Pages

Thursday, March 17, 2011

KU RINDUKAN SUAPANMU YA RASULULLAH..





          Assalamualaikum ikwah akhawat ahibbah..Kaifa halukum?ana harap kalian semua sihat sejahtera.Pada kali ini,ana nak menulis kisah seorang pengemis yahudi yang buta matanya.Nak tahu selanjutnya,bacaya..

      


        Madinah Al-Munawwarah.Bumi yang sejahtera setelah berjaya di kuasai oleh orang islam.Namun.disebalik kedamaian dan kesejahteraannya,di satu bahagian sudut di Bumi Madinah,terdapat seorang pengemis yahudi yang buta matanya.Beliau bukan sahaja buta,tetapi,sering kali memaki,mencaci dan menghina nabi.Apabila setiap seorang mendekatinya untuk membantunya,pasti dia akan berkata: “Wahai semua yang berada di sekelilingku,janganlah sesekali kalian mendekati seorang lelaki yang bernama MUHAMMAD.Dia itu penipu,gila,pembohong dan juga seorang penyihir.Hati-hati bila bersamanya,jangan sampai terpengaruh dengannya”..Itulah yang sering kali di ucapkan oleh pengemis tadi bilamana orang di sekelilingnya dating untuk membantunya.

   Namun,tanpa dia sedari,Rasulullah sering kali datang padanya untuk menziarahinya serta memberikan makanan kepadanya.Bukan sahaja memberi makanan,malah,dengan jari  jemari baginda sendiri,baginda menyuapkan pengemis yahudi tadi.Setiap hari baginda datang untuk membantu dan menyuapkannya sehingga menjelang baginda menghempbuskan nafas terakhirnya.Setelah baginda wafat,maka,tiada lagilah orang yang seringkali datang kepadanya untuk menyuapkannya.

Ikwah akhawat ahibbah,

   Maka,setelah wafatnya baginda,tampuk pemerintahan digantikan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang juga merupakan sahabat  karib baginda.Bukan sahaja sahabat karib,malah,beliau juga bapa mertua baginda setelah Aisyah anak kepada Saidina Abu Bakar menjadi isteri nabi termulia.Pada suatu hari,Saidina Abu Bakar berkunjung kerumah anaknya,saidatina Aisyah lalu berkata: “Wahai puteriku,adakah ada lagi sunnah kekasihku Muhammad yang masih belum aku laksanakan?”…Lalu,Saidatina Aisyah menjawab pertanyaan bapanya: “Wahai ayahku,engkau telah laksanakan segala sunnah kekasihmu,engkau merupakan ahli sunnah yang melaksanakan segala sunnah kekasihmu,namun,masih ada satu lagi yang masih belum engkau laksanakan”..Saidina Abu Bakar bertanya lagi” “Apakah perkara tersebut?katakakan padaku,pasti akan aku laksanakan”..Saidatina Aisyah menjawab: “Setiap pagi,Rasulullah akan pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk disuapkan kepada seorang pengemis buta yahudi yang berada di sana”..Jawab Saidatina Aisyah..

    Lalu,pada kesokan harinya,Saidina Abu Bakar pergi ke pasar sambil membawa makanan untuk di berikan kepada pengemis yahudi yang buta tadi.Walaupun Saidina Abu Bakar mendengar pengemis tersebut mencaci,menghina nabi,namun,saidina Abu Bakar tetap mendatangi pengemis tadi.Ketika Saidina Abu Bakar menyuapkan makanan tersebut kepada pengemis tadi,lalu pengemis itu bertanya..

“Siapakah engkau?”..

Saidina Abu Bakar menjawab: “akulah orang yang biasamenghantar makanan kepadamu”..

Pengemis tadi berkata dengan marah sekali: “Engkau tipu!!!,Orang yang selalu memberikan aku makanan,sebelum dia meyuapkan aku makanan yang di bawa,dia terlebih dahulu menghancurkan makanan tersebut dengan mulutnya,baru disuapkan kepadaku”..

    Mendengar akan perkara tersebut,lalu,Saidina Abu Bakar menangis sambil berkata: “Adakah engkau tahu,orang yang sentiasa menghancurkan makanan tersebut sebelum engkau menjamahnya telah wafat,dialah orang yang sentiasa engkau caci,engkau maki dan engkau hina,dialah Muhammad”..Setelah mendengar akan perkara tersebut,lalu,pengemis tadi menitiskan air matanya sambil berkata: “Benarkah kata-katamu?selama ini,aku mencaci,memaki dam menghina orang yang sentiasa menuapkan aku,namun,tidak sekalipun memarahiku,malah,tidal sakali lupa mendatangiku dan memberikan aku makanan”..Akhirnya,setelah pengemis tadi mengetahui perkara tersebut,dia terus mengucapkan kalimah syahadah dam masuk agama islam lantaran kagum dan mulianya akhlak yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w walaupun kepada orang yangmemusuhinya…

    Alhamdulillah..Ana memohon maaf sekiranya cerpen ini  ringkas sangat.Ana harap,semoga cepen yang akan datang,ana akan tulis lebih terperinci sedikit.Ana Akhiri cerpen ana dengan hadith yang diriwayatkan oleh Imam bukhari dan Muslim:
   
   “ Rasulullah s.a.w bersabda: Bukanlah yang gagah perkasa itu seorang yang mampu merebahkan orang lain,tetapi sebenarnya orang yang gagah perkasa itu adalah orang yang mampu mengawalnya ketika marah”..

Barakallah a’laikum..Jazakallah..


No comments:

Post a Comment