada puteranya Al-Qomah. Setelah utusan tersebut tiba di rumah Al-Qomah, lalu dibaca oleh Al-Qomah..
“Pada hari ini ibu tidak ada sesuatu untuk ibu makan, bolehkah anakda bantu ibu? Berikan lah kepada utusan yang menghantar surat ini agar dapat di berikan kepada ibu..”
Lalu Al-Qomah menjawab : “Wahai utusan ibuku,katakanlah kepada ibuku bahawa duit yang ada pada ku hanya cukup untuk keluargaku sahaja,jika aku ada duit lebih kelak,aku segera akan berikan pada ibuku secara langsung”..
Itulah jawapan Al-Qomah setelah membaca surat ibunya.Begitu terjejut sekali utusan ibunya setelah mendengar jawapan Al-Qomah.Lalu,disampaikan kepada ibu Al-Qomah.Ibu Al-Qomah begitu sedih sekali.
Setelah mendengar kesemua berita sebenar dari mulut ibu Al-Qomah,Rasulullah bertanya lagi,adakah engkau masih marahkan puteramu?.. Ibu Al-Qomah menjawab.”Ya,aku masih marah dan begitu kecewa akan sikap Al-Qomah..Rasulullah dengan tidak teragak-agak,menyuruh para sahabat agar mengumpulkan kayu-kayan untuk membakar Al-Qomah..Ibu Al-Qomah begitu terkejut setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Rasulullah..Lalu,dengan titisan air mata kasih sayang,Ibu Al-Qomah segera memaafkan Al-Qomah..Akhirnya,barulah Al-Qomah berjaya mengucap kalimah syahadah dengan sempurna dan meninggkal dunia dengan mulia atas keampunan dari ibunya.
Begitulah kisah seorang pemuda yang mengabaikan tanggungjawab pada ibunya.Alhamdulillah.Mudah-mudahan cerpen pendek ana ini dapat memberikan iktibar kepada kita bersama.Ana akhiri coretan ana pada kali ini dengan Firman Allah dari surah Al-Isra’ juz 15 ayat 23 yang bermaksud:
“Jangan sesekali engkau mengatakan ‘AH’ kepada orang tuamu dan jangan membentak-bentak mereka.Ucapkalah perkataan-perkataan yang baik di hadapan mereka.”
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Keredaan Allah itu bergantung pada keredaan kedua orang tua dan kemurkaan Allah juga bergantung pada kemurkaan kedua orang tuanya”..
Barakallah A’laikum..
No comments:
Post a Comment