Assalamualaikum w.b.t.Dengan nama-Mu yang Maha Pemurah,aku mulakan bicaraku,dengan kekuatan dari-Mu,aku mulakan coretanku pada kali ini,dengan taufiq dan hidayah-Mu,aku mulakan bicaraku bagi memujuk hatiku agar terus tunduk dan taat akan segala perintah-MU..Selawat serta salam ke atas kekasih-Mu junjungan besar NAbi Muhammad saw,para syuhada’para tabi’ tabi’in serta pejuang islam..
Alhamdulillah,ana masih di beri kesempatan lagi untuk mencoret coretan ana di sini.Ikwah akhawat ahibbah,pada kali ini,ana akan bercerita tentang seorang pemuda yang begitu takut bila mana melanggar perintah Allah dan membuat sesuatu kesalahan.Walaupun manusia orang lain tidak melihat akan kesilapannya,namun,dia mengetahui ada yang Maha Melihat akan perbuatannya.
Ana mulakan ye…
Ada seorang pemuda yang begitu alim.Segala tingkah lakunya dijaga,perilakunya menggambarkan kesolehannya,ibadahnya menggambarkan kehambaannya kepada-Nya,akalnya menggambarkan kecerdikannya,bibirnya tidak pernah terputus berbicara dengan-Nya.Itulah gambaran seorang pemuda yang bernama Thabit Bin Ibrahim.
Pada suatu ketika,beliau berjalan di tepi sungai.Dalam melihat keagungan ciptaan-Nya,beliau tidak jemu untuk terus berzikir.Kicauan burung-burung yang berterbangan mengambarkan interaksi diantara sesama mereka membuatkan Thabit begitu kagum dan tersenyum.Sewaktu Thabit menyusuri sungai,beliau ternampak sebuah biji epal yang masak ranum sedang hanyut di bawa arus sungai membuatkan beliau terliur.Tanpa berlingah,Thabit terus menagmbil dan memakannya.
“Ya Allah,buah epal siapa agaknya yang aku makan ini.Sepatutnya aku meminta izin dahulu dari tuannya”..Hati Thabit berbisik setelah menyedari separuh buah epal tersebut telah dimakannya
Ikwah akhawat ahibbah,
Thabit terus menyesuluri sungai tersebut kerana dia beranggapan bahawa pokok epal tersebut mesti tumbuh di tepi sungai dan tuan tersebut mesti tinggal tidak jauh dari situ.Sewaktu Thabit menesuluri sungai,Thabit berjumpa dengan dengan seorang lelaki tua lalu bertanya:
Thabit:”Pak cik,kenalkah pak cik dengan sesiapa yang mempunyai pokok epal di sekitar kawasan ini?
Pak cik:”Ya,Pak cik tahu,tetapi tempat tersebut jauh sekali dari sini.Untuk tiba di sana,sekurang-kurangnya mengambil masa sehari semalam.Beliau merupakan seorang yang alim di kawasan ini.
Thabit: “Owh…tidak mengapa pak cik.terima kasih.”
Pak cik :”Sama-sama”.
Lalu,thabit bertekad untuk berjumpa juga dengan pemilik buah epal tersebut.Walaupun jauh,beliau tetap ingin berjumpa dengan tuan tersebut kerana telah memakan buah epal tanpa keizinan tuannya.Beliau juga teringat akan sabda Nabi bahawa barang siapa yang tuguhnya tumbuh dari makanan yang haram,maka ia lebih layak menjadi umpan api neraka.
Setelah menempuh perjalanan yang jauh,akhirnya,Thabit tiba di hadapan rumah tuan empunya epal tersebut lalu memberi salam serta mengetuk pintu rumah tersebut.Tidal lama kemudian,pinti tersebut terbuka dan kelihatan seorang orang tua yang alim keluar dari pintu rumah tersbut.Thabit terus menyatakan tujuanya ke rumah orang tua yang alim tersebut.
Thabit :”Wahai tuan yang pemurah,saya telah terlanjur memakan buah epalmu yang hanyut di sungai.Saya harap,tuan sudi menghalalkan buah epal yang telah saya makan.”
Orang alim :”TIDAK!!!aku tidak sudi menghalal epal yang engkau makan.Aku hanya akan menghalalkan epal yang engkau makan setelah engkau memenuhi syarat yang aku tetapkan.”..
Thabit berasa bimbang akan syarat yang akan di katakana oleh orang alim tersebut yang merupakan juga pemilk buah epal tersebut.Lalu,thabit terus bertanya:”Apakah syaratmu itu?..Orang alim tersebut menjawab: “Engkau mesti mengahwini puteriku..”Jawapan tersebut cukup memeranjatkan Thabit dan menyebebkan dia ke bingungan lantas bertanya lagi:”Apakah kerana saya telah memakan sebuah biji epal dari kebunmu tanpa keizinanmu,lantas aku perlu berkahwin dengan puterimu?..Orang alim tersebut menjawab:Ya..Kerana kesalahanmu memakan sebuah biji epal hasil dari kebunku tanpa keizinanku,engkau mesti mengahwini puteriku..Seperkara lagi,untuk pengetahuanmu,puteriku itu mempunyai beberapa kecacatan.Puteriku itu buta,bisu dam pekak.Dia juga seorang yang lumpuh.Adakah engkau sanggup terimanya?”..
Thabit berasa amat terkejut dengan penyataan orang alim tersebut.Walaupun berat hatinya,Thabit terpaksa menerima syarat tersebut kepana memikirkan dosanya memakan buah epal yang bukan miliknya.”Ya,aku terima syaratmu,moga-moga Allag mengampunkan dosaku”..Thabit menjwab..
Ikwah akhawat ahibbah..
Nak tahu apa yang berlaku seterusnya?Teruskan membaca ye..
Setelah upacara akad nikah selesai,lalu Thabit masuklah ke kamar biliknya.Thabit tetap memberi salam walaupun dia mengetahui bahawa isterinya seorang yang bisu dan pekak.Tanpa disangka-sangka,salamnya dijawab.Thabit bertambah bingung,lalu di hulurkan tangannya untuk menyentuh isterinya,lalu di sambut tanganya.Thabit bertambah hairan kerana isterinya bukan sahaja pekak dan bisu,tetapi juga lumpuh.
Thabit terus duduk disebelah wanita tersebut dan bertanya:”Adakah engkau isteriku yabg sebenar?..Wanita tersebut tersipu-sipu apabila Thabit menanyakan soalan tersebut lantas menjawab:”Ya,aku lah isterimu yang sah”..Thabit terkejut dan bertanya:”Mana mungkin,isteriku seorang yang bisu,pekak dan lumpuh,Mustahil engkau isteriku.”..Wanita tersebut menjawab dengan senyuman yang manis dan berkata:”Wahai suamiku tercinta,apa yang dikatakan oleh ayahku semuanya benar.Aku pekak kerana aku tidak mendengar berita dan cerita daripada orang yang berbuat maksiat kepada Allah.Aku juga bisu dan lumpuh kerana aku hanya menggunakan lidahku untuk berzikir kapada Allah semata-mata dan aku lumpuh kerana aku tidak kakiku tidak pernah melangkah ke tempat-tempat yang boleh menimbulkan kemurkaan Allah”..
Thabit hanya mampu tertunduk setelah mendengar penjelasan dan pengakuan isterinya tadi.Thabit berasa gembira sekali setelah mendengar penjelasan isterinya tadi.Ini kerana,isterinya ternyata seorang yang solehah dan menjaga maruah dirinya.Bukan sahaja cantik,malah merasakan isterinya adalah seorang wanita yang lengkap segala-galanya.
Rupa-rupanya,orang alim tersebut sengaja menghanyutkan buah epal tersebut di sunagiu kerana mencari bakal menantunya.Dia tahu,sesiapa sahaja yang sanggup untuk meminta dihalalkan setelah memakan buah epal tersebut,tentulah pemuda tersebut merupakan seorang pemuda yang mementingkan agama dan mempunyai keperibadian yang tinggi.Akhirnya,Thabit bin Ibrahim menepati cirri-ciri yang dikehendakinya dan sesuai untuk anaknya yang solehah dan cantik.
Macam mana Ikwah akhawat?best tak?..Mudah-mudahan,cerita pendek ana ini memberikan motivasi kepada kita bersama dalam mencari keredaan Allah.Ana akhiri coretan ana dengan kata-kat dari Dr A’idh Bin Abdullah Al-Qarni..
“Kedua telingamu masih boleh mendengar,kedua matamu masih boleh melihat,lidahmu masih boleh berkata-kata.Selain itu,tibuhmu terbebas dari segala penyakit,fizikal dan jiwamu sihat.Adakah semua kenikmatan itu telah engkau syukuri?..
Barakallah A’laikum..
No comments:
Post a Comment