Aku kini telah sedar,
Luasnya mataku kau bukakan,
Tidak mampu aku toleh sedikit ke kanan,
Tampak besar kelopakku,
Namun tiada sinar harapan,
Yang ada hanya kegelapan,
Walaupun mataku punyai jurang yang teramat.
Aku telah sedar mata dalam hati,
Hatiku mungkin telah mati,
Yang ternyata bila aku telah sedar,
Aku menjadi hambar lalu pudar,
Kerana aku tak lagi tegar,
Aku harap akan terus-terusan sedar.
Bila aku telah sedar,
Mungkin kesabaranku sudah ranap,
Bila semua harapan yang aku harap,
Lemah tertiarap,
Dibawa terus kelautan dalam,
Binaan masa silam,
Namun harap aku takkan tenggelam
Mungkin tiada siapa fahami citraku,
Membuka mata namun ingin waktu,
Bagi kisah yang sedikit membunuhku...
No comments:
Post a Comment