Pages

Sunday, March 20, 2011

AMPUNKAN AKU...!!!!!



     Assalamualaikum w..b.t..Alhamdulillah..ikwah akhawat ahibbah,pada kali ini,ana akan menulis sebuah cerpen yang mengisahkan seorang lelaki pada awalnya seorang yang miskin,begitu taat dalam ibadahnya kepada Allah berubah menjadi seorang yang sombong dan kufur setelah menjadi seorang yang kaya raya.

   Cerita ini berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w.Lelaki tersebut bernama Tsa’labah bin Hatib yang berasal dari kalanagan ansar.Setiap  hari beliau mencari rezeki dengan mengembala seekor kambing peliharaannya.Beliau hidup dalam keadaan miskin sekali,namun,beliau seorang yang sangat rajin beribadah,tidak pernah meninggalkan solat berjemaah bersama Rasulullah s.a.w.Namun, pada  diri beliau terdapat satu sikap yang sangat ganjil sehingga Baginda Rasulullah s.a.w perasan dakan sikapnya ini.Rasulullah s.a.w bertanya kepada Tsa’labah:

“Wahai Tsa’labah,mengapakah engkau terburu-buru untuk pulang kerumah setelah selesai solat sehingga tidak sempat untuk berdoa dan berzikir?”..

     Dengan penuh kejujuran,Tha’labah menjawab pertanyaan Rasulullah s.a.w.: “Wahai kekasih Allah,sebenarnya aku hanya ada satu helai kain sahaja untuk digunakan beribadah kepada Allah,jadi setelah aku selesai solat,aku perlu bergegas pulang untuk isteriku pula gunakannya”..

    Itulah jawapan Tha’labah kepada Rasulullah s.a.w.Barulah Baginda ketahui bahawa rupa-rupanya kehidupan Tha’labah yang terlalu miskin menyebabkan dia tidak mampu untuk membeli walaupun sehelai kain buat isterinya.Beliat terpoaksa bergilir-gilir menggunakan kain tersebut untuk menunaikna solat.
Akibat hidupnya terlalu miskin,beliau telah berjumpa Rasulullah s.a.w dan berkata:

    “Ya Rasulullah s.a.w,doakanlah aku agar diberikan rezeki yang banyak”..
Mendengar permintaat itu,lalu Rasulullah s.a.w menjawab: “Apakah gunanya rezeki yang banyak wahai tha’labah?..Apakah  untuk bermewah-mewah atau membazir?..Bukankah rezeki yang sederhana itu lebih baik dan berkat?..Bukannya mudah menjadi seorang yang kaya.bila sudah menjadi kaya,akibatnya terallu sebuk untuk menguruskan harta sehinggan solat akan menjadi tidak khusyuk dan akhirnya harta benda itu akan lebih kamu sayangi daripada Allah”..

     Begitulah peringatan Rasulullah s.a.w kepada Tha’labah.Tha’labah hanya mendiamkan diri setelah mendenagr peringatan dan jawapan Rasulullah s.a.w.Namun hatinya begitu ingin untuk memiliki harta yang banyak.Beberapa hari kemudian,Tha’labah datang bertemu lagi dengan Rasulullah s.a.w dan bertanya lagi: 

   “Ya Rasulullah,doakanlah aku memperolehi rezeki yang banyak”..Rasulullah s.a.w  tetap memberikan nasihat: “Dulu sudah aku katakana bahawa harta kekayaan akan menysahkan engaku dan banyak keburukannya.Sekiranya aku mahu,aku boleh b erdoa agar gunuing ganang menjadi emas,padang pasir menjadi intan permata.Namun itu semua tidak ada gunanya.Harta kekayaan tidak akan kekal dan tidak boleh menjadi bekalan untuk dibawa keakhirat”..Itulah jwapan Baginda dan Tha’labah hanya mendiamkan diri walaupun keinginan untuk memiliki harta yang banya tidak pernah –padam dalam dirinya.

    Beberapa hari kemudian,Tha’labah berjumpa lagi dengan Rasulullah s.a.w dan menanyakan soalan yang sama.Namun,pada kali ini Tha’labah memberitahu Rasulullah s.a.w bahawa sekiranya dia menjadi kaya,dia kan mendirikan Baitulmal di merata tempat untuk para musafir,mambantu anak-anak yatim,membina rumah sakit tanpa mengenakan sebarabg bayaran serta medirikan banyak masjid dan akan menggunakan rezeki yang Allah berikan denagn sebaik-baiknya.Itulah yang dikatakan oleh Tha’labah dihadapan baginda.Mendengar akan apa yang diperkatakan oleh Tha’labah,lali baginda terus berdoa:

   “Ya Allah,berikanlah Tha’labah rezeki yang sebanyak-banyaknya”…
Doa Rasulullah ternyata diperkenankan.Maka,kambing Tha’lah bah telah membiak dengan banyaknya sehingga memenuhi setiap padang dan lembah.Kehiduoan Tha;labah telah jauh berubah.Asalnya seorang yang papa kedana,miskin,akhirnyan menjadi serang yang sangat kaya dan mula sibuk akan menguruskan harta-hartanya.Kesibukan Tha’labah dalam menguruskan hartanya menyebabkan beliau semakin tidak sempat untuk kemasjid dan berjemaah bersama-sama Rasulullah s.a.w.Hari demi hari,Tha’labah semakin jarang sekali untuk solat berjemaah di masjid sehingga sampai hanya datang kemasjid pada hari jumaat sahaja.Malah,dengan harta yang semakin bertambah,sembahyang jumaat pun tidak dikerjakan lagi oleh Tha’labah.

Ikwah Akhawat ahibbah,

    Tha’labah telah lupa akan kata-katanya kepada Rasulullah s.a.w sebelum menjadi kaya dulu.Tidak satupun kata-katanya kepada Rasulullah ditunaikan.Malah,Tha’labah menjadi seorang yang sangat tamakkan harta.Benarlah kata-kata Rasulullah,akhirnya,Tha’labah menjadi seorang yang sangat cintakan hartanya.Ketika Tha’labah sibuk dengan hartanya,turunkah ayat Al-Quran yang mewajibkan umat islam membanyar zakat harta benda mereka.Maka,Ralullah s.a.w  menghantar utusan keserata pelusuk untuk menjelaskan perkara tersebut.Ramai orang islam patuh akan perintah dan wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w  dan segera mengeluarkan zakat masing-masing.Rasulullah s.a.w tidak juga ketinggalan untuk menghantar utusan kerumah Tha’labah.

     “Apakah aku mesti memberikan binatang-binatang ternakanku sebagai zakat?Ini semua tentu peraturan yang sengaja dibuat oleh Rasulullah kerana tahu aku kini mempunyai haiwan ternakan yang sangat banyak”..Tanya Tha’labah kepada utusan tersebut dengan bongkaknya.Maka,utusan yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w itu menjawab: “Ini  bukan peraturan yang dibuat oleh Rasulullah,tetapi adalah peraturan yang ditetapkan oleh Allah yang disampaikan kepada baginda Rasulullah sebagai wahyu”..

     Tha’labah tetap tidak memperdulikan akan kata-kata tersebut dan memberikan pelbagai alas an agar tidak dikenakan banyar zakat. “Tunggulah dulu,biar aku kira dulu semua hartaku,barulah aku keluarkan zakat”..Itulah diantara jawapan yang diberikan oleh Tha’labah.

Ikwah akhwat ahibbah,

   Berita tentang keenganan Tha’labah untuk membayar zakat sampai kepengetahuan salah seorang sahabatnya.Sahabatnya berkata:

  “Semua orang tahu sekarang engaku telah menjadi kayab raya.Engaku juga telah berjanji kepada Rasulullah s.a.w dan kepada Allah bahawa setelah engkau menjadi kaya,engkau akan gunakan harta tersebut dengan sebaik-baiknya.Tetapi ahirnya engkau ingkar semata-mata kerana tamakkan hartamu.Apakah engkau akan membawa harta dan kambingmu bersama-sama mati?”...Setelah mendengar kata-kata tersebut,Tha’labah berasa takut dan mula insaf.Beliau mulai berasa takut yang teramat sangat.Lalu,dia segera membawa sejumlah kambingnya dan pergi berjumpa Rasulullah s.a.w.

   Ketika Tha’labah berjumpa Rasulullah s.a.w..Baginda bertanya: “Untuk apa semua ini wahai Tha’labah?”..
“Terimalah zakat aku ini Ya Rasulullah s.a.w.”..Jawab  Tha’labah dengan nada merayu memohon belas kasihan kepada Rasulullah..

   Sambil menggelengkan kepala,Rasulullah s.a.w. menjawab..: “Aku tidak boleh menrima zakat wahai Tha’labah.Pintu zakat telah tertutup untuk kamu”..

   Jawapan rasulullah s.a.w cukup memeranjatkan Tha’labah.Sambil mengambil tanah dan menaburkan diatas kepalanya.Rasulullah berkata lagi: “Walau apa cara sekalipun engkau lakukan,aku tidak boleh menerima zakatmu,ini bukan ketetapan ku,tetapi ketetapan dari Allah yang telah memberikan rezeki kepadamu sebagaimana yang engkau minta dulu.Aku telah mengunagtkan kamu,tetapi engkau tidak memperdulikan kata-kataku.Sekarang,pergilah kamu menguruskan kambing-kambing mu itu”..

Ikwah akhawat ahibbah,

   Maka Tha’labah pun pulang dalam keadaan hampadan menyesal.Tha’labah tetap menguruskan kambing-kambungnya seperti biasa namun kehidupanya tidak tenteram lagiKambing-kambing peliharaannya tidak lagui dibeli oleh orang ramai dan mengakibatkan beliu kesempitan wang.

   Setelah Rasulullah s.a.w wafat,maka,tampuk poemerintahan diambil oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq.Maka,Tha’labah pun datang berjumpa Saidina Abu Bakar dan berkata:

   “Wahai Amirul Mukminin,terimalah zakatku ini.Engaku tahu bahawa Rasulullah dan orang ansar tidak menrima zakatku.Engkau terimalah zakatku ini”..
Tetapi,Abu Bakar tidak menerima zakatnya: “Kalau Rasulullah s.a.w sendiri tidak menerima zakat engkau,maka akupun tidsk mahu menerimanya”..Itulah jawapan Saidina Abu Bakar kepada Tsa’labah.Lalu,kekallah Tsa’labah dengan penderitaanya menanggung kambing-kambingnya yang banyak itu.

Ikwah akhawat ahibbah,

    Allah telah memberikan keistimewaan kepada Tha’labah kerana merasai 3 orang perintahan khulafa’ Arrasyidin. Setelah kewafatan khalifah pertama Saidina Abu Bakar, khalifah kedua naik menerajui pemerintahan iaitu Saidina Umar Al-Khatab.Tha’labah pergi berjumpa Saidina Umar lalu berkata: “Wahai Amirul Mikminin,terimalah zakatku ini”..Khalifah Umar menjawab: “Kalaulah Rasulullah s.a.w dan Khalifah Abu Bakar sendiri tidak menerima,aku lebih-lebih lagi tidak mahu menerima zakatmu.Maka,teruslah Tha’labah hidup dalam kesengseraan.Pemerintahan Khalifah Umar digantikan pula oleh Khalifah yang ketiga iaitu Saidina Ustman.Tha’labah pergi pula berjumpa dengan Saidina Ustman dengan niat yang sama.Malangnya,Khalifah Umar menjawab: “Kalaulah Rasulullah sendiri tidak mahu menerimanya dan khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar tidak menerimanya,inikan pula aku.Enhkau galilah lubang dan masukkanlah zakatmu ke dalam lubang itu”..

   Tidak ada apa-apa lagi yang boleh dibuat oleh tha’labah.Penyesalan an keinsafannya telah terlambat.Akhirnya,haiwan ternakannya di timpa penyakit kudis yang anih sehingga meneybabkab banyak haowannya mati.Tha’labah juga turut kene penyekit kudis tersebut dan akhirnya mati dalam keadaan yang tidak sempat meminta keampunan kepada Allah.

   Alhamdulillah.Selesai sudah.Sewaktu ana menulis cerpen ini,ana seringkali mengenang kembali akan kehilafan yang banyak ana lakukan.Ana akui,ana juga manusia biasa yang sering kali tidak lupa dari melakukan kesilapan.Namun,ana cuba perbaiki diri ini agar sentiasa hampir dan dibawah bimbingan-Nya.Ana Akhiri cerpen ana dengan kata-kata dari Ibnu A’tholah assakandary dalam kitabnya Al-Hikam..

  “Janganlah kamu berasa bangga akan ketaatan yang kamu laksanakan,tetapi rasa syukur atas tawfiq dan hidayah Allah ke atas kamu untuk kamu melaksanakan ketaatan kepada-Nya”..

  Syeik Abdul Qadir Al-Jailani berkata,Allah berfirman dalam hadith kudsi bahawasanya: “Betapa banyak nikmat-Ku turun kepadamu,tetapi berapa banyak syukurmu kepada-Ku”..

Barakallah A’laikum…Jazakallah..
    


No comments:

Post a Comment