Assalamualaikum w.b.t..Alhamdulillah,setinggi-tinggi ana memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana walaupin ana sibik dengan pelajaran,ana tetap teruskan penulisan ana ini sebagai satu rangka dakwah ana buat kalian yang membaca dan singgah di blog ana.
Ikwah akhawat ahibbah,
Pada kali ini,cerpen ana berkisarkan seorang raja kafir pada yang hidup semasa zaman Rasulullah s.a.w. akhirnya telah masuk islam.Nak tahu macam mana?teruskan membacaye.. J
Dhiyat al-kahbi adalah seorang raja kafir yang berketurunan Arab.Rasulullah s.a.w sangan mengimpikan dan menginginkan supaya Dhiyat ini masuk islam kerana beliau telah menguasai 7000 orang ahli keluarganya.Malahan,Rasulullah s.a.w sendiri pernah berdoa untuknya :
‘Ya Allah,berikanlah rezeki berupa hudayah islam kepada Dhiyat’..
Itulah doa Rasulullah s.a.w untuk Ahiyat.Alhamdulillah,akhirnya doa Rasulullah s.a.w di perkenankan oleh Allah.Setelah Rasulullah s.a.w selesai solat subuh,maka tanpa di sangka,Dhiyat masuk ke dalam masjid dan terus berjumpa dengan Rasulullah s.a.w..Rasulullah s.a.w begitu gembira sekali sehungga membentangkan kain putih di lantai untuk Dhuyat duduk.Sebaik sahaja Dhiyat melihat penghormatan dan tingkah laku Rasulullah s.a.w itu,Dhiyat mengambil kain tersebut dan menciumnya dan diletakkan kain tersebut di atas kepalanya sambil berkata :
‘ Ya Rasulullah yang mulia,apakah syarat-syarat yang perlu aku lakuakan untuk masuk agama sucimu?’..
Lalu Nabi Muhammad s.a.w menjawab :
‘Hendaklah enkau mengucapkan kalimah syahadah “Laa Ilaha illallah,Muhammadar Rasulullah” ‘…
Setelah mendengar akan jawapan dan perintah Rasulluah s.a.w yersebut,Dhiyat tubduk sambil menangis.Maka,Rasulullah s.a.w bertanya :
‘Wahai Dhiyat,kenapa engkau menangis? Apakah engkau menangis sebab engkau masuk islam?’..Itulah pertanyaan yang diajukan oleh Rasullah kepada Dhiyat.Lalu,Dhiyat menjawab :
‘Wahai kekasih Allah,sesungguhnya aku telah melakukan beberapa dosa besar,oleh itu,engkau tanyakanlah dahulu kepada Tuhanmu,bagaimanakah caranya untuk aku menebus sagala dosa-dosa aku yang lalu?..
Rasulullah s.a.w terkejut akan sikap Dhiyat tadi.Lalu nabi bertanya :
‘Wahai Dhiyat,dosa apakah yang telah kamu lakukan sehingga engkau bersikap sebegini?’’
Dhiyat menjawab : “Aku adalah seorang raja yang berjaya menguasai tanah arab yang luas ini.Aku juga mempunyai ramai anak dan daripadanya adalah 70 orang anak perempuan dan aku juga tidak mahu kesemua mereka bersuami.Maka,di sebabkan demikian,aku telah membunuh kesemuanya dari tanganku sendiri”..
Rasullullah s.a.w terkejut setelah mendengar pengakuan Dhiyat tadi dan menyebabkan baginda menjadi ragu-ragu.Dengan izin A.S sambil membawa wahyu dan disampaikan kepada Rasulullah.
“Wahai Rasulullah s.a.w,katakanlah kepada Dhiyat,demi KeperkasaanKU dan KemulianKU,sesungguhnya tatkala engkau megucapkan “ Laa Ilaha iIllallah,Muhammadar Rasulullah “ maka Aku telah mengampunkan caci makimu terhadap-Ku selama 60 tahun.Jadi,bagaimana Aku tidak mengampunimu yang mana telah membunuh anak-anakmu sendiri “..
Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w mendengar berita tersebut,Rasulullah s.a.w menangis.Kemudian Rasulullah s.a.w berkata :
‘Tuhanku,Engkau telah mengampuni Dhiyat yang telah membunuh anak-anaknya dengan hanya syahadatnya yang sekali sahaja,maka,bagaimana Engkau tidak mengampuni orang-orang yang beriman akan dosa-dosa kecil mereka dengan syahadat mereka yang berulang kali ‘..
Setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w tadi,maka Dhuyat terus mengucapkan kalimah syahdah dan bergelarlah beliau seorang muslim dan dosanya yang lalu telah di ampunkan oleh Allah Ta’ala.
Selesai sudah.Alhamdulillah.Pendekje cerpen ana pada kali ini.Mudah-mudah,cerpen pendek ana ini dapat memberikan sedikit kesedaran buat kita bersama bahawa janganlah kita putus berdoa memohon ampun kepada Allah.Secara peribadi ana katakan,sewaktu ana menulis cerpen ini,kecintaan ana dalam bidang dakwah ini semakin mekar dihati setelah melihat keperibadian dan menghayati sikap Rasulullah s.a.w dalam berdakwah.Mudah-mudahan,kecintaan ana dalam bidang dakwah akan terus mekar di hati ana walaupun kadang-kadang ada perkara yang menyebabkan ana terhalang untuk meneruskannya..Ana akhiri cerpen ana dengan kata-kata dari Ibnu A’thoilah Assakandary :
“Orang yang mencintai bukanlah orang yang mengharapkan balasan dari orang yang dicintainya atau apa-apa yang diharapkan daripada orang yang di cintai.Sebab orang yang mencintai anda adalah orang yang memberi sesuatu kepada anda bukannya anda memberikan sesuatu kepadanya “…
(Kalau anda mengaku sebagai orang-orang yang mencintai Allah,janganlah mengharapkan balasan daripada-Nya dan janganlah pula mempunyai maksud untuk memperolehi syurga atau selamat daripada neraka dengan amal yang anda lakukan itu.Sebaliknya,hendaklah anda lakukan amalan tersebut semata-mata melaksanakan ubudiyah kepada Alllah sebagai obkjektif utama dalam amalan yang anda lakukan)..
Barakallah a’laikum..Jazakallah..
No comments:
Post a Comment